Wednesday, August 01, 2018

Maksud Huruf K Dan H Pada Kad Pengenalan Sabah Sarawak


Huruf K dan H yang terdapat pada MyKad anak Sabah dan Sarawak adalah diambil daripada huruf terakhir pada nama kedua-dua negeri tersebut.

Maksud Huruf K Dan H Pada Kad Pengenalan Sabah Sarawak

Melainkan salah seorang ibu atau bapa adalah anak jati Sabah atau Sarawak, barulah dapat huruf “H” dan “K” dalam kad pengenalan.

Sabah = H
Sarawak = K

Pemberian indikator dalam kad pengenalan tersebut adalah bermaksud seseorang itu adalah penduduk asal Sabah/Sarawak atau pemastautin tetap Sabah/Sarawak dan ianya tertakluk kepada undang-undang negeri.

Manakala kod negeri pada kad pengenalan pula hanya dapat membuktikan anda dilahirkan di negeri tersebut.

Contohnya, seseorang yang lahir di Sarawak akan mempunyai kod 13 pada kad pengenalan. Kod tersebut menunjukkan bahawa tempat kelahiran adalah di Sarawak.

Namun, selepaskan tahun 2001, kod 50, 51, 52 dan 53 juga digunakan dalam kad pengenalan mereka yang lahir di Sarawak. Ini kerana tiap kod tersebut mempunyai kuotanya tersendiri, jadi penggunaan kod baru adalah diperlukan.

Begitu juga dengan Sabah, mereka yang lahir di negeri itu diberikan kod 12, 47, 48 dan 49 pda MyKad mereka.

Semua negeri di Malaysia mempunyai kod tempat kelahiran dan berikut adalah senarainya:
  • Johor 01, 21, 22, 23, 24
  • Kedah 02, 25, 26, 27
  • Kelantan 03, 28, 29
  • Melaka 04, 30
  • Negeri Sembilan 05, 31, 59
  • Pahang 06, 32, 33
  • Pulau Pinang 07, 34, 35
  • Perak 08, 36, 37, 38 , 39
  • Perlis 09, 40
  • Selangor 10, 41, 42, 43, 44
  • Terengganu 11, 45, 46
  • Sabah 12, 47, 48, 49
  • Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 14, 54, 55, 56, 57
  • Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
  • Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
  • Negeri Tidak Diketahui 82

Kod Pengenalan '71'

Sebelum ini, telah timbul kontroversi bahawa ramai pekerja asing dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih menggunakan kod pengenalan '71' yang merujuk kepada rakyat Malaysia lahir di luar negara.

Namun, perkara itu tidak harus dipertikaikan kerana setakat ini hanya 171,023 pemilih berdaftar yang direkodkan mempunyai kad pengenalan di bawah kod itu.

Sebelum tahun 2001, kod '71' digunakan pada nombor kad pengenalan individu rakyat Malaysia yang lahir di luar negara dan warganegara asing yang mendapat status pemastautin tetap (PR).

Bagaimanapun selepas 2001, semua warganegara asing yang mendapat PR tidak lagi dirujuk dengan kod '71', sebaliknya menggunakan kod berdasarkan negara kelahiran masing-masing, contohnya Singapura (66) dan Indonesia (61).

Mengikut rekod Daftar Pemilih Induk (DPI) SPR, seramai 8,743 pemilih berdaftar di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai kod 71 dan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi seramai 32,485 orang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: borneodihati

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon