"Apa awak ni? Awak nak apa lagi?" Soal aku bengang bila Farid ni tak faham bahasa dan tarik lengan aku kuat.
"Ina, abang nak minta maaf" pinta Farid sejak dua bulan yang lalu lagi. Aku takkan maafkan dia sampai bila2. Kalau betul dia cintakan aku dia takkan kahwin dengan orang lain, kena tangkap basah pulak tu!
"Dengar sini, maaf awak tu dah tak berguna kat saya sekarang ni. Masa awak dengan perempuan tu buat dosa tak sedar, sekarang awak tanggung la sendiri!" Bentak aku geram dan cuba berjalan pergi, kau faham kan maksud aku, aku cuba tapi tak berjaya.
Dia terus cuba untuk buat aku maafkan dia dan dia tak segan langsung untuk kasari aku walaupun depan orang ramai. Dia tak habis lagi ke nak malukan aku. Dia ditangkap basah dua hari sebelum hari nikah kami sekarang ni dia kasari aku macam aku ni hak dia pulak.
"Farid, lepaskan tangan saya! Sakit tahu tak!" Aku cuba rentap tangan aku dari dia tapi tak berhasil. Pegangan kemas dia buatkan lengan aku memerah dan pedih.
Tak ada siapa yang berani nak menolong atau mendekati aku kerana Farid memberitahu dengan jelas yang kami ni pasangan suami isteri. Tang mana pun aku tak tahu la. Kami ni bekas tunang je!
"Lepas la!"
"Abang akan lepaskan kalau Ina maafkan abang dan kahwin dengan abang"
"Dengar sini baik-baik. Semua tu dah tak berguna. Kalau dua bulan lepas, awak tak buat kerja haram tu, kita dah jadi suami isteri sekarang tapi disebabkan perangai awak sendiri semuanya musnah.
"Sekarang saya dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi dah" Jerit aku padanya. Dia mengetap gigi menahan geram dan mulutnya terbuka tutup untuk bercakap tadi tak ada apa yang keluar dari mulutnya.
"Bro, apesal kasar-kasar ni? Tak macho la" tiba-tiba ada seorang lelaki yang berani mendekati kami dan cuba untuk leraikan pergaduhan ni. Akhirnya.
"Kau diam la budak! Jangan campur hal rumah tangga orang!" Marah Farid dan genggaman pada lengan aku semakin kuat.
"Budak? Bro la yang budak kat sini, kasar-kasar dengan perempuan tak matang betul," berani betul budak ni, tak takut kena sailang ke apa?
Baru je aku cakap, Farid dah bagi satu penumbuk tepat pada pipi kiri budak lelaki ni dan secara tak langsungnya lengan aku terlepas daripada genggaman Farid. Budak lelaki itu tak membalas dan hanya memegang pipinya yang sudah kemerahan sedikit. Habislah.
"Farid, baik awak pergi dari sini sekarang jugak atau awak nak saya call polis?" aku keluarkan telefon dari beg dan mula menaip nombor kecemasan.
"Abang akan cari Ina lagi," dengan itu Farid beredar. Akhirnya. Aku pandang dengan wajah kesian kepada lelaki yang cuba nak tolong aku tapi dia pulak yang terluka. Kesian sungguh.
"Dik ok?" Soal aku kepadanya yang masih lagi memegang pipi kiranya. Sayang la, wajah putih flawless dah ada kesan merah, esok mesti lebam ni.
"Ok je, kau ok?" Amboi. Kasar pulak bahasa budak ni kat aku. Aku panggil dia adik kut tadi.
"Ok. Terima kasih dah tolong tadi," walaupun tak ada la tolong sangat pun. Hahaha.
"Ok" lepas tu dia terus berjalan pergi. Aik, macam tu je ke? Habis tu kau nak macam mana lagi Qistina oi!
Dah seminggu kejadian tu dan Farid tak datang ganggu aku lagi dah, buat masa sekarang aku rasa selamat la tapi esok-esok kalau dia nak muncul aku pun tak pastilah macam mana. Perlu ke aku belajar seni pertahankan diri? Tapi bukannya aku ada niat nak belasah si Farid tu pun. Ugh!
"Ina!" Aku tersentak bila kawan baik aku ni dengan tak ada adabnya menyergah aku kat pantry ni. Untung tak terlepas mug coffee ni kalau tak memang dah lecur tangan aku kot.
"Ha, nak marah la tu" Tau pun nak marah lagi nak sakitkan hati aku jugak. Ish budak ni, sabar je la.
"Nak apa sergah aku ni?" Soal aku malas, tak ada guna nak panjangkan soal remeh temeh dengan orang tak makan saman ni.
"Erm, semalam masa kau ambil MC, ex tunang kau datang cari kau" maklum Iza dan aku berdiri tegak, untung tak terlucut mug dari tangan aku ni.
"Lepas tu kau cakap apa?" Soal aku resah, habislah aku kalau macam ni. Macam mana kalau dia terus ganggu aku dan boss aku tahu, lepas tu dia buang aku kerja. Adik-adik aku nak makan apa?
"Ina, tak ada apa yang jadi ok, boss pun tak ada semalam jadi kau jangan risau. Dia tak buat hal pun, lepas aku cakap kau tak datang sebab demam dia blah macam tu je" terang Iza cepat-cepat, mungkin dia nampak air muka aku berubah kut. Aku pejam mata rapat-rapat dan pegang pada dinding.
Aku membuka pintu kereta dan meletakkan beg aku sebelum masuk, baru sahaja aku nak hidupkan engine pintu kereta aku dibuka dan Farid masuk dan duduk di sebelah penumpang.
"Farid, apa awak buat ni?" Soal aku resah.
"Abang nak jumpa Ina. Ina dah baik demam?" Soalnya prihatin. Kalau dulu, akan tersenyum bahagia bila dia ambil berat hal aku tapi sekarang, aku tak layak lagi.
"Farid tolonglah faham, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi," rayu aku bersungguh.
"Tapi abang sayangkan Ina. Abang nak kahwin dengan Ina!" Tegasnya membuatkan aku tersentak sedikit.
"Farid..."
"Abang! Abang tak suka Ina panggil abang macam biasa!" Marahnya pula. Dia ni dah gila ke apa?
"Baik awak keluar sekarang atau awak nak saya lapor polis?" Marah aku dah membuak, panggilan abang tak layak lagi dah untuk dia. Dia dah buat hati aku merana dan terluka.
"Ina, dengar dulu apa yang abang nak cakap..."
"Tolonglah pergi...Ina nak ambil Aqiff dan Qifa kat tabika ni. Dah lewat" aku mengalah dan Farid angguk kepala sambil tersenyum dengan perubahan aku.
"Malam nanti kita jumpa ok"
"Tak boleh, siapa nak jaga adik-adik Ina?"
"Ina, malam ni. Kita jumpa malam ni. Abang akan call Ina, kalau Ina tak datang jumpa abang, abang pergi rumah Ina dan Ina tak akan suka bila abang yang pergi ke sana" bila dia ugut aku macam tu aku terpaksa anggukkan kepala setuju.
"Qaz, tengokkan Aqiff dan Qifa kejap, along nak keluar" ujar aku pada adik ketiga aku.
"Long nak pergi mana?" Soalnya dan berhenti daripada membuat kerja sekolahnya.
"Kejap je. Kunci pintu" aku cium dahinya dan beredar dari rumah.
30 min menandu akhirnya aku sampai di tempat yang Farid nak kami jumpa. Seram semacam je tempat ni, dah la gelap. Tapi baik aku cepat-cepat jumpa dengan dia lepas tu aku boleh balik dengan segera.
"A...abang" terasa panggilan itu seakan api yang keluar dari mulut aku, sakit.
"Ina datang pun. Duduklah" pelawanya di satu bangku dan aku segera duduk tetapi jauh darinya.
"Apa yang abang nak cakap, Ina tak boleh lama ni" aku segera memberi alasan dan Farid menarik senyumannya yang manis tadi.
"Abang nak Ina terima abang balik, abang menyesal sangat. Abang tak tahu macam mana boleh tertangkap..."
"Kejap, abang dah lama ke curang belakang Ina?"
"Tak! Abang cintakan Ina sorang je. Semua perempuan tu..."
"Abang, Ina nak balik. Tergamak abang selingkuh belakang Ina, selama ini Ina setia kat abang. Sanggup abang mainkan hati Ina!" Bentak aku bengang. Selama ini dia memang curang belakang aku, tidur dengan perempuan lain! Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Aku terlalu buta menilai kebaikan yang keluarga dia berikan kepada keluarga aku.
"Ina! Ina kena terima abang balik. Kalau tak siapa yang nak tanggung yuran belajar adik-adik Ina" paksanya dan mata aku terbuka luas. Jadi, selama ini semua tu tak ikhlas ada kehendaknya? Aku tak sangka aku dah tertipu dengan kebaikan Farid selama ni.
Aku segera beredar untuk ke kereta, aku tak sanggup nak dengar apa-apa lagi dari mulut dia dan aku tak sanggup nak berada dekat dengan orang yang tak guna macam dia!
Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam kereta, tiba-tiba belakang leher aku di pukul kuat dan akhirnya hanya gelap yang aku nampak. Ya Allah aku berlindung dengan Mu Ya Allah.
***
Qistina tersedar dan matanya terbuka perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit dan dia mula rasa pelik pada badannya seakan dia di sentuh. Matanya terbuka luas dan terkejut bila melihat wajah Farid begitu dekat dengan wajahnya dan Farid cuba untuk meleraikan tudungnya.
Ina menepis dengan segala kudrat yang ada menyebabkan Farid ter jatuh dari katil dan Ina segera bangun untuk melarikan diri. Malangnya Farid sempat bangun dan menarik tudung Ina sehingga tercabut dengan kasar.
Ina melawan dengan keras dan menyepak secara rambang sehingga menyebabkan Farid tumbang dalam kesakitan. Ina mengambil peluang itu untuk berlari keluar dari bilik yang dia tak kenali itu.
Dia segera berlari tanpa memikirkan mana hala tujunya dan dia ternampak sebuah pintu di bilik berdekatan terbuka. Tanpa berfikir panjang dia terus masuk ke dalam bilik itu dan menutupnya rapat.
"Tolong saya! Tolong saya!" Rayu Ina tanpa berfikir kepada siapa dia meminta tolong dan air matanya yang bercucuran menyebabkan pandangannya kabur. Sakit kepalanya kembali menyerang dan sekali lagi dia rebah.
-Qistina-
Ugh! Apa yang bising-bising sangat ni? Aku kat mana ni?
"Tolong la faham! Kami tak buat apa-apa! Dia yang lari masuk bilik ni lepas tu pengsan!" Ada suara menjerit menambahkan lagi kepala aku yang sakit.
"Ha! Eloklah dah sedar pun, apa kata encik semua tanya pada dia sendiri!" Jerit suara itu lagi. Siapa mereka semua ni. Aku memegang kepala aku yang berpusing dan tersedar yang tudung aku dah hilang. Aku segera bersembunyi di sebalik selimut.
"Ikut kami ke pejabat dan kamu berdua boleh buat penerangan"
Aku yang bingung bertambah bingung dan tak tahu apa yang terjadi sekarang ni jadi aku hanya menurut bila disuruh naik kereta. Mereka semua baik kut sebab pakai kopiah ni. Hanya tuala yang alas kepala aku sekarang ni, sakit kepala yang melampau buatkan aku tak dapat fikir dengan jelas apa yang tengah terjadi.
"Kawan saya kat sini boleh jadi saksi" lelaki yang dibawa ke sini bertegas untuk menggunakan kawannya sebagai saksi. Aku pula hanya diam dan berfikir cara terbaik untuk terangkan perkara sebenar.
"Betul tu encik, saya keluar dari bilik tu tak sampai 10 min pun. Bila saya balik je encik semua dah ada dalam bilik kami. Kami berdua memang tak kenal langsung cik ni!" Terang kawannya bersungguh. Dua lelaki muda ini berterusan menjelaskan yang semuanya hanyalah salah faham semata mata.
"Ehem," aku berdehem cukup kuat untuk di dengari oleh semua orang di dalam ruangan itu.
"Sebenarnya, semua ni hanyalah salah faham, saya dikejar oleh seorang lelaki yang tak dikenali dan saya cuba untuk sembunyi. Bila saya nampak ada pintu yang terbuka saya terus masuk ke dalam bilik tu. Lepas tu saya terus pengsan," terang aku dan cuba ingat balik apa yang dah berlaku.
"Baiklah, pihak kami akan melanjutkan siasatan dan pihak kami akan maklumkan bila hal ini akan dibahaskan lagi. Encik semua dah boleh pulang," aku rasa sangat lega bila mereka cakap macam tu. Aku segera ucapkan terima kasih dan keluar dari situ.
Masalah baru, macam mana aku nak balik dan aku tak tahu apa dah jadi pada beg aku, kereta aku. Ish! Sekarang ni masalah aku dah berlambak.
"Cik, rumah cik kat mana? Boleh kami hantarkan" ha, ada jugak yang baik hati nak bertanya. Baru je aku nak jawab soalan tu tapi bila tengok muka hamba Allah yang tak puas hati dengan kawannya itu menyebabkan aku gelengkan kepala.
Ugh! Kenapa dia tak boleh baik sikit macam kawan dia, bukannya aku nak kena tangkap dengan dia pun.
"Jom la balik, esok aku race," ajak hamba Allah tu lagi, gesa kawan dia tu.
"Cik, jom kami hantarkan cik balik. Dah pukul dua pagi ni. Kereta saya kat situ je," dia tunjukkan kereta toyota vios yang ada di salah satu parkir. Buat muka tebal, aku senyum dan setuju je.
Tak sempat nak bercakap lebih-lebih bila dah sampai depan rumah aku, hamba Allah tu nak balik cepat sangat sampai aku nak ucap terima kasih dengan elok pun tak sempat. Kenapalah ada jugak manusia macam dia ni. Tapi, dia budak lagi tu, sebab tu tak matang. Haha.
Kali ini kami sekali lagi berada di pejabat agama dan ahli keluarga itu turut bersama, nampaknya hanya aku seorang je yang tidak berteman hari ni. Kes kami dibacakan dan penerangan kami berikan dengan teliti.
Setiap kali soalan dituju kepada aku mengenai siapa yang kejar aku, aku tak dapat nak jawab dengan jujur.
Farid, dia dan keluarga dia berkemampuan, aku tak nak dia berterusan kacau hidup aku lagi. Aku pasti dia tak akan lepaskan aku macam tu je kalau aku adu dia pada pihak polis. Dia ada peguam, duit dan nama tapi aku, aku tak ada sesiapa.
"Setelah meneliti dan mendengar penjelasan daripada pihak tertuduh, kes ini digugurkan"
"Alhamdulillah" aku bersyukur sangat-sangat sekarang ni. Baguslah semuanya dah selesai.
***
Datuk Rizman dan Datin Aishah berbincang dengan nada perlahan sebaik sahaja kes itu digugurkan.
"No! Abang, Ngah kena jugak kahwin dengan perempuan tu!" Tegas datin.
"Tapi mereka berdua tak salah" bangkang datuk pula.
"Abang, saya nak Ngah kawin jugak. Ni je satu satunya cara yang kita boleh buat dia kahwin dengan segera dan berhenti race kereta."
"Mana awak tahu dia akan berhenti race?"
"Dia pernah janji dengan saya, kalau dia dah ada isteri dia akan berhenti segera. Abang, saya tak sanggup nak tengok anak lelaki saya terlantar dalam hospital buat kali kedua. Saya tak nak!" Datin Aishah bertegas lagi dan akhirnya suaminya terpaksa menyerah kalah dan terima apa yang isterinya kehendaki.
"Ngah, Qistina, kami ada benda nak bincang sikit" datuk membuka mulut. Qistina pastinya hairan tetapi sebagai tanda menghormati orang tua dia hanya menurut.
Meja yang bergegar menyebabkan air di dalam gelas berkocak, tangan Firdaus yang menampar meja itu nenyebabkan semua itu berlaku. Qistina sedikit terkejut dengan respon itu.
"Papa dengar sendiri yang kes tu digugurkan, dah kenapa nak kena kahwin jugak?" Marah Firdaus.
"Ya datin, kenapa kami kena berkahwin. Kami tak salah dan kami tak buat apa2" Ina turut sama menolak, dia tak kan sudi kahwin dengan lelaki yang baran dan muda daripada dia.
"Walaupun kamu berdua tak salah, berita kamu berdua ditangkap dah tersebar. Air muka kami nak letak kat mana, papa dah putuskan yang ngah akan kahwin dengan Qistina dalam masa tiga bulan!"
Mulut mereka berdua sama2 ternganga luas. Firdaus mula fikirkan idea untuk membantah keputusan orang tuanya. Urat di dahinya mula muncul dan Qistina telan liur melihat wajah Firdaus berubah menakutkan. Macam the hulk dah cuma tak jadi hijau, merah je.
-Qistina-
Macam mana nak cakap eh? Apa yang kami berdua usahakan untuk batalkan perkahwinan yang telah berlangsung dengan jayanya hari ini tak menjadi. Kenapa aku terima Iman Firdaus ni? Entah, mungkin sebab aku akan rasa lebih selamat dan Farid dah tak boleh nak kacau aku lagi dah. Harapnyalah.
"Aku akan tidur atas katil ni dan aku tak peduli mana kau nak tidur" itulah dia, suami aku...dah la muda tiga tahun dari aku dan kasar gila dengan aku. Siapalah aku nak mengadu, aku bukannya pilihan dia.
Aku sudah selesai mandi dan menukar pakaian yang lebih selesa, masih lagi bertudung. Aku ingin melihat adik-adik aku yang turut sama tinggal di dalam banglo mewah ini sekarang. Ada baiknya sebab satu masalah aku dah selesai, tak perlu bayar sewa rumah lagi dah.
"Kau nak pergi mana?" Erk, dia tak tidur lagi ke?
"Saya nak tengok adik-adik saya kejap. Awak tidur la dulu" aku segera keluar dari biliknya dan menuju ke bilik adik-adik aku.
"Qaz, kenapa tak tidur lagi?" Soal aku pada Qaz. Adik aku.
"Baru je lepas dodoikan Qifa. Long, lepas ni Qaz dan adik-adik tukar sekolah ke?" Soal Qaz dan wajahnya sedikit muram.
"Qifa dan Qiff je kut, Qaz dah nak SPM tahun ni jadi Long faham Qaz tak nak tukar tempat belajar. Jadi, long dah isikan borang hostel untuk Qaz," aku mengusap lembut rambutnya dan dia tersenyum bahagia.
Setelah mengucapkan selamat malam aku memerhatikan adik-adik aku lena. Mana aku nak lena malam ni? Atas sofa dalam bilik Firdaus.
Aku turun ke dapur untuk membantu menyediakan sarapan. Dato dan Datin paksa aku terima Firdaus tapi mereka berdua masih lagi tak dapat terima aku sepenuhnya. Aku ni orang asing lagi dalam keluarga ni.
"Puan, kenapa masuk ke dapur? Kalau datin nampak nanti macam mana?" Soal Kak Nab selaku orang gaji dalam rumah ini.
"Ina nak tolong je kak" jawab aku ringkas dan terus menolongnya walaupun dia dah menghalang banyak kali.
Selesai semuanya, aku membantu Kak Nab menghidang makanan di meja makan dan saat itu juga Dato dan Datin turun ke meja makan.
"Kenapa kamu yang hidangkan semua ni, Kak Nab mana?" Soal Datin tegas menyebabkan aku telan liur.
"Saya yang nak tolong Kak Nab" jawab aku perlahan tanpa memandang mata datin.
"Morning!!" Sapa anak sulung datin dengan ceria.
"Morning Qis, have a good night?" Soal Farhana dengan senyuman mengusik, Farhana ni kawan aku zaman belajar dulu, masa kali pertama jumpa dia dah bersorak riang sebab adik dia kahwin dengan aku. Pelik! Hahaha. Macam mana aku nak jadi adik ipar dia kalau kami ni sebaya? Hmmm...
"Long, duduk" arah datuk dan kami berdua tergelak kecil. Ugh! Habislah nanti kami ada panggilan nama yang sama.
Sarapan pagi berlangsung dengan suasana senyap, tak ada siapa yang bercakap semasa makan. Aku hanya tunduk dan makan dengan perlahan lahan.
"Awak, saya nak keluar boleh?" Pinta aku pada Firdaus yang tengah seronok bermain games di ruang tamu bersama adik perempuannya. Farisha.
"Kak ngah nak pergi mana?" Soal Isha, well dia seorang adik yang baik dan dia terima aku dengan gembira.
"Nak daftarkan si kembar ni tabika baru, lepas tu nak masukkan Qaz ke asrama" jawab aku dengan senyuman.
"Alah, nak ikut tapi tak mandi lagi ni. Takpe la lain kali eh," Isha tersengih senang.
Kami berjalan ke pintu dan tanpa aku sangka Firdaus ikut sama ke pintu, dia mendukung Qiff dengan senang dan memeluk bahu Qaz. Walaupun baru sahaja sebulan mereka kenal, mereka dah rapat.
"Dah ada duit?" Soal Firdaus bila memandang aku. Aku anggukkan kepala dan bergerak ke kereta. Firdaus membukakan pintu kereta untuk adik2 aku.
"Kak Ngah!!! Tunggu Fir!!" Ha! Ni satu lagi adik ipar aku yang last. Dia sebaya dengan Qaz dan mereka satu sekolah, Firman or Fir ni dah lama tinggal di asrama sekolah sukan tu, jadi senang la sikit kalau Qaz ada teman nanti.
Pada petangnya aku minum petang bersama Hana dan Isha sambil bercakap soal fesyen terbaru. Aku tak tahu sangat sebab apa yang aku pakai hanyalah baju kurung dan aku selesa macam tu je. Kemudian datin dan datuk ikut sama bersama kami.
"Macam mana jarak Ina dan si kembar tu jauh sangat?" Soal datin memecahkan kesunyian. Aku senyum sedikit.
"Abah kahwin dua, lima tahun lepas ibu Ina dan Ira meninggal abah kahwin dengan umi. Dapatlah Qaz dan kembar tu" aku tersenyum mengingat kembali saat semuanya berlaku. Aku gembira.
"Kenapa Ira tak datang pun majlis nikah Ina?" Hmm...macam mana nak cakap ni?
"Kebetulan sangat dia ada hal. Jadi tak sempat nak datang," aku jawab perlahan.
-Firdaus-
Banyak pulak yang kena uruskan kat bengkel ni, baru je seminggu aku cuti kerja dah berlambak macam ni.
"Aku cuti seminggu kerja dah setinggi KLCC, korang kerja ke buat apa?" Soal aku pada partner aku ni.
"Tak payah nak sengih macam monyet la! Nyampah!" Aku tolak bahunya dan dia ketawa pula.
"Pengantin baru sepatutnya berseri seri! Yang kau macam kari ni kenapa? Pedas semacam?"
"Pedas tak pedas, kenapa semua kerja tak siap ni?" Soal aku balik.
"Hmm, Rizal berhenti kerja"
"What?!"
"Resign."
"Aku fahamlah, kenapa?"
"Dia balik kampung, mak dia sakit."
"Habislah, siapa yang nak buat semua kerja kerani ni? "
"Aku dah buat iklan untuk cari pekerja baru. Sehari dua nanti ada la tu."
"Fine. So, kerja ni semua kau buatlah ya?" Hehehe. Padan muka dia.
"Aku dah tak boleh nak race dan stay kat bengkel ni selalu."
"Apa maksud kau?"
"Maksudnya, aku kena kerja di syarikat papa aku dan blah blah blah"
"Habis tu, macam mana dengan bengkel ni?" Soal Zaril risau.
"Aku tetap kerja sini tapi tak selalu la. Kau faham papa dan mama aku macam mana, bukan senang nak tolak apa yang dia cakap. Kau ambik la sesiapa pun kerja" aku jawab tenang, tak ada masalah kut. Hehe.
***
Ina memeriksa duit di dalam akaunnya yang tiba2 meningkat, bukan sahaja duitnya malah duit adik-adik nya sama. Ina menjeling Firdaus yang sedang khusyuk bermain game dalam telefonnya, memang tak ada kerja lain lagi dah Firdaus ni.
"Emm...awak," panggil Ina perlahan.
"Hmm?"
"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana dan saya tak pasti kalau awak..."
"Berderet la kau ni, cakaplah cepat" tegas Firdaus bosan. Ina telan liur dan mula balik.
"Awak ada bank in duit untuk saya dan adik-adik ke?" Soal Ina langsung.
"Hmm.." jawab Firdaus malas.
"Tapi...saya..."
"Aku bagi cash kau tolak so, aku bank in kan je senang." Tambah Firdaus selamba.
"Tapi saya mampu..."
"Banyak cakap la kau ni, bahagia la sikit dapat duit. Aku bagi ambik je la. Aku tak ada akaun bank adik kau satu lagi tu jadi aku harap kau boleh la sampaikan duit belanja tu pada dia"
"Kenapa awak buat semua ni?" Soal Ina lagi.
"Walaupun aku ni nampak macam budak-budak lagi tapi aku sedar akan tanggungjawab. Keluarga kau dah jadi keluarga aku jugak" terang Firdaus ringkas menyebabkan Ina tersenyum bahagia.
***
-Firdaus-
Dia tahu tak yang aku bakal jadi boss dia nanti? Tapi lagak dia macam biasa je malah dia tak tahu pun yang dia tu sebenarnya kerja di ofis papa. Rimas betul kena pakai sut ni semua. Ish!
"Awak nak saya tolong?" Soal dia, Ina la yang aku maksudkan. Aku tak sure la nak act macam mana depan dia, dia tu isteri aku yang sebaya dengan kakak aku. Rumit! Tapi tak ada pulak aku anggap dia macam kakak ke apa.
"Meh saya ikatkan tie" Ina tersenyum dan segera menolong aku yang dah rasa nak smackdown tie ni, makhluk mana la cipta benda alah ni.
Tak sampai dua minit pun dia dah selesai ikatkan tie aku dan dia boleh tersenyum macam aku ni berterima kasih sangat2 pada dia. Memang tak la nak cakap.
"Saya nak siapkan adik2 saya dulu" pinta Ina dan segera berlalu pergi.
Sarapan di meja makan memang meriah hari ni sebab ada mee goreng dan nasi lemak, siapa la yang sanggup bangun awal pagi masak nasi lemak ni? Tak kisah la ni semua memang favorite aku.
Tak cakap banyak terus duduk dan makan je la, baru je aku nak suap masuk dalam mulut papa dah sound sebab aku tak tunggu orang lain sebelum makan. Spoil la papa ni.
"Ngah nak pergi bengkel dulu sebelum ke ofis. Makan dulu eh" aku sengih dan teruskan makan.
Pergh! Sedap gila ni, mana pernah Kak Nab buat sesedap ni, ke dia beli? Mana dia beli eh?
"Kak Nab beli kat mana ni?" Soal aku kepada Kak Nab yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Puan Ina yang masak. Awal pagi lagi puan bangun" suapan aku terhenti bila dia sebut nama Ina.
"Bungkuskan untuk saya sikit Kak Nab"
"Baik tuan" Kak Nab segera ke dapur dan aku habiskan makanan di dalam pinggan aku dengan segera. Papa dan mama dah bagi pandangan semacam dah tu.
"Amboi, kalau mama masak tak pernah2 sampai nak bungkus" eh mama ni, nak tersentuh pulak.
"Mana ada ma, nak bagi kat Zaril. Dia tu pun hantu nasi lemak jugak" betul la apa yang aku cakap ni, kami berdua boleh jadi rapat sebab kongsi minat yang sama la. Hahaha.
-Qistina-
Aku kerja sebagai pekerja biasa je kat sini dan Iza pun sama, kami berdua ni kerja dengan kelulusan diploma je. Gaji pun biasa2 je tapi aku dah bersyukur sangat2 dengan apa yang Allah bagi ni.
"Ira, pengurus baru masuk hari ni, kau dah tahu?" Soal Iza ceria. Hmm, boleh dikatakan setiap 3 bulan pengurus di bahagian aku ni bertukar, kenapa? Entah.
"Habis lama pun boss baru kita tu bertahan tiga bulan je" jawab aku tak berminat sangat nak tahu.
"Aku harap kali ni boss kita elok la sikit perangai" sengih Iza dan aku tergelak kecil. Kebanyakan boss kami yang lepas2 tu kalau tak garang, gatal, kalau tak gatal malas, kali ni tak pasti la golongan mana.
"In sha Allah. Tak kisah la macam mana pun perangai boss kita tu, yang penting kita ni kena kerja bersungguh"
"Betul tu!" Iza dan aku tergelak bersama sebelum Iza kembali ke mejanya. Bila bab gosip dan borak memang laju je si Iza ni.
"Minta perhatian semua!" Suara orang atasan memberi arahan menyebabkan semua pekerja berdiri. Termasuklah aku sendiri.
"Kenalkan, pengurus baru kamu semua, Iman Firdaus" tambahnya lagi dan mulut aku terbuka sedikit. Takkanlah kan.
"Suami kau" Iza gerakkan mulutnya kepada aku. Alamak! Memang budak tu la nampaknya. Ish!
Semua pekerja memperkenalkan diri dan memberi ucapan selamat datang kepadanya, termasuk Iza sekali. Hanya Iza yang tahu dia tu suami aku. Meja aku paling last dan paling dekat dengan bilik boss jadi akulah orang terakhir yang dia akan jumpa sebelum masuk ke biliknya.
"Selamat datang tuan, saya Qistina" aku perkenalkan diri dengan sedikit gugup dan mata kami tidak bertemu secara langsung.
"Terima kasih bang, Daus dah boleh take over dari sini" ujar Firdaus kepada En. Irham.
"Ok, good luck!" Mereka berdua bersalaman dan En. Irham beredar dari sini.
Tetiba ada jari yang mengetuk meja aku dua kali untuk mendapat perhatian daripada aku. Dia nak apa pulak ni?
"Masuk bilik aku" arahnya dan aku kecut sendiri. Ish kenapa la budak tak matang ni yang nak kena jadi boss aku pulak sekarang ni. Aku pandang beberapa pekerja yang pelik bila aku diarahkan masuk ke bilik boss saat pertama kali bertemu.
Aku hanya turutkan dan berjalan bersamanya masuk ke dalam bilik boss. Mata aku hanya memandang lantai dan akibatnya aku terlanggar belakang badan dia sebab dia berhenti tanpa isyarat.
"Ugh!" Sakit betul hidung aku sekarang ni. Ni badan orang ke dinding simen.
"Mata letak mana? Aku yang tinggi macam ni pun kau langgar?" Soalnya dengan kening berkerut.
"Maaf, tengok lantai tadi" jawab aku jujur.
"Apa yang menarik sangat kat lantai tu?" Soalnya lagi dan kali ini dia tersenyum pelik. Dah kenapa pulak nak senyum semacam ni.
"Tak ada apa. Ada apa encik panggil saya?" Soal aku mula fokus atas sebab sebenar dia panggil aku masuk dalam bilik dia ni.
"Aku nak kau jadi pembantu aku mulai hari ni, mana aku pergi kau pergi, apa yang aku suruh kau buat, kau buat. Clear?" Soalnya lagi dan aku pula yang berkerut.
"Tapi, Hazlin sepatutnya jadi pembantu encik" aku nak tolak tapi dia ni menakutkan la pulak.
"Aku boss ke kau boss?" Ha, dah mula dah nak naik angin. Cakap je pun.
"Tapi...kenapa?" Soal aku lagi.
"Senang sikit, aku boleh jumpa kau 24 jam. Kalau ada masalah kerja tak payah susah2 nak jumpa kat luar, kat rumah pun boleh. Lagipun aku mana pernah buat semua kerja ni, aku perlukan seorang yang ada pengalaman untuk ajar aku" terangnya lancar, memang apa yang dia cakap tu ada logiknya tapi aku yang tak rasa bahagia.
"Kalau saya tolak?" Soal aku berani2 ayam.
Tiba2 dia jegilkan mata kepada aku menyebabkan aku terus mengalah dan anggukkan kepala.
"Aku tak kira kau setuju ke tak, kau tetap kena dengar cakap aku" ujarnya lagi, memang tak ada sifat toleransi langsung. Bila la nak dewasa dia ni.
Aku dan Iza berbual sambil berjalan ke parkir kereta dan dari saat aku cerita apa yang jadi dalam bilik tadi dia tak berhenti lagi gelakkan aku, katanya aku kena buli dengan suami muda.
"Dah la gelak! Dia tu yang nak kenakan aku!" Aku tolak bahu Iza geram.
"Alah, kau yang lebih tua daripada dia sepatutnya lebih matang. Anggap je la dia tu tak berapa nak matang lagi" kata Iza sambil ketawa senang. Ni ke kawan baik? Aku dalam kesusahan dia boleh gelakkan aku tak sudah2.
-Firdaus-
"Daus!" Panggilan Zaril aku buat derk je sebab aku tengah panas telinga sekarang ni.
"Woi! Agak ar buat tak dengar pun. Nak habis suara aku ni"
"Nak apa?!" Soal aku geram.
"Woa, panas je ni, pehal?" Soalnya dengan kening terangkat sebelah.
"Pehal? Halnya, Si Qistina dan kawan dia cakap aku ni budak tak berapa matang. Bengang la aku!" Luah aku bengang.
"Kau jangan gelakkan aku la, aku bagi sepakan insaf baru tahu!" Marah aku lagi, tak guna betul ada kawan macam dia ni!
"Hahaha, sorry la bro tapi kelakar la. Kau buat apa sampai dia cakap macam tu?"
"Aku paksa dia jadi pembantu aku dekat office, dia kata aku tak matang sebab tak pandai nak tolerate!"
"Sah la! Dah kau paksa dia kut. Apa la kau ni"
"Dia tu tak bersyukur betul, sia2 je aku makan penumbuk bekas tunang dia dulu, langsung dia tak ingat. Sekarang ni cakap aku budak tak matang pulak." Kesal sungguh aku. Memang dia tak ingat langsung muka aku yang pernah selamatkan dia dulu.
"Mengungkit, kau ingat kau darjah dua? Sah la tak matang kau ni" gurau Zaril lagi dan aku segera membaling kasut aku kepadanya yang sudah melarikan diri. Kuajaq punya kawan!
-Qistina-
Memang dah biasa aku tengok Firdaus ni mendung dan berguruh tapi tak ada la sampai nak ribut petir macam hari ni. Aku dijelingnya beberapa kali, makan pun hentak sudu dan garfu sampai nak pecah pinggan. Nak tanya ke eh?
"Apa pandang2 ingat aku ni tayangan ke?" Uish, garangnya. Pandang pun tak boleh apatah lagi nak tanya. Betul ke dia ni umur 24? Macam 4 tahun je. Kepala aku yang mula gatal sedikit aku garu perlahan.
"Saya tidur bilik kembar malam ni" aku memaklumkan kepadanya dan dia hanya tayang muka pelik. Ei, peliknya dia ni.
"Saya pergi dulu, selamat malam" aku segera keluar dari bilik itu. Aku gelengkan kepala dan berjalan ke bilik kembar. Mesti mereka dah lena ni.
Awal paginya dia masih lagi marah2 dan dia halang aku ikatkan tie dia hari ini. Dia marahkan aku ke?
"Awak nak pergi kerja sama2?" Soal aku mula bicara tapi dia hanya jeling aku. Ya Allah main jeling2 pulak, juling karang mata tu baru menyesal. Tak matang sungguh.
Aku tinggalkan dia dengan angin tak elok dia dan turun bersarapan bersama orang lain. Aku bekalkan sandwich kepada adik2 aku dan memimpin mereka ke kereta. Aku akan hantar mereka seperti biasa.
"Abang!!!" Jerit si kembar dan berlari memeluk kaki Firdaus menyebabkan dia ketawa dan mendukung Qifa. Qifa mula ketawa sementara Qiff merengek minta didukung sama.
"Qifa, Qiff kesian abang tu, Qifa dan Qiff berat kan?" Tegur aku tenang dan Qiff tayang wajah sedih.
"Ala, long cemburu la tu abang tak dukung dia" apa yang Firdaus cakap buat aku terkejut, biar betul? Dia maksudkan ke apa yang dia cakap tu,?
"Apa awak cakap?" Soal aku dan pandangnya tajam.
"Kau jealous sebab aku tak dukung kau" jawabnya selamba dengan muka tak boleh blah.
"Tolong sikit ya, macam la dia larat nak dukung aku. Macam kuat sangat" aku menggumam perlahan dua ayat dibelakang.
"Apa?" Soalnya dan tanpa disangka aku kini diangkatnya seperti seorang puteri menyebabkan aku terjerit kecil.
"Apa awak buat ni? Letakkan saya" aku cuba untuk melepaskan diri tapi dia memang kuat dan aku takkan malukan diri aku sendiri untuk memberontak. Aku pakai baju kurung kut karang ada yang tertayang tanpa niat.
"Mengaku dulu yang aku kuat" arahnya dan aku tenungnya tak sangka. Bila nak matang dia ni?
"Awak...kuat..." aku tepuk perlahan lahan bahunya dan senyum sedikit. Si kembar tu dah ketawa geli hati. Suka ya tengok long dia kena angkat macam ni.
"Ina sakit kaki ke sampai berangkat bagai ni?" Suara datuk menyebabkan Firdaus dengan pantas jatuhkan aku menyebabkan aku hampir tumbang dan terpaksa bertahan dengan badannya. Tengok tu! Aku pula yang dapat malu sekarang ni.
"Abang tunjuk kuat" jawab Qiff bagi pihak kami dan ketawa kecil lagi. Aku tutup muka dan pandang ke tempat lain.
"Kalau nak tunjuk kuat sangat, bagi cucu ramai2. Barulah nampak kuat!" Tambah dato lagi dan kini aku dah tak tahu mana nak letak muka aku sekarang ni.
"Kalau papa bagi 4 ngah bagi double" dengan itu dia segera berlari keluar dari rumah sambil ketawa. Bagus betul tinggalkan aku sorang2 dengan lawak tak bernas dia tu.
"Salam uncle dan aunty cepat" arah aku pada si kembar dan membuka pintu kereta.
-Firdaus-
Aku perhatikan Ina gosokkan baju kerja aku dan dia senyap je, dah lama aku nak tanya siapa yang kejar dia malam tu tapi dia nak jawab ke? Tanya je la.
"Malam tu, kau lari dari apa?" Soal aku padanya dan dia sedikit terkejut. Tak pasti dia terkejut pasal apa.
"Bila?"
"Malam tu la" jawab aku bosan. Dia ni saja buat2 lupa ke apa?
"Oh, erm..."
"Cepatlah, lambat betul" ni yang menguji kesabaran aku ni.
"Lupa..." jawabnya perlahan. Ha! Nak bohong aku la pulak sekarang.
"Kau ni umur berapa nak menipu bagai, menipu la nanti mencuri pulak" ha, ingat tak orang tua2 cakap. Mula2 menipu lama2 mencuri.
"Jawab la!" Suara aku dah tinggi satu oktaf buat dia gigit2 bibir pulak.
"Fa...Farid" jawabnya gugup.
"Dah agak dah! Kenapa kau tak cakap kat polis hari tu? Kalau tak dah lama dia masuk lokap" tak faham sungguh aku dengan dia ni.
"Saya...tak nak keruhkan keadaan. Lagipun, keluarga dia berpengaruh jadi saya takut semuanya terbalik semula kepada saya. Saya fikirkan adik2 saya" jawabnya perlahan dengan nada kesal. Farid tu pun manusia jugak, nak takut apa.
"Dia kacau kau lagi ke?" Soal aku padanya dan kali ini dia tersenyum sedikit.
"Sejak kita kahwin dia dah tak ganggu saya lagi dah" dia kelihatan lega, nampaknya sebab itu la dia terima aku sebagai suami. Tetiba rasa semacam pulak.
"kau ada jumpa Qazira tak?" Sekali lagi wajahnya bertukar muram, cepat betul air muka dia ni berubah, macam tukar channel tv je.
"Saya ada pergi kolej dia tapi dia tak free, tak sempat jumpa" dia senyum sedikit, aku tak pasti apa masalah dia dan adik kedua dia tu dan dia sendiri tak pernah cakap.
Suasana kembali senyap dan dia teruskan menggosok baju tanpa menghiraukan aku langsung, aku nak borak lagi sebab bosan tapi dia macam tak berminat je nak berborak dengan aku.
-Qistina-
Aku dah agak yang dia akan tanya pasal malam tu, cuak jugak aku tapi bila aku cakap dia macam faham je. bila aku pandang dia lama2 aku rasa macam pernah terjumpa dia di suatu tempat tapi aku tak pasti kat mana.
"Awak, kita pernah jumpa ke?" Soal aku memecahkan kesunyian yang terbina.
"Pernah" jawapan dia sangat mengejutkan, ke dia nak bagi jawapan tak boleh blah?
"Kat mana?"
"Parking lot, kau tengah gaduh dengan Farid. Senang kata aku kena tumbuk la hari tu" jawabnya selamba dan otak aku ligat berputar ke masa silam, akhirnya seterika terhempas perlahan.
"Awak?! Yang pakai cap tu?"
"Ya la, terkejut sangat kenapa?" Soalnya masih lagi bertenang.
"Tak sangka awak la budak yang berani tu" gumam aku perlahan tapi dia dengar dan dia pandang aku tajam.
"Apa kau panggil aku tadi?" Soalnya garang.
"Erm...budak berani?" Aku mencuba dan dia bangun dari katil, marah.
"For your information, aku bukan budak dan tolong jangan panggil aku budak!" Bentaknya dan berjalan keluar dari bilik. Huish, touchy sangat hamba Allah sorang ni. Tapi dia memang budak lagi. Ish! Dia muda dari kau je la Ina.
-Qistina-
Aku bersiap ala kadar untuk menjemput Qaz dan Fir pulang dari asrama. Aku mengenakan blaus yang dihadiahkan dari kawan2 aku zaman belajar dulu, dah lama sangat tak pakai rasa janggal sikit.
"Nak pergi mana?" Soal Firdaus bila keluar dari bilik air dengan selambanya hanya bertuala, untung aku dah biasa kalau tak mahu pengsan sebab malu.
"Jemput Qaz dan Fir" jawab aku dan senyum sikit sebelum mengenakan secalit lip bum pada bibir supaya tidak kering. Aku memang ada masalah bibir kering ni. Mungkin tak cukup minum air.
"Jemput? Asrama?" Soalnya pelik dan aku anggukkan kepala.
"Tak payah jemput" jawabnya tenang.
"Eh, habis tu?"
"Fir selalunya balik dengan bas, tak perlu jemput pun"
"Tak apa, saya dah janji dengan Qaz dan Fir. Lagipun saya nak bawa mereka beli kasut sukan baru" aku senyum kepadanya setelah memasukkan semua barang yang perlu dibawa ke dalam beg tangan.
"Duit ada?"
"Ada" jawab aku ringkas.
"Belikan untuk Qaz je sebab Fir ada duit dia sendiri" pesan Firdaus pelik dan aku berkerut.
"Eh, saya nak belikan untuk Fir jugak, dia pun adik saya jugak" dia sedikit terkejut dengan jawapan aku tapi dia hanya terima dan anggukkan kepala.
"Awak patut lap rambut awak sampai kering dan pakai baju cepat2. Tak elok berlembap, nanti jatuh sakit" pesan aku kepadanya sebelum memberi salam dan keluar dari bilik itu.
Aku membawa si kembar ini untuk mendapatkan alat tulis mereka yang baru. Entah apa mereka buat kat tabika sampai perlu belikan alat tulis kerap sangat.
"Qaz dan Fir pilih la kasut, akak belanja" mereka berdua terus tersenyum lebar. Aku perhatikan mereka berdua dari jarak agak jauh dan aku dapat bezakan cara Qaz dan Fir berbelanja, Qaz tidak mencari kasut yang dia suka tapi dia cari kasut yang murah manakala Fir sebaliknya.
Aku mendekati Qaz dan menyentuh bahunya lembut, dia memandang aku dan membalas semyuman aku lama. Ya Allah aku bersyukur engkau berikan aku adik yang memahami seperti Qaz.
"Qaz, cari kasut yang Qaz suka, kuat dan selesa. Jangan fikirkan harga sebab abang bagi duit banyak kat Long" aku kenyitkan mata kepadanya dan dia tergelak sebelum anggukkan kepala.
"Qaz, meh sini. Dua pasang kasut ni kalau beli dua pasang dapat 30 percent discount. Model baru ni dan kuat" Fir sengih dan tunjukkan dua pasang kasut itu.
"Ok kalau kau nak pakai warna pink tu" Qaz segera memberi cadangan dan tersengih.
"Well, pink is sexy, kan kak?" Fir minta pendapat aku dan akun anggukkan kepala mengiakan. Qaz buat muka jelik dan gelengkan kepala.
"Pink cantik!!!" Sokong Qifa dengan bersemangat menyebabkan kami bertiga ketawa. Fir dukung Qifa dan mengambil dua pasang kasut itu ke kaunter bayaran. Aku segera menyusul dan membuat bayaran. Kasut sukan memang mahal kan?
-Firdaus-
"Amboi, meriahnya bilik" sapa aku pada Fir dan Qaz yang seronok mencuba kasut baru mereka.
"Ngah, cantik tak?" Soal Fir menayangkan kasut baru berwarna pink, biar betul warna pink.
"Pink?!"
"Bang, Fir cakap pink is sexy" Qaz gelengkan kepala, dengan aku sekali gelengkan kepala bersama.
"Pink is not sexy, pink is pondan!" Balas aku balik dan Fir baling bantal ke arah aku.
"Kak setuju dengan Fir tau!" Marah Fir dan kali ini aku tersengih.
"Siapa bayar?"
"Kak bayar, Fir nak bayar sendiri tapi kak cakap dia nak belanja" Fir sengih dan aku anggukkan kepala sebelum beredar. Biar la dah dia nak belanja dua orang tu.
Aku membuka pintu bilik dan menutupnya rapat setelah masuk, mata aku terpandang sesuatu yang tidak di sangka dan tiba2 ada suara menjerit menyebabkan aku alihkan mata aku.
"Awak! Kenapa masuk sini?!" Tinggi betul nada suara dia ni, dah siap masuk dalam almari pulak.
"Alah, bukannya tak pakai apa2 pun, pakai tuala kut tu pun nak malu ke?" Soal aku dengan lagak selamba habis, padahal aku pun segan jugak sebenarnya. Mana pernah aku tengok dia macam tu, selama ni dia pakai baju dalam bilik air je.
"Saya lupa nak bawa baju masuk bilik air, boleh awak keluar kejap?" Pintanya di sebalik pintu almari, aku tergelak sikit dan keluar dari bilik.
-Qistina-
Malu gila! Macam mana aku boleh lupa nak bawa baju masuk bilik air dan macam mana jugak dia masa tu la dia nak masuk bilik. Ugh! Aku segera mengenakan baju tidur.
Pintu bilik dikuak dan kepala Firdaus terjegul sedikit, kemudian dia tersengih dan masuk ke dalam bilik. Senang hatinya dia bila dapat malukan aku macam tu, geram sungguh.
"Aku rasa kau kena beli baju baru" eh, tiba2 je nak tegur baju aku, kenapa?
"Kenapa?" Soal aku pelik.
"Sebab aku tengok kau pakai baju sama je" jawabnya tenang dan berbaring di katil dengan tangan alas kepalanya.
"Oh" jujur, aku sedih juga bila dia cakap macam tu, memang aku tak kaya macam dia dan tak mampu nak bergaya sangat. Duit kami banyak lagi yang perlu digunakan untuk benda lebih penting.
"Nope! Bukan aku nak hina atau perli kau, aku cuma nak kau berbelanja untuk kau. Sampai bila kau nak dahulukan orang lain je?" Soalnya lagi.
"Mereka semua adik2 saya, amanah saya jadi saya tak kisah"
"Mereka semua adik2 aku jugak, tanggungjawab aku jugak jadi, biar aku kongsi amanah yang kau bawa selama ni" kali ini aku terharu, walaupun dia lebih muda daripada aku tapi dia tak pernah abaikan tanggungjawab. Semua itu buat aku rasa sangat beruntung.
"Terima kasih, tapi saya tak perlukan baju baru pun"
"Esok kau ikut aku pergi mall, aku nak beli kemeja sikit dan kita boleh cari baju untuk majlis kahwin long nanti" ujarnya dan aku teringat yang majlis kahwin Hana nanti.
"Okay!"
"Satu lagi, mulai malam ni kau kena tidur dalam bilik ni dan atas katil ni"
"Ke...kenapa?"
"Mama pelik bila kau asyik tidur bilik adik kau dan mama syak aku tak bagi kau tidur dalam bilik ni. Aku kena marah kaw2 tadi, so aku harap kau faham la" dia kena marah dengan mama? Habislah.
"Maaf, sebab saya awak kena marah" ikhlas memang aku rasa bersalah sangat.
"Alah, bukannya tak biasa pun, so kita tidur sama2 la malam ni" katanya senang dan mata aku meluas, ei, walaupun maksud dia biasa je tapi lain macam sungguh bunyi ayat dia tu.
"O...k..."
Malamnya aku ambil jarak paling jauh daripada dia, memang betul2 hujung katil la. Sekali dia tiup aku rasa dah boleh tergolek jatuh bawah ni. Aku pandang dia yang sedang nyenyak, memang dia ni suka tidur tak pakai baju ke apa? Dah la bilik sejuk gila. Selimut satu je.
Dah pukul dua pagi, aku masih tak boleh tidur sebab sejuk yang melampau, dah tahap menggigil ni. Ok je kut kalau aku berselimut sikit. Dengan beraninya aku masukkan kaki ke dalam selimut dan terpaksa gerakkan badan aku ke tengah sedikit. Hmmm, hangatnya.
Sekali lagi aku terjaga bila aku rasa sejuk dan jelas selimut dah hilang dari badan aku, semuanya dibolot Firdaus seorang diri. Dia sengaja ke apa? Aku mendekatkan diri kepadanya sedikit dan sekali lagi cuba mencari sedikit haba. Ya Allah, aku harap sangat dia tak sedar dan fikir yang bukan2.
Hidung aku menangkap bauan yang sangat sedap, bukan sedap macam bau makanan dan bukannya wangi macam bunga. Bauan yang fresh dan sedikit kelakian, ada ke sabun yang ada bau macam ni. Dah la hangat dan selesa je sekarang ni, rasa nak turun dari katil pun malas.
Kejap, sejak bila pulak Qifa ada bau macam ni? Bukan ke dia ada bau lebih kepada baby? Ha! Aku kan tidur sekatil dengan Dia malam tadi! Aku buka mata dan dapati bahagian leher Firdaus yang menyapa mata aku sekarang ni. Ya Allah, apa aku dah buat ni?
"Hmmm...jangan gerak" aku kaku seketika dan sepasang tangan menarik aku rapat ke badannya. Kalau dia tahu apa yang dia buat sekarang ni mesti dia menyesal sangat2.
"Firdaus" panggil aku perlahan dan matanya terbuka sedikit, bila dia nampak muka aku dia senyum dan kembali tidur malah pelukan dia semakin erat. Dah sedar ke belum ni?
"Firdaus, dah lewat subuh ni" aku cuba lagi dan dia membuka matanya lebih luas. Dia meraup mukanya dan rambutnya.
"Morning" sapanya selamba dan turun dari katil. Biar betul? Morning je? Dia tak pelik ke dia dah peluk aku dan dia tak marah ke?
"Apa yang pelik?" Aku terkejut bila dia tanya macam tu, dengan suara yang masih lagi mengantuk. Dia comel la pulak. Eh, apesal ni?
"Ha, tak ada apa? Cepatlah mandi, subuh dah nak habis ni"
"Hmm, selesa sangat tidur malam tadi sebab tu la lewat bangun" gumamnya perlahan dan masuk ke dalam bilik air. Bila pintu bilik air ditutup aku segera bangun dari katil dan mengemas katil. Dia tak sedar ke apa?
-Firdaus-
Memang aku tak dapat nak padam senyuman pada muka aku ni, sampai aku sendiri pun menyampah bila tengok muka aku ceria sampai macam ni sekali. Bukannya dia peluk aku pun, aku yang peluk dia! Tapi...bau rambut dia wangi gila kot. Haish!
"Daus, waras?" Soal Zaril dan tepuk bahu aku kuat.
"Malam tadi, kami tidur bersama!" Jawab aku happy gila! Sah memang aku ni dah tak waras, see Zaril pun pelik.
"'Tidur' bersama?" Soal Zaril terkejut, apa yang dia nak terkejut sangat pun aku tak tahu.
"Yep, satu bilik, satu katil, satu selimut!" Tambah aku lagi, ceria.
"In word... 'together'?" Soalnya dan kali ini aku tangkap maksud di sebalik terkejut yang dia hadiahkan pada aku. Kuning punya budak.
"Bukanlah mangkuk!" Aku baling topi kepadanya dan dia tersengih, tak senonoh punya kawan.
-Firdaus-
Petangnya sikit aku balik ke rumah dan semua orang berada di ruang tamu menonton tv, ha! Jangan cakap cerita apa, cerita barbie kut. Semua orang ada kecuali Qiff. Qaz dan Fir dah balik hostel agaknya sebab batang hidung pun hilang ni. Mana pulak si Qiff ni?
Aku tak hiraukan orang lain dan memanjat tangga ke bilik, aku ternampak Qiff sedang menangis di atas tangga sambil memeluk tiang tangga, kenapa pulak ni?
"Qiff, kenapa ni?" Soal aku padanya dan mengangkatnya ke dalam dukungan.
"Long tak bagi tengok power rangers. Qifa nak tengok barbie. Qiff tak nak tengok barbie" terangnya dan masih lagi dengan sisa tangisan. Really? Ina tak bagi adik dia ni tengok power rangers?
"Tak apa, abang ada power rangers. Jom kita tengok sama2" aku membawanya masuk ke dalam bilik dan segera memasang laptop. Aku membuka youtube dan mencari video power rangers. Ha, aku pun tengok zamn kecil2 dulu sekarang dah tak layan sangat.
"Qiff tengok la, abang mandi kejap" aku tinggalkan Qiff yang tersengih bahagia dan menuju ke dalam bilik air.
Takkanlah dia buat keputusan tak adil macam ni? Kesian dengan Qiff tak dapat tengok cerita yang dia nak. Sebab dia pun berminat dengan barbie ke apa? Ugh! Tak faham.
Aku keluar dari bilik air dan solat asar sebelum join Qiff tengok beberapa episod power rangers, kemudian Qiff sendiri yang terlelap di atas katil membuatkan aku tersenyum. Bukannya susah pun nak bagi budak2 tidur sebenarnya. Hahaha.
Aku hantar Qiff ke biliknya dan bertembung dengan Ina bila di pintu bilik.
"Qiff tidur?" Soalnya dan aku tayang wajah tak berpuas hati. Dia tak adil buat Qiff macam tu.
"Hmm, masuk bilik, nak cakap sikit" aku beri arahan tegas dan dia hanya menurut.
Apabila kami berdua masuk ke bilik aku terus duduk di katil dan bersila sambil memandangnya tajam.
"Qiff menangis tadi" aku mulakan perbualan dan Ina anggukkan kepala, jadi dia tahu la.
"Kenapa?" Soal aku tegas dan Ina lepaskan keluhan sebelum berdiri di beranda.
"Sebab saya dah bagi dia tengok apa yang dia nak semalam. Hari ni giliran Qifa pula" jawapan dia memang boleh diterima akal tapi takkan nak biarkan budak tu menangis macam tu je, keterlaluan la jugak.
"Tv je pun" luah aku tak berpuas hati.
"Pada awak, tak pada kami. Nak dapat tv pun susah pada kami. Saya tak nak dia terlalu bermewah dan dapat apa je yang dia nak. Saya nak dia berkongsi dengan Qifa. Saya tak salahkan keluarga awak sebab manjakan mereka semua tapi saya tak nak mereka terlalu senang dan lupa diri. Mungkin pada awak perkara kecil tapi semuanya mula kecil kecilan kan? Bila Qiff bertegas apa yang dia nak sampai sanggup bergaduh dengan Qifa buat saya risau, kenapa sampai jadi macam tu" luahnya dan aku rasa nak menyorok je sebab malu dengan diri sendiri. Sekarang ni aku pulak yang rasa bersalah tahap dewa.
"Aku...aku bagi dia tengok tadi dalam laptop" akui aku bersalah dan dia memandang aku laju, memang laju gila kepada dia berpaling tadi, seram aku.
"Sebab aku kesian kut! Dia menangis sorang2!" Aku segera tambahkan perisai, harapnya dia tak marah la.
"Terima kasih" eh?
"Sebab sayang adik2 saya" ha....
"Sorry la, aku tak tahu pulak kau tengah denda dia" kali ini Ina ketawa perlahan dan gelengkan kepala.
"Saya tak denda la, saya nak dia faham sendiri apa yang dia buat tu salah. Terkejut saya bila dia tarik baju Qifa tadi" ceritanya dan mata aku terbeliak.
"Tak apa, lepas ni aku bagi boys lesson" dia ketawa lagi dan kini aku tersenyum mendengar dia ketawa.
"Terima kasih" ucapnya dan usap bahu aku. Kejap, dia usap bahu aku? Ingat aku adik dia ke apa? Ugh! Susahnya dapat isteri lebih tua dari diri sendiri.
"Malam nanti teman aku keluar" suara aku kembali dingin dan pastinya dia pelik dengan perubahan perangai aku yang tiba2 ni. Macam bi polar je.
-Qistina-
Memang rasa canggung gila berjalan berdua macam ni dengan dia, dah la dia tak bagi ajak orang lain sama. Kami berdua jalan beriringan tapi aku dah letih sangat sebab terpaksa ikut kaki dia yang panjang tu, nak minta rest nanti dia cakap aku mengada pulak, tapi serius memang kaki aku dah penat sangat ni lagipun barang apa yang dia nak beli?
"Kau ni kenapa?" Soalnya bila aku dah mula berjalan pelik, rasa nak tarik kaki je ni.
"Hmm, kaki saya dah penat. Apa kata saya tunggu awak dekat sini, awak pergi beli barang yang awak nak tu" saran aku sambil tunjukkan bangku yang berada di tepi.
Dia berkerut dan gelengkan kepala, dia ni memang sengaja nak kenakan aku ke apa? Kaki aku dah tahap kena seret ni kalau nak jalan lagi.
"Kita pergi tengok wayang, boleh la kau duduk nanti" sarannya dan belum sempat aku nak beri jawapan dia dah tarik aku ke panggung. Hmm, sabar je la dapat suami macam ni.
Aku tak tahu cerita apa yang dia pilih tapi aku ikutkan je. Suasana dalam panggung dah gelap dan terpaksa kami mencari tempat duduk dalam keadaan payah macam ni. Akhirnya kami berjaya jumpa tempat duduk yang jauh ke tengah ni, ugh, tak sukanya kena lalu depan orang lain macam ni.
Kami berdua mula menonton dan aku dah naik seram dengan nada permulaan cerita ni, aku tak takut tengok cerita hantu atau cerita seram tapi kalau cerita pasal ular memang aku tak boleh tengok. Mimpi ngeri nanti.
Tekak aku rasa haus tiba2 dan aku pandang Firdaus yang khusyuk memandang skrin besar walaupun cerita belum lagi dimulakan sepenuhnya, masih lagi dengan perkenalan watak2.
"Kau rasa muka aku flat macam skrin ke?" Erk! Dia tahu aku tenung dia.
"Saya dahaga" jawab aku ringkas dan dia hulurkan airnya. Dah la dia beli satu je, memang tak ingatkan aku langsung ke apa?
"Ni air awak" aku ingatkan dia dan dia pandang aku
"Share je la, malas nak keluar beli lagi" jawabnya selamba dan mengenangkan aku memang dahaga gila aku minum air dia dari straw yang sama. Akhirnya, lega jugak tekak aku ni.
Lima minit cerita ditayangkan dan aku masih lagi tak faham cerita apa sebenarnya, aku hanya pandang skrin tak berminat dan tiba2 muncul makhluk yang paling aku takut membuatkan aku menjerit dan ada orang keluarkan bunyi 'shhh' mendiamkan aku. Aku dengar orang gelakkan aku perlahan, Dia ni la.
"Awak, ni cerita pasal ular ke?" Soal aku padanya dan dia anggukkan kepala malas. Habislah aku macam ni, dah la bunyi kuat gila.
"Saya nak keluar"
"Ish, cerita baru je main" ujarnya dan aku mengeluh perlahan. Aku tak boleh tahan dah ni.
"Saya nak pergi tandas jap" aku memberitahunya dan segera keluar dari panggung.
Aku menuju ke tandas dengan tergesa-gesa. Sebaik selesai urusan di tandas aku keluar dan berjalan-jalan di sekitar, biarlah Firdaus tengok sorang, nanti sejam aku datang sini balik jumpa dia.
-Firdaus-
Amboi pergi tandas lama gila sampai sekarang tak balik lagi. Aku menunggu beberapa minit lagi dan aku cuba untuj fokus pada cerita tapi tak berjaya. Aku memandang telefon dan menghantarnya mesej.
》kat mana?
》kat mana?
》kau sembelit ke lama sangat kat tandas?
Masih juga tidak berbalas mesej2 aku dan aku mendail nombornya juga tidak berjawab. Mana pulak dia ni pergi ni? Takkan sesat kut. Tak boleh ni, baik aku pergi cari dia.
Aku menuju ke tandas dan menunggunya di luar sambil bersandar pada dinding dan bermain game di dalam telefon. Ada orang masuk dah keluar tapi dia tetap tak keluar2 jugak. Jatuh ke apa?
"Kak, tanya sikit" aku menyapa seorang perempuan yang baru sahaja keluar dari tandas.
"Ada tak perempuan pakai blaus putih dan tudung biru kat dalam tu?" Ish, macam pelik je soalan aku ni kan? Macam stalker pun ada. See, akak ni pun dah kerutkan dahi dia.
"Dia isteri saya, dah lebih 20 min dia pergi tandas, tak keluar2 lagi" aku terangkan kepadanya dan dia kelihatan lega sedikit.
"Tak ada, tandas kosong je tadi" jawabnya. Aku ucapkan terima kasih dan berjalan pergi. Mana aku nak cari dia ni? Masalah betul la dia ni.
Aku ajak dia keluar malam ni sebab nak pergi try baju untuk majlis nikah along aku sebenarnya, saja je melencong pergi tempat lain. Hahaha.
10 minit berjalan akhirnya aku berhenti di beranda dan melilaukan pandangan untuk mencarinya. Mata aku teratah pada tingkat dua di bawah dan sah tu memang dia. Malah dia bersama dengan seseorang. FARID! Tak guna punya Farid.
Aku melajukan langkah untuk segera sampai di tempat Ina, berani Farid cari dia lagi sekarang ni. Lepas apa yang dia buat?
"Tolonglah Farid...jangan ganggu keluarga saya lagi" aku mendengar rayuannya dan bila Farid mula memegang lengan Ina aku menolak kuat badan Farid sehingga dia bergerak beberapa langkah ke belakang.
"Kau jangan nak sesuka hati je pegang bini aku. Ina jom balik" aku tarik tangan Ina dan beredar dari situ dengan segera. Habis rosak semua rancangan aku.
"Masuk!" Arah aku sebaik membuka pintu kereta dan dia hanya menurut, aku tahu ada benda yang dia nak cakap tapi dia takut sebab aku tengah marah. Aku pandu kereta keluar dari kawasan mall.
"Macam mana boleh jumpa dia?" Soal aku geram.
"Saya jalan2 sorang, lepas tu saya nampak Qazira bersama dia" Qazira? Adik dia ke?
"Habis tu apa masalah kau?"
"Qazira tu adik saya, saya tak nak dia tertipu dengan helah Farid" jawabnya sambil memandang tangan di pehanya.
"Aku tak nampak pun adik kau tadi"
"Ira pergi tandas, sebab tu saya pergi jumpa Farid. Saya tak nak dia kacau keluarga saya lagi dah"
"Habis tu dia cakap apa?"
"Dia nak saya kahwin dengan dia kalau tak dia akan rosakkan Ira. Saya takut"
"Kenapa kau tak cakap kat Ira je?"
"Ira tak sukakan saya lebih2 lagi bila kita berdua kena tangkap basah dan kahwin. Ira lebih percayakan Farid" luahnya sedih dan aku terdiam. Hmm, macam mana aku nak selesaikan masalah ni?
"Kenapa kau keluar dari panggung?" Soal aku setelah lama sungguh diam, suasana pun dah jadi lain macam sikit.
"Erm, saya takut nak tengok cerita ular. Saya tak suka" jawabnya perlahan dan aku memandangnya sekilas sebelum kembali memandang jalan.
"Ular pernah makan kau ke apa?" Soal aku lagi dan dia pandang aku terkejut. Hihi. Kalau ular dah makan dia, yang ada depan aku ni apa? Hahaha.
"Aw...awak ni, jangan la cakap macam tu, takutlah saya" dia pandang aku tajam dan aku pasti dia nak marah sebenarnya. Takut sangat ke dia sampai macam tu sekali. Kena test ni.
-Qistina-
Tak payah cakap la berapa lama dia gelak sebab sepanjang jalan tadi lagi dia duk gelakkan aku sebab takutkan benda dalam layar. Dia tak tahu perasaan takut aku tu macam mana, boleh pengsan tahu tak.
Aku keringkan rambur dengan tuala dan mengutuknya perlahan. Rasa nak je sabotaj dia punya barang mandian ni semua, nasib baik aku ni jenis tak suka berdendam kalau tak dah lama aku pakai ilmu prank zaman muda aku kat dia.
Selesai memakai baju dan keringkan rambut aku keluar dari bilik air dan melihat dia sedang tersengih sambil bermain dengan telefonnya. Kalau pakai smart phone tapi empunya badan tak berapa nak smart gunakannya tak berguna jugak. Ish! dah kenapa aku nk tetiba je mulut jahat. Astaghfirullah...
"Awak, pergi la mandi" ujar aku kepadanya dan dia segera letakkan telefon dan ambilkan tuala yang tersidai. Dia sengih kepada aku sebelum masuk ke dalam bilik air.
-Firdaus-
Heh, harapnya dia tak pengsan la lepas tengok ular getah atas katil nanti. Hihihi. Jahat sungguh aku ni sampai sanggup nak kenakan dia sampai macam tu sekali. Dah lama sangat tak kenakan orang, apa salahnya kan?
Lamanya dia nak bagi respon ni, aku dah bersiap sedia nak tengok aksi dia lompat kijang ni. Aku membuka pintu sedikit, cukup2 je untuk tengok keluar tapi dia masih lagi duduk di depan meja solek. Jenuh menunggu aku tanggalkan pakaian untuk mandi dahulu.
"Arhhhh!!!! Tolong!!!" Lepas aku dengar jerit yang kuat macam tu aku dengar bunyi benda pecah dan barang jatuh. Apa dah jadi ni?
Aku segera berlari keluar dan aku tak nampak langsung kelibat Ina. Kemudian aku ke sisi katil sebelah sana dan dia terbaring di sana dengan kepala dahi yang berdarah. Allah!
Aku segera mendekatinya dan memangku kepalanya, dia langsung tak sedarkan diri dan darah masih lagi mengalir di dahinya. Ya Allah.
"Ngah? Kenapa Ina menjer...Ya Allah. Kenapa dengan Ina ni?!" Soal mama terkejut bila melihat keadaan Ina yang berada di pangkuan aku tak sedarkan diri. Semua orang mula berkumpul di dalam bilik ini.
"Ma, pa. Tolong Ina, dia...darah..." aku tak tahu nak penuhkan ayat macam mana, sekarang ni jantung aku rasa nak terloncat keluar je.
"Bawak pergi hospital! Cepat!" Arah papa dan aku segera mengangkatnya untuk di bawa ke kereta. Setelah pintu kereta dibuka aku letakkan dia dan baru sahaja aku nak masuk ke dalam kereta aku di halang mama.
"Ma, ngah nak kena cepat ni!" Gesa aku tapi mama tetap tak lepaskan lengan aku.
"Biar long yang hantar. Ngah pakai boxer je sekarang ni. Pergi naik atas pakai baju elok2 dan jumpa kami di hoapital je" bila mama cakap macam tu aku tengok keadaan aku.
Sah! Memang aku pakai boxer je sekarang ni! Aku pandang semua orang dan semua perempuan dalam rumah ni dah pandang tempat lain. Aku dengan selambanya berjalan masuk ke dalam rumah dan terus pecut bila sampai di tangga. Nasib baik pakai boxer, kalau bogel tadi tak naya! Nak je ketuk kepala sendiri sekarang ni.
Selesai mandi dan bersiap untuk ke hospital aku mengambil kunci kereta papa untuk ke hoapital dan tika itu aku melihat Qaz sedang berpeluk tubuh di pintu utama.
"Qaz nak ikut ke?" Soal aku padanya dan dia gelengkan kepala.
"Abang yang letak ular getah atas katil kan?" Soal Qaz dalam nada yang serius dan aku kejung sekejap. Matilah...
"Abang...abang nak bergurau je" walaupun aku rasa jawapan aku tak munasabah tapi memang tu je niat aku sebenarnya.
"Tak apa la, tapi lain kali jangan buat lagi tau. Long tu kalau prank hantu dia tak apa tapi ular memang dia tak boleh. Pernah dia pengsan seharian sebab terjumpa ular dalam rumah" ugh! Rasa bersalah tahap dewanya sekarang ni. Kenapalah aku bodoh sangat pergi kenakan dia tadi kalau aku tak buat benda tu tadi mesti dia ok je.
"Abang pergi dulu" perlahan sahaja suara aku dan aku segera keluar dari rumah. Ya Allah aku harap sangat dia selamat.
Aku duduk di sisinya sepanjang malam tanpa tidur langsung. Aku tak boleh nak lelapkan mata sedangkan aku tahu dia terbaring tak sedarkan diri kat sini disebabkan perangai tak matang aku. Aku harap dia sudi maafkan aku nanti.
-Qistina-
Walaupun dah dua hari aku balik dari hospital tak pernah walau sekali Firdaus bercakap atau bertentang mata dengan aku. Aku tahu dia masih lagi rasa bersalah walaupun dah jenuh aku cakap aku maafkan dia.
Dia pun tidur di ruang tamu je rasanya sebab selalu je aku tengok ada selimut terlipat atas sofa. Dia memang serius elakkan aku seratus peratus. Memang la apa yang dia buat tu tak patut tapi aku tahu niat dia nak bergurau je.
"Ngah ni dah melampau sangat tau!" Suara tinggi mama buatkan aku melihat apa yang terjadi di ruang tamu. Mama marahkan Firdaus.
"Ngah mana tahu dia takut sampai macam tu sekali. Ngah dah minta maaf kut"
"Tu la dalam kepala tu asyik nak kenakan orang je kerjanya. Untung luka sikit je. Bila kamu nak jadi seorang yang bertanggungjawab ni ngah?"
"Apa yang mama nak ngah buat lagi? Ngah dah minta maaf kat dia. Mama nak ngah melutut ke?" Soal Firdaus dan nadanya mula meninggi.
"Kalau mama cakap semuanya nak lawan..."
"Ngah nak keluar la!" Firdaus terus berlalu pergi dan tak hiraukan panggilan mama lagi dah. Hurm, mereka gaduh lagi pasal aku.
Firdaus tak balik sejak semalam dan aku mulai risau. Aku nak keluar cari dia dan pujuk dia balik jumpa mama. Mama pun macam susah hati je sebab Firdaus tak call langsung sejak pergi.
Aku memandu ke arah bengkelnya setelah mendapat alamat daripada Fir. Patutlah dia selalu singgah bengkel, rupanya jarak bengkel dari pejabat 10 minit je.
-Firdaus-
"Dah la marahkan mama kau tu, sampai bila nak merajuk ni?" Zaril ni tak habis2 lagi ke pasal ni. Bosan aku dengar.
"Aku tak marah, aku geram je. Semua orang dalam rumah tu salahkan aku"
"Dah terang lagi bersuluh kut, memang salah kau" dia ni sengaja nak tambahkan black pepper atas luka aku ke apa? Ingat luka aku ni chicken chop?
"Ok! Sorry la, bukan aku nak salahkan kau. Aku cuma pelik la dengan aku ni sebab suka sangat kenakan dia, setahu aku kau ni bukannya kaki prank pun" ha, betul jugak apa yang mamat ni cakap. Tak pernah2 aku kerjanya duk prank orang je. Dah kenapa aku suka usik dia sangat?
"Boss, awek baju kurung cari!" Laung Emir, salah seorang pomen yang kerja kat sini. Siapa pulak awek baju kurung ni?
"Cari aku ke?" Soal aku padanya dan mengesat tangan kotor pada baju kerja. Aku berjalan ke depan dan bila aku tengok dia yang berdiri sambil tersenyum terus aku u turn nak masuk balik.
"Awak! Tunggu la kejap!" Panggilnya dan kemudian aku dapat rasakan lengan aku dipegang kemas.
"Nak apa?" Soal aku malas tetapi tak lepaskan tangan dia dari lengan aku. Dia pegang kedua tangan aku dan pandang mata aku dalam2.
"Awak balik la rumah hari ni, kesian mama risaukan awak" ujarnya dan aku buat tak dengar. Mama je ke?
"Saya pun risaukan awak. Saya tak tidur pun semalam sebab risau awak tak balik2" tambahnya lagi dengan mata yang seakan merayu supaya aku percayakan dia.
"Ya la, petang sikit aku balik la. Banyak kereta hari ni" aku cuba untuk tak tunjuk lemah, kalau ikutkan hati sekarang jugak aku ikut dia balik. Tapi lelaki ada ego kut, tinggi melangut pulak tu.
"Ok. Saya nak pergi pejabat ni, saya jumpa awak kat rumah" ujarnya dengan senyuman semanis madu dan melepaskan tangan aku.
Aku hanya tayang wajah selamba dan menunggu keretanya hilang dari pandangan mata sebelum masuk semula ke bengkel. Dah kenapa Zaril tersengih macam kambing ni?
"Kau kenapa?" Soal aku pada Zaril dan dia hanya bersiul senang dan abaikan soalan aku macam tu je. Menyampah sungguh dengan hamba Allah sorang ni.
-Qistina-
Aku ada cakap tak yang Firdaus ni bukan je dingin tapi kaki buli kat ofis, semua kerja dia aku yang kena buat dan dia boleg duduk atas kerusi selesa dia tu dan pusing2 macam main dekat playgraound. Ikutkan hati memang aku tak nak buat kerja dia ni langsung.
"Dah siap ke?" Soalnya mudah. Aku pandang dia sekilas dan gelengkan kepala.
"Slow nya, susah sangat ke?" Ei! Dah la buli orang, kutuk orang pulak tu. Bertuah punya boss.
"Maaf, kepala saya berdenyut lagi sebab tu susah nak fokus. Saya keluar minum air kejap boleh?" Pinta aku ramah, memang kepala aku dah sakit dan dahaga gila sekarang ni.
Kenapa pulak dia pandang aku macam tu? Seram pulak aku rasa dengan dia ni. Dia tinggalkan kerusi selesa dia dan berdiri di belakang aku lama sebelum merendahkan badannya dan menyentuh dahi aku. Eh!
"Diam la, aku nak tengok luka kau ni" dia memegang kepala aku dan menyelak sedikit tudung sebelum melihat keadaan luka yang dah kering tu.
"Kenapa tak pakai plaster ke apa, kau biar je macam ni?" Soalnya tajam dengan kening berkerut bagai.
"Erm, susah nak pakai tudung. Dah kering pun luka tu" aku senyum sedikit dan dia lepaskan kepala aku. Hahaha. Macam pelik je bunyi macam tu.
Setelah itu dia kembali semula ke kerusinya dan mencari sesuatu di dalam laci, kemudian dia menarik au ke sofa tanpa banya soal. Aku turutkan je la apa yang dia buat tu.
"Ni panadol, ni air. Cepat makan ubat" arahnya sambil menyerahkan sebiji ubat kepada aku.
"Allah, tercengang pulak. Cepatlah makan ubat ni!" Gesanya geram dan aku terpaksa telan ubat yang pahit itu. Setelah meneguk air dia mengambil laptop dan duduk di hujung sofa.
"Baring!" Arahnya tegas. Dah kenapa?
"Baring?!"
"Cepatlah!" Arahnya kasar dan menarik kepala aku jatuh ke ribanya.
"Buka kasut" arahnya lagi dan aku hanya menurut.
"Tidurlah" ujarnya perlahan dan mula menaip sesuatu di dalam laptop. Aang2 dah kepala sakit sangat aku buat je la apa yang dia minta. Tidur.
-Firdaus-
Tidur ke mati dia ni? Dah satu jam tak sedar2 lagi. Waktu lunch dah habis ni, perut aku tak isi lagi. Bukan je perut aku, perut dia pun belum lagi di isi. Telefon atas meja la pulak, jauh nak bergerak ni.
Aku pandang wajah mulus dia yang sedang lena, hakikatnya dia lebih tua daripada aku tapi bila tengok dari dekat macam muda je lagi dia ni, agaknya dia tak bergaya macam orang lain sebab tu tak nampak muda. Kalau bagi 10 markah untuk wajah dia, aku tak teragak- agak nak bagi 8.9.
Tapi kalau dia lepaskan rambut, aku boleh bagi dia 9.2, cantik jugak dia ni sebenarnya. Hah! Macam creepy je apa yang aku buat sekrang ni. Tiba2 kepala dia bergerak ke kiri dan menghadap perut aku. Alamak! Macam mana kalau dia dengar konsert dalam perut aku ni lepas tu dia sedar.
"En. Fir..." Hazlin masuk setelah mengetuk pintu sekali dan bila dia tengok keadaan kami dia diam lama.
"Boss...kenapa..." ish! Mana ada orang tahu yang kami dah kahwin. Habislah, macam mana nak bagi tipu ni. Jap! Apa salahnya kalau aku be honest je? Bukan luak pun.
Tapi! Apa pulak cakap orang nanti, aku gatal kahwin dengan lebih perempuan tua atau lebih parah lagi, Ina dituduh gatal sebab kahwin dengan lelaki muda. Tak boleh!
"Hazlin, erm...Qistina pengsan tadi sebab tak makan. Jadi, boleh awak order kan sesuatu untuk kami?" Soal aku dengan nada yang kasual dan formal habis. Harapnya dia tak salah faham la.
"Boleh boss. Now?"
"Yes, please"
"Ok. Btw, ni dokumen yang boss minta tu. Saya letakkan atas meja ya"
"Ok. Thank you"
Elok2 je dia beredar hamba Allah ni bangun juga akhirnya. Kenapalah tak sedar awal sikit, kan dah timbulkan syak pada orang lain. Dia ni!
"Dah sampai mana mimpi kau?" Soal aku sedikit dingin dan dia terkejut bila pandang muka aku.
"Aw...awak" lepas tu dia diam je, dah sedar la kut dia dah lena atas bantal paling selesa atas dunia ni.
"Saya mimpi...bangunan runtuh, real sangat bunyi tu. Kuat je macam betul2 sebelah telinga saya" ceritanya tanpa di pinta dan aku segera menekan perut aku.
Really? Perut aku bukan buat konsert tapi dinding2 dalam perut aku dah runtuh ke? Hebatnya!
"Bunyi perut kau lapar la tu, dah lepas lunch" aku sengaja berkata begitu dan dia berkerut.
"Allah, awak...awak dah makan?" Soalnya kalut.
"Belum la! Kau lena atas aku macam tak nak bangun. Ingatkan dah jadi puteri tidur, nak je aku cium suruh kau bangun tadi" dengan selamba dan tenangnya aku bertutur. Dia segera menyentuh bibirnya dengan mata membulat besar memandang aku. Heh!
"Awak ni...kenapa tak tinggalkan je saya dan pergi makan? Nanti perut awak masuk angin lepas tu gastrik macam mana?" Soalnya resah dan sedikit marah. Dia marahkan aku pulak.
"Jom! Jom kita pergi makan!" Ajaknya dan segera bangun dari sofa. Tangan aku ditarik erat.
"Cepatlah, awak kena isi perut awak tu" ujarnya cemas dan aku tergelak kecil.
"Boss, makanan dah sampai..."
Kenapa Hazlin ni asyik masuk masa tak tepat je, kalau tadi dia lena atas aku sekarang ni tangan dia pegang tangan aku pulak. Aku tarik Ina supaya duduk semula walaupun dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Letak kat sini, awak claim duit dekat akauntan ya. Awak boleh keluar, thanks again" ucap aku dengan segera dan Hazlin lawan tatap dengan Ina. Musuh ke apa dua orang ni?
"Cepat makan!" Aku membuka makanan dan terus menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Ya Allah, lapar sangat sampai rasa boleh makan tiga bungkus sekaligus. Tapi ada dua bungkus je dan sebungkus lagi untuk Ina yang asyik tenung je nasi tu.
"Kau tak suka ke? Nak aku order lain?" Soal aku padanya dengan mulut penuh dan dia tiba2 sahaja mengesat sesuatu pada hujung bibir aku.
"Makan perlahan la sikit, jangan bercakap masa makan." Tegurnya dan aku segera mengalihlan pandangan. Kenapa sejak akhir2 ni dia macam sweet semacam je? Hish! Tetiba rasa malu dan segan. Hahaha.
-Qistina-
Aku tersenyum melihat pasangan pengantin baru yang sedang berjalan ke pelamin dengan iringan alunan piano yang di mainkan oleh Fir. Tak sangka Fir sangat berbakat.
Farhana dan pasangannya Farhan sangat sepadan dan seakan sinar2 bahagia ada di sekeliling mereka. Walaupun perkahwinan aku dan Dia tak sehebat dan semewah ini aku dah bersyukur berada di dalam keluarga yang sangat baik ini.
"Kak Ina, jom pergi sana. Selesai je renjis2 ni dah mula" Isha menarik tangan aku untuk ke bahagian tepi dewan.
Tiba2 je rasa berdebar, menyesal aku tanya apa yang Hana nak masa kahwin nanti, sekarang aku yang terkena balik.
"Ok, dah sampai masanya untuk hadiah istimewa kepada pengantin. Dipersilakan!" Jerit Isha bahagia dan alunan piano dan gitar kedengaran. Ya Allah aku pohon, permudahkan.
"waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema...."
-Firdaus-
Semua orang sedang fokus kepada suara yang sedang menyanyi sekarang ni. Memang bukan Rossa la tapi hmm macam kenal je suara siapa ni.
"aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan..."
Mata aku meluas dan Zaril menepuk belakang aku kuat sebab dia sendiri terkejut dengan apa yang dia tengok.
"Allah, cantiknya dia" puji satu suara dari meja makan kami menyebabkan aku berpaling dan rasa nak sepak orang je sekarang ni.
"Suara dia pun best, menusuk kalbu" tambah orang lain pula menyebabkan aku rasa panas sangat.
"Bro, tak sangka dia pandai nyanyi" Zaril kelihatan senang sekali. Dah kenapa semua orang nak puji bini aku? Bini aku tu!
-Qistina-
Sebaik selesai nyanyian aku semua orang bertepuk tangan dan ada seorang lelaki yang tiba2 sahaja tampil ke depan dan hulurkan aku sekuntum bunga. Erk, nak ambil ke tak nak ni?
"For lovely performances" aku senyum dan mengambilnya dengan ucapan terima kasih secara ringkas.
Aku tinggalkan tempat itu dan kembali semula ke tempat duduk asal aku. Aku mencari kelibat Firdaus untuk pastikan dia tak marah dengan apa yang terjadi tadi. Tapi, dah kenapa pulak dia nak marah? Logik la kalau dia marah.
Malam resepsi yang gilang gemilang itu akhirnya habis juga dan aku mendapat pesanan ringkas dari Firdaus supaya tunggu dia di dalam dewan. Dia nak marah pasal bunga tu ke? Aku tak nak simpan la bunga ni.
Aku telan liur bila wajah garangnya muncul dan dia memandang tajam bunga di tangan aku. Aku rasa dia tenung macam tu sampai panas tangan aku, terbakar ke apa bunga ni?
"Kenapa ambik bunga ni?" Soalnya keras.
"Saya tak sampai hati nak tolak"
"Kau kenal ke dia ni?"
"Tak"
"Kau ajar kat adik2 kau jangan ambil barang stranger bagi tapi, kau boleh pulak ambil?" Soalnya sedikit sinis dan aku rasa menyesal sangat. Apa yang dia cakap tu ada betulnya juga tapi aku dah boleh jaga diri sendiri kut.
"Saya minta maaf" pinta aku akhirnya setelah jerih bergaduh dengan diri sendiri.
"Good, lain kali jangan buat lagi" tambahnya senang.
Really? Dia ingat aku budak kecik ke apa? Dia lagi muda daripada aku tahu tak? Geram pulak aku tengok dia ni sekarang. Sabar Ina, Sabar. Nak tak nak kau kena hormat dia sebab dia suami kau. Muda atau tua!
"Kenapa awak suruh tunggu?" Soal aku malas.
"Hmm, nak ambil gambar" aku berkerut.
"Ok, kami dah sedia!" Jeritnya.
Aku ditarik ke pelamin dan dia segera mendudukkan aku. Kemudian dia pose beberapa jenis dan terpaksa aku ikut setiap rentaknya. Dah kenapa dia ni sebenarnya?
"Aku nak ada gambar kahwin sama macam long jugak, so kau kena pose lawa2" ujarnya bila dia nampak aku bingung. Aku senyum sedikit dan turut sertai dalam photoshoot ni.
Pelbagai jenis pose yang kami gayakan dan hampir sama dengan gaya Hana dan suami dia tadi. Buang tebiat agaknya suami aku ni tapi, tak kisah la, serba sedikit aku rasa bahagia jugak sebenarnya.
"Thanks bro! Nanti aku ambil gambar tu semua" Firdaus bersalaman dengan photographer itu.
Kami berdua berjalan ke kereta dengan senyap dan tanpa dia sedari tangan dia masih lagi memegang tangan aku erat dan aku suka sangat.
"Mana bunga tadi?" Soalnya tiba2 dan tanpa fikir banyak aku berikan kepadanya.
"Kalau nak bunga sangat, ambil yang ni, yang ni buang" dia hulurkan aku sekuntum mawar merah yang lain dan mawar itu selamat sampai ke dalam tong sampah. Kejamnya.
-Firdaus-
Betul la apa yang aku buat kan? Mana boleh dia ambil barang stranger bagi, karang kena culik macam mana? Susahkan aku je. Setakat rose sekuntum aku mampu bagi la kat dia, mamat tu pun satu hal! Apesal tak malu sangat pergi bagi bunga kat bini orang?
Aku pandang rose yang berada di dalam pasu yang berisi air. Bukan aku la nak buat semua jadah tu, dia punya kerja la. Cop! Kalau bunga yang mamat tu bagi agaknya dia akan jaga macam ni jugak ke? Ei! Kenapa aku ni rasa nak jadi Jelly buta ni? Bengang!
-Qistina-
Kadang2 Firdaus tu baik tak terucap, kadang2 dia tu jahat jugak. Memang jenis bi polar ke apa? Kalau dua minit baik, dua jam jahat. Contohnya sekarang ni, dia paksa aku buat semua kerja pejabat dia dan dia tengah khusyuk layan game. Rasa nak je baling laptop ni atas kepala dia.
"Awak, tak nak tolong saya ke?" Soal aku lembut dengan harapan dia akan mengalah dan beri muka kepada aku.
"Tak nak! Dah nak masuk level 59 ni" bantahnya tenang dan sangat senang. Memang tak fikir dua kali la orang kata.
"Saya tinggalkan kejap, nak buat kopi" aku bangun dari sofa.
"Make it two, tambah ice, susu lebih" pesannya selamba tanpa alihkan mata dari skrin.
Bertuah punya boss, bukan main lagi order macam2 kat aku, dah la kerja malas nak buat. Sabar je la aku dengan hamba Allah seorang ni. Aku bergegas keluar dari bilik dan tanpa disengajakan pintu biliknya tertutup agak kuat sedikit.
-Firdaus-
Amboi, bukan main berani lagi slam pintu aku, karang terbelah aku tak nak berjawab dengan boss besar.
Aku tinggalkan telefon sebentar dan memandang proposal yang dia sedang buat. Well, macam biasa, kerja dia memang bagus. Aku menambah beberapa perkara bila proposal itu sudah hampir selesai. Aku siapkan semuanya dengan cepat dan menyemak beberapa perkara sebelum kembali bermain game.
Pintu terbuka dan masuklah isteri aku dengan wajah masam mencuka. Hahaha. Kesian pulak aku dengan dia ni, aku buli dia ke? Mana ada kan? Aku baik sangat kot! Hahaha.
"Nah, kopi awak" suanya sopan tanpa senyuman. Ni la lebihnya dia berbanding perempuan lain, dia tak mudah nak sentap depan2. Hehe.
Aku tunggu respon daripada dia bila dia mula fokus kepada kerjanya. See, salah satu sebab jugak aku suruh dia buat kerja, dia peka dan bertanggungjawab.
"Eh, dah siap?" Soalnya dengan nada terkejut.
Dia pandang aku kemudian tersenyum senang dan meneguk kopinya tenang.
"Terima kasih dah siapkan" ucapnya dan tersengih sikit. Suka la tu.
"Untuk meraikan saat bahagia ni, aku belanja kau....Mamee Monster!!!" Aku hulurkan sepeket kecil mamee monster kepadanya dan dia berkerut.
"Tak elok makan junk food" tolaknya sekali dengan pesanan penaja dan aku buat derk aje. Aku renyuk2 dan makan dengan bahagia.
"Cuba la, sedap gila kot, lagi sedap daripada biskut kering"
Aku terkejut bila respon yang dia bagi adalah dengan tawa perlahan dan masih lagi dalam lingkungan sopan. Pergh! Ada gelak sopan sebenarnya.
"Kerja dah selesai, saya keluar dulu" ujarnya seraya bangun dengan dua cawan kosong di tangan. Ala, bosan la aku lepas ni sorang2 dalam ofis ni.
-Qistina-
Aku membasuh kedua cawan dan letakkan di tempat asal. Baru sahaja aku bergerak untuk mengesat tangan badan aku ditolak sehingga terkena bucu kaunter. Ugh! Sakit jugak sebenarnya.
"Hazlin..."
"Kau dengar sini Ina, kau dah rampas job aku lepas tu berani kau menggatal dengan boss baru kita? Kau ni memang tak malu kan?" Aku terkejut dengan apa yang dia cakap pada aku.
"Awak cakap apa ni?" Soal aku lemah dan menekan pinggang aku yang terkena bucu tadi.
"Tak payah tunjuk b**** la! Kau goda boss muda tu kan? Sedar la diri kau tu sikit!"
"Hazlin, saya hanya bekerja..."
"Kerja apa sampai tak keluar2 bilik boss tu? Kerja sundal kau ke?" Air mata aku menitis terus tanpa aku pinta.
Ya Allah, penghinaan apakah ini?
"Kau dengar sini! Jangan nak gatal2 dengan boss lagi!" Dia tolak aku lagi sekali sebelum tinggalkan aku.
"Ina, Ya Allah! Kenapa ni?" Soal Ita yang baru sahaja masuk bila melihat aku menangis di lantai.
"Ita, aku tak murah kan? Aku...aku"
"Dengar sini! Kau la perempuan paling mahal yang aku pernah kenal, so jangan nangis macam ni lagi" aku tergelak perlahan mendengar jawapan Ita. Dia ni memang la spoil mood orang.
Agaknya Hazlin dah bawa mulut kepada semua orang dan ada beberapa orang yang mula menjauhi aku dan memandang aku hina. Aku cuba untuk balas pandangan mereka dengan senyuman tetapi cepat2 mereka palingkan wajah.
"Qistina! Masuk jap!" Macam tu la cara dia panggil aku setiap hari.
Aku pandang sekeliling yang mula berbisik sesama mereka. Aku jauhkan diri daripada mereka dan masuk ke dalam bilik itu.
"Semakkan dokumen tu" Firdaus sodorkan satu file berwarna kelabu kepada aku. Tanpa bantahan aku mengambilnya dan terus duduk di kerusi.
-Firdaus-
Tekun semacam je dia hari ni, muka pun tak tunjuk protes ke apa. Dia dah pakai konsep redha dan terima seadanya ke? Tapi tak seronok la tengok muka dia yang tak ada perasaan macam ni, aku nak tengok dia marah atau geram. Kena tukar taktik lain ni.
"Aku nak makan nasi kandar dekat seksyen 11, belikan" arah aku tenang dan menunggu respon darinya yang tak kunjung.
"Sekarang?" Soalnya sepatah tanpa riak.
"Ya. Sekarang la, takkan la tahun depan..." eh, dia terus bangun dan pergi macam tu je? Dia tak protes? Pelik ni.
-Qistina-
Aku ternampak kelibat Ira dan kawan2 dia yang sedang makan dan aku segera mendekatinya untuk bertanya khabar.
"Ira" sapa aku dan senyum senang, wajahnya terus berubah keruh bila memandang muka aku.
"Nak apa?" Soalnya dingin.
Aku cuba untuk tak simpan di dalam hati dengan cara dia layan aku sebab aku tahu dia kecewa sangat bila aku kahwin dengan lelaki yang langsung kami tak kenal dan kami juga ditangkap basah.
"Long nak cakap sikit" pinta aku kepadanya dan dia bangun dari kerusi dengan marah serta ikut aku ke meja lain.
"Ira sihat?" Soal aku sebaik kami duduk bersama.
"Jangan buang masa Ira la long. Long nak apa?"
"Long cuma nak jumpa Ira, adik2 rindukan Ira."
"Geli la long rindu2 ni semua. Suami muda long mana?" Soal Ira sinis.
"Oh, Firdaus kerja, Ira nak jumpa dia?" Soal aku cuba bernada ceria tetapi Ira tayang wajah jelik.
"Ira kecewa sangat dengan long. Malu sangat. Long putuskan hubungan dengan abang farid sebab dia kena tangkap tapi last sekali long pun sama je. Abg Farid tu baik sangat dengan keluarga kita tapi long tolak dia lepas jumpa mangsa baru, dah la muda, kaya pulak tu" sinis Ira berkata.
"Ira cakap apa ni? Long dah cakap yang semua tu kemalangan je dan tolong jangan percaya apa yang Farid cakap" rayu aku padanya.
"Ira kecewa dengan long dan Ira lebih percayakan abg Farid." Ira bangun dari kerusi dan tinggalkan aku seorang diri di meja itu dengan hiba.
-Firdaus-
Kenapa sehari dua ni dia asyik sedih je? Aku ada sakitkan hati dia ke? Aku membuka peti sejuk dan melihat satu paket cadbury yang tinggal separuh. Aku segera memakannya tanpa hiraukan siapa pemilik asalnya.
Selesai makan dan membuang bungkusan ke dalam tong sampah dua langlah kecil kedengaran masuk ke dapur dan membuka pintu peti sebelum mengeluarkan bunyi terkejut.
"Mana coklat long?!" Soal salah seorang daripada kembar itu dengan nada resah. Apa yang nak resah sangat.
"Abang, ada nampak coklat long tak?" Soal Qifa kepada aku takut.
"Abang dah habiskan" jawab aku selamba.
Mereka berdua segera berlari ke arahku dan memeluk kaki aku erat sambil menggelengkan kepala risau dan dengan nada hampir menangis memaksa aku menggantikan coklat itu dengan segera.
"Kenapa ni?" Soal aku pelik dengan reaksi dua budak ini. Coklat je pun.
"Long sedih kalau coklat dia habis, nanti long lari masuk dalam batu belah batu bertangkup" mereka berdua terus menangis manakala aku ketawa senang dengan cara mereka. Takkanlah kan?
"Kenapa ni?" Soal Qaz bila melihat kedua kembar ada dalam dukungan aku dan masih lagi menangis.
"Abang makan habis coklat long. Nanti long masuk dalam batu, siapa nak sayang kami lagi?" Soal Qiff dalam esakan dan aku sengih kelucuan.
"Abang habiskan?" Soal Qaz resah. Ish! Takkanlah reaksi Ina se over tu nanti
"Habislah, abang kenapa habiskan coklat long?" Soal Qaz resah sama.
"Kenapa?" Soal aku keliru, serius je situasi ni.
"Long pernah merajuk sampai tak keluar bilik sebab kami habiskan coklat dia, tambah2 lagi kalau dia PMS." Qaz terangkan pada aku dengan nada risau. Erm, biar betul ni?
Aku bukan tak ambil peduli dengan apa yang mereka cakap, aku cuma nak pastikan betul ke reaksi dia sampai macam tu sekali. Dia tu dah dua puluh tujuh kut bukan tujuh tahun nak merajuk pasal coklat.
Aku perhatikan dia yang masuk ke dapur dan buka peti sejuk. Jelas dia sedang mencari sesuatu dan bila dia dah jenuh menggali dalam peti sejuk tu dia ke tong sampah pula.
Lepas tu wajah dia dah bertukar keruh dan hampir menangis bila dia pandang apa yang ada dalam tong sampah, bungkusan yang aku dah buang la tu. Dia tutup matanya rapat dan berjalan keluar dari dapur dengan wajah kecewa habis.
Aku ikut dia masuk bilik dan dia sedang berdiri di beranda sambil termenung jauh. Aku mendekatinya dengan muka selamba habis.
"Hoi" sapa aku ringkas dan dia terkejut sedikit sebelum palingkan muka dan kesat air matanya. Dia menangis pasal coklat ke???
"Dah kenapa pulak hujan ni?" Soal aku padanya dan dia gelengkan kepala. Aku pusing badannya mengadap aku dan dia masih lagi berusaha nak lap air mata dia.
"Cakap, apesal ni?" Soal aku serius.
"Coklat" jawabnya sepatah dan aku hampir tergelak. Betul la apa yang adik2 dia cakap.
"Aku yang makan coklat dalam peti tu, sedap" senangnya aku cakap dan dia tenung aku tajam. Amboi, pasal coklat pun nak membunuh ke?
"Relaks la, coklat je pun" aku masih lagi berlagak selamba.
"Awak ni! Sampai hati awak habiskan. Saya tak minta banyak pun, tinggalkan sikit pun jadi la. Saya nak makan!" Suaranya sedikit meninggi dan dia seakan merajuk membuatkan dia kelihatan comel. Ni yang aku nak usik dia lagi ni.
"Boleh beli lagi kut"
"Senang la awak cakap!" Dia hentakkan kaki seperti budak merajuk dan berjalan ke arah pintu.
Aku tergelak senang dan mengikut langkahnya. Belum sempat dia buka pintu aku tutup semula pintu dan memandangnya sambil memeluk tubuh. Dia jeling aku tajam. Siap jeling2 bagai, marah betul.
"Meh sini!" Aku tarik tangannya ke katil dan menyelak selimut yang digunakan untuk sembunyikan coklat yang aku susah payah pergi beli tadi.
"Banyaknya!" Jeritnya teruja dan dia begitu taksub dengan coklat tu semua sampai aku di abaikan. Baru je aku nak komen dia dah peluk aku sigap. Ugh! Kenapa berbunga bunga hati aku ni?
"Awak belikan semua ni?" Soalnya teruja habis.
"Tak lah, lori coklat ni tumbang depan rumah" jawab aku bosan dan dia pandang aku heran. Tolonglah jangan cakap dia percaya.
"Oh, tak sangka pulak lori lalu depan rumah kita" aku tepuk dahi bila dia dengan lurus bendulnya cakap macam tu. Really???
"Aku tak tahu yang mana satu kau suka so, aku beli semua jenis" aku duduk di birai katil sambil menepis beberapa bar coklat yang memenuhi katil.
Dia senyum manis dan duduk di sisi aku dengan sopan. Dia pandang aku lama dan meraih tangan aku ke dalam tangannya.
"Terima kasih, saya paling suka yang mix nut ni" dia tayangkan coklat itu di depan aku senang.
Aku sembunyi senyum bahagia. Rasa lelah aku berlari lari dalam seven eleven hujung jalan tadi berbaloi bila dia bahagia sampai macam ni sekali.
"Makan la" ujar aku malas dan dia segera membuka bungkusan itu dan memakannya.
"Nah" suanya ke mulut aku yang masih lagi tertutup menyebabkan coklat terlekat pada bibir aku.
"Sorry, dah comot" dia tergelak perlahan dan kesat bibir aku dengan jarinya lembut. Nak je aku peluk2 dia sekarang ni.
-Qistina-
dah seminggu kejadian coklat tu dan bila aku dah waras sikit, aku rasa malu gila sebab dah merajuk dengan dia sebab coklat. Nak pulak dia pujuk aku masa tu. Hihihi.
Aku bukannya nak buat perangai budak2 tapi aku memang sensitif sikit pasal tu, nak2 lagi kalau aku PMS. Memang hati tisu tercelup air la hati aku masa tengah datang bulan macam tu.
"Oops sorry"
Aku terkejut bila ada milo panas yang tumpah atas tangan aku dan membasahkan sebahagian daripada baju kurung aku. Panas gila air ni.
"Hazlin..." tak percaya sangat yang dia sanggup buat aku macam ni. Aku segera ke sinki untuk bilas dengan air sejuk tapi ada orang yang berdiri di situ menghalang aku.
"Tolonglah, panas sangat ni" rayu aku lembut tapi mereka malah ketawa mengejek.
Aku cuba untuk keluar dari pantry tetapi ada juga yang menghalang laluan. Tangan aku sudah mula nemerah dan ada sedikit rasa pedih tetapi aku cuba untuk bertahan.
"Aku ingatkan kau ni dah sedar diri tapi tak, kau tetap jugak goda En. Firdaus dan muka kau yang tak malu ni boleh datang kerja satu kereta dengan boss. Ke kau dah jadi mistress dia?" Soal Hazlin sinis dan aku rasakan hati aku di tusuk. Tak pernah maruah aku di hinjak sebegini.
"Kenapa ramai sangat berkumpul kat sini? Kenapa lama sangat buat kopi?" Soalan2 yang mengejutkan itu menyebabkan semua orang mula meninggalkan pantry.
"Pehal?" Soal Firdaus bila semua orang dah beredar. Aku tutup mata rapat sebab nak lupa semua yang jadi tadi.
"Slow la kau ni, buat kopi pun..."
"Kenapa tangan kau ni?!" Soalnya kaget dan memegang tangan aku menyebabkan aku meringis menahan pedih.
"Kau ni memang cuai kan?! Cepat bilas dengan air sejuk. Kau ni melamum ke apa?" Marahnya dan bilas tangan aku dengan air sejuk. Sesekali aku meringis sakit.
"Baju kau pun kena ni, ikut aku" arahnya dan menarik aku keluar dari pantry.
Banyak mata yang memandang kami dan ada juga yang bersembunyi sebab takut kut. Aku hanya ikut langkah dia yang panjang dan wajah dia sedikit tegang dengan keadaan aku.
"Hazlin ambilkan first aid kit" arah Firdaus tegas dan menarik aku masuk ke dalam biliknya.
"Duduk!" Tegas sekali suaranya dan bila Hazlin masuk dengan first aid kit dia langsung mengambilnya dan duduk di sebelah aku.
"Selak lengan baju kau" arahnya lagi dan aku hanya menurut.
"Sikit je" aku bersuara perlahan tetapi dia buat tak dengar je.
Aku perhatikan wajah tegangnya yang sedang meniup lembut tangan aku dan dapat dengar dia baca ayat dari surah ......... aku tersenyum tenang melihat wajahnya. Dia sapukan ubat dan usap tangan aku dengan lembut.
"Mulai hari ni jangan buat air lagi, biar orang lain yang buat" katanya keras dan aku berkerut.
"Awak, tadi bukan sebab saya cuai tapi, cawan orang lain yang tertumpah atas tangan saya" terang aku ringkas tapi dia jeling aku pulak.
"Hati2 sikit lain kali" pesannya dan aku anggukkan kepala ceria. Dia ambil berat jugak pasal aku sebenarnya.
"Baju kau basah ni, tukar baju aku dulu" dia suakan aku kemejanya membuatkan aku berkerut. Tak akan aku pakai kemeja dia dengan kain kurung ni. Pelik gila kut.
"Tak nak la, pelik sangat kut." Tolak aku berkeras.
"Kalau macam tu kita balik la" ujarnya senang. Aku teringatkan jadualnya yang padat hari ini. Tak boleh!
"Jadual awak penuh hari ni so, awak kena stay. Biar saya je yang balik ganti baju" aku memberi cadangan.
"No! Kau ganti kemeja aku dulu, baju kau aku minta orang hantar sini. Aku nak kau tolong aku siapkan kerja" ish! Dia ni memang sengaja la kan?
"Kejap je pun"
"Cuba la dengar cakap aku ni. Cepat ganti baju, sana tu bilik kosong. Boleh tukar baju" dia tunjukkan bilik itu pada aku. Aku dengan malasnya dengar je apa yang dia suruh. Apa masalah dia sebenarnya???
-Firdaus-
Jangan cakap aku kejam tak berhati perut ok. Aku prihatin kat dia la sebab tu aku cakap macam tu. Tangan dia sakit, bahaya nak drive.
Tak lama lepas tu dia keluar dan fesyen terbaru di dunia, kain kurung dan baju kemeja aku yang agak labuh juga untuk dia. Pendek betul dia ni kan? Tengok muka dia yang tak puas hati tu. Hahaha. Kelakar gila.
"Awak ni saja nak malukan saya ke apa? Tak pernah2 saya pakai macam ni" gumamnya geram dan aku sengih sedikit.
"Siapa suruh kau cuai sangat?" Balas aku selamba dan dia menggumam sesuatu, tahu sangat dia duk kutuk aku dalam hati la tu.
-Qistina-
Walaupun aku masih lagi dapat jelingan daripada Hazlin, aku dah rasa macam biasa sangat semua tu dan orang lain dah ramai minta maaf dengan aku. Katanya mereka yang terhasut dengan kata2 Hazlin. Aku tak salahkan Hazlin sebab memang Firdaus selalu ajak aku kerja dalam bilik dia, memang buat orang lain syak wasangka.
"Terima kasih Aman" ucap aku pada despatch yang kerja di sini. Banyak jugak surat untuk Firdaus ni.
"Awak! Hai!" Langkah aku terhenti bila aku rasa ada orang panggil aku dan aku dapat dengar derapan kaki dia yang berlari.
"Encik panggil saya?" Soal aku pada seorang lelaki yang kelihatan mengah berlari. Dia kejar aku ke?
"Ya. Saya Arfan" dia perkenalkan diri dan aku senyum sambil anggukkan kepala. Apa motif dia ni sebenarnya.
"Awak?" Soalnya meminta nama aku.
"Qistina, ada apa2 yang boleh saya bantu?" Soal aku formal sangat dan dia tersenyum manis. Well, dia tergolong dalam golongan yang mempunyai senyuman yang menawan.
"Awak tak ingat saya?" Tak ingat langsung.
"Saya, lelaki yang bagi awak bunga malam resepsi tu" ah! Dia ni ke yang bagi aku bunga tu? Habislah kalau Firdaus nampak dia kat sini.
"Maaf, saya ni memang susah sikit nak ingat orang. Encik buat apa kat sini?" Soal aku pula. Patutnya aku segera beredar. Ish!
"Saya ada meeting kat sini, kebetulan sangat saya ternampak awak tadi so saya kejar awak sampai sini" macam bollywood pulak main kejar2 ni. Ni client papa la kut sebab tak ada pulak firdaus terlibat.
"Qistina, buat apa lagi kat sini? Bukan dah apply nak balik awal sebab ada dinner date dengan suami?" Ha! Baru je sebut nama dia dalam hati dah muncul. Kenapa pulak dia muncul time ni, tengok muka dia yang tak puas hati tu. Habislah.
Aku pandang Arfan yang agak terkejut dengan apa yang Firdaus cakapkan. Bila pulak aku apply cuti separuh hari untuk dinner date dengan suami? Aku half day sebab nak pergi majlis temu murni Qaz.
Lagipun lambat lagi nak dinner, lunch pun belum.
-Firdaus-
Aku jeling Ina yang tenang di sebelah aku sekarang ni, langsung dia tak minta maaf pasal jumpa dengan mamat tak malu tu. Ish! Aku pulak yang geram bila ingat benda tu. Stereng kereta aku genggam kemas sebab geram sangat.
"Awak ok? Nak saya drive ke?" Soalnya tiba2 sambil memandang aku dengan mata yang prihatin gila.
"Kenapa kau boleh jumpa dia?" Soal aku sedikit kasar dan dia segera menundukkan wajahnya dengan wajah redup. Rasa bersalah la tu.
"Dia client papa, dia ternampak saya lepas tu dia kejar saya" jawabnya resah. Ingat hindustan ke nak kejar2 pulak.
"Saya tak ingat pun dia" tambahnya lagi dan kali ini aku terpaksa akui yang aku sebenarnya dah melampau marahkan dia.
"Aku hantar kau sekolah Qaz dan Fir. Aku wakil papa dan mama" ujar aku tanpa dipinta dan dia senyum bila nada suara aku dah kembali datar.
Aku mendaftar atas wakil Fir dan Ina sebagai wakil Qaz. Aku tersenyum senang pada dua pelajar perempuan yang menjadi Ajk ini.
"Form 5 ke dik?" Soal aku berbasa basi dan mereka gelengkan kepala sebelum tersenyum manis.
"Form 4."jawab salah seorang daripada mereka ramah. Aku tanda tangan kehadiran dan mengambil pamplet yang di hulurkan.
"Tingkat satu sebelah kanan, dewan besar" ujar mereka mesra dan aku senyum lagi sebelum beredar mendekati Ina yang sedang menunggu aku di tangga dengan wajah sedikit muram. Kenapa pulak?
-Qistina-
Apa yang dia seronok sangat borak dengan budak2 tu? Sengih2 macam kerang busuk. Kenapa pulak aku rasa sebal semacam je ni? Takkanlah aku cemburu dengan budak2 kut. Tapi, dia memang muda lagi. Tapi, melampau jugak kalau try budak bawah umur.
Aku menatapnya geram bila dia dengan senang hati berjalan ke arah aku. Aku segera berjalan pergi sebelum dia sempat sampai betul2 di sebelah aku.
Lengan aku di tarik sikit menyebabkan langkah aku terhenti dan aku pandang ke belakang dengan malas. Dia naikkan kening sebelah sebelum memegang tangan aku dan tarik aku naik tangga bersama.
"Awak tak takut orang tahu ke?" Soal aku resah, banyak mata yang pandang kami sekarang ni.
"Aku rasa dah sampai masanya semua orang tahu." Jawabnya tenang dan terus menarik tangan aku.
Betul ke apa yang dia cakap tu? Dia dah ready untuk semua orang tahu yang kami dah kahwin. Dia serius ke? Kenapa aku rasa berbunga semacam je ni?
Kami berdua masuk ke dalam dewan besar yang gah itu dan mencari kelibat adik2 kami. Kenapa ramai yang pandang kami semacam, ada jugak yang sengih2. Ops lupa, dia masih lagi pegang tangan aku.
"Awak, lepaslah" pinta aku separa berbisik dan dia hadiahkan aku dengan wajah tak puas hati.
"Dah bahagi tempat untuk lelaki dan perempuan."
"Ok. Duduk di tempat yang aku boleh nampak kau" pesannya dan lepaskan tangan sebelum beredar mencari tempat duduk untuknya. Tinggalkan aku lagi.
Aku mencari tempat duduk yang sesuai dan memenuhi kehendak si dia. Majoriti yang hadir ialah ibubapa so,memang golongan makcik2 la kat sini, tinggal aku dan beberapa orang je yang agak muda sedikit.
Aku menyapa orang di sebelah aku dengan ramah dan kami mula berbual ringkas mengenai majlis ini. Majlis dinulakan dan ramai guru2 yang memberi ucapan. Ada juga seorang dua guru yang aku kenal kerana sering datang ke sini.
Mata aku hampir berair bila nama Qaz dinobatkan sebagai pelajar yang paling cemerlang untuk peperiksaan percubaan kali ini dan disusuli dengan Fir. Tipulah hampir berair, sebenarnya aku dah menangis sakan. Hahaha.
Setelah itu kami diminta untuk berjumpa dengan guru kelas masing2 untuk mendapatkan keputusan mereka semua. Semua ibubapa mula beredar tetapi aku tetap di kerusi dan mengesat air mata yang masih tersisa.
Aku terkejut bila aku ditarik ke dalam pelukan erat seseorang tanpa sedar. Bila aku tahu yang Firdaus dengan tak malunya peluk aku, aku tolak sedikit badannya. Dia ni!
"Tahniah" ucapnya pada aku dan lepaskan pelukannya. Dah kenapa aku pulak yang dapat tahniah ni?
"Kenapa pulak saya?"soal aku dan dia kesat air mata aku dengan sapu tangannya.
"Sebab kau dah jadi kakak yang terbaik untuk adik2 kau. Aku tahu kau yang ceramah Fir untuk rajin belajar. Aku dengar kau membebel sebab result exam dia sebelum ni teruk gila. Terima kasih dah jadi yang terbaik untuk semua orang" ucapnya lagi, walaupun datar je tapi berbekas sangat di hati aku. Sia2 je dia lap air mata aku, sekarang ni aku dah menangis balik.
"Dah la nangis, basah dah sapu tangan aku ni. Aku cium karang baru tahu" ugutnya menyebabkan aku berhenti menangis saat itu juga. Kemudian dia gelak macam hantu. Dia ni memang suka buat orang geram.!
-Qistina-
Hujung minggu ini Firdaus bawa kami semua bercuti di pulau pinang sempena meraikan kecermelangan dua orang adik kami tu. Sebab tu aku cakap yang dia ni bila baik, baik yang teramat bila tak berapa nak baik, banyak la idea dia nak kenakan aku.
"Terima kasih untuk semua ni" ucap aku padanya setelah dia selesai berenang di pantai, berenang ke wrestling dengan Qaz dan Fir? Tapi yang penting, sekarang ni dengan basah kuyup datang duduk tepi aku. Mengacau aku yang tengah baca buku.
"luruskan kaki kau" arahnya selamba dan tanpa bantahan aku hanya menurut. Malas nak fikir apa yang dia nak buat denfan kaki aku ni.
Dia letakkan tuala di atas paha aku dan letakkan alas di atas pasir di sebelah aku. Aku hanya perhatikan apa yang dia sedang buat dengan penuh tanda soal.
Semuanya terjawab bila dia dengan senang hati baring dan letakkan kepala dia atas paha aku. Amboi, sesedap rasa je dia nak baring atas paha orang. Aku tayang wajah tak puas hati tapi dia buat tak nampak je
.
Kami sama2 diam dan menikmati angin petang itu dengan nyaman dan damai. Tanpa aku sedar aku telah jatuhkan buku ke bawah dan kini tangan aku berada di rambutnya. Mengelus lembut rambut hitam pekat dia yang terpacak ala naruto itu.
Aku ketawa perlahan bila terbayang yang rambutnya berwarna perang seperti naruto. Tapi aku tak rasa watak naruto sesuai untuk dia, sasuke? Boleh la...
"Ada apa je yang kelakar atas muka aku ni?" Aku terkejut dan segera berhenti ketawa.
"Mana ada, saya cuma terbayang kalau awak rambut perang sama macam naruto" jawab aku dan senyum kepadanya dan hati aku berdetak sedikit laju bila memandang wajahnya yang sedang berkerut sambil mata tertutup sebelah menahan silau. Dia ni comel jugak sebenarnya.
"Kalau aku naruto, kau hinata ke?" Soalnya pula dan aku terdiam.
"Saya tak nak jadi hinata dan saya tak nak awak jadi naruto"
"Kenapa?" Soalnya lagi.
-Firdaus-
Kenapa pulak dia tak nak jadi Hinata lepas tu tak kasi aku jadi naruto pulak.aku nak kut jadi naruto, dah la ada musang ekor 9. Hinata pun comel apa, walaupun dia lagi comel sebenarnya. Hahaha.
"Sebab Hinata cinta kedua Naruto. Naruto cintakan Sakura dulu sebelum Hinata" jawabnya perlahan dan aku sungkam seketika.
"Ish kau ni, nak samakan anime dengan real life pulak. Tak yah mengarut la!" Aku tutup kes dengan segera. Mana ada dia cinta kedua aku! Cinta pertama ada la! Ish!
"Haha, betul jugak. Ha! Kenapa rambut awak lembut sangat? Dah la wangi je" dia dah tukar topik dah. Dia rasa aku ada perempuan lain ke apa eh?
"Kau tak cam eh bau ni?" Soal aku balik.
Dia rendahkan kepala untuk menhidu bau rambut aku dan saat yang sama aku dongak kepala aku tinggi menyebabkan bibirnya mendarat di bahagian tengah hidung aku. Laju dia melarikan kepalanya dan merona merah. Ah!!! Kenapa dia comel sangat.
"Cam tak bau dia?" Soal aku berpura selamba, padahal aku dah rasa nak zapin kat sini.
"ha? Erm, tak cam" jawabnya sedikit gugup.
Aku bangkit dari baring dan bersila di sebelahnya menerhatikan matahari yang hampir tenggelam dan melihat adik2 kami masih seronok bermain air. Aku rasa macam nak je kiss pipi dia yang merah tu? Agak2 dia baling aku masuk laut tak? Aku tak nak tidur luar malam ni, lagipun aku dah plan something great untuk dia!
Boleh la eh? Abah, minta izin nak kiss pipi anak abah sikit. Aku sengih sambil pandang langit sekaligus berdoa yang aku tak akan kena campak.
"Aku guna syampu kau" aku cium pipi dia dan terus berlari ke arah pantai dengan lajunya. Hahaha. Mesti dia tengah freeze lagi tu.
"Qaz! Fir! Twins! Jom balik dah nak maghrib ni!!!" Jerit aku kencang sambil berlari. Lantaklah orang nak cakap aku gila ke apa, aku bahagia sangat ni!!!
Selesai solat isyak berjemaah, aku tunggu adik2 kami beredar ke bilik masing2 sebelum mendekati Ina yang sedang melipat sejadah seorang diri. Nanti tolong ingatkan aku untuk bagi ceramah free kat budak2 yang malas tu semua, boleh dia blah macam tu je, tinggalkan sejadah untuk orang lain lipat.
"Kau tak salam dengan aku pun" aku bersuara datar dan hulurkan tangan.
Bola mata dia terbuka sedikit luas dan dia dengan teragak agak menyalami tangan aku sopan. Ha! Dia tak kiss tangan aku pun! Sentuh dengan dahi je!
"Eh, salam pun tak pandai ke? Nak aku ajar jugak?" Aku tanya bengang.
"Eh,salah ke? habis tu macam mana?"
"Basic macam tu pun tak tahu ke? Memang sah la salah! Qifa dan Qiff pun pandai"
"Lagi sekali?" Soalnya dan aku dengan penuh rasa kesyukuran hulurkan tangan aku padanya. Tapi still sama jugak!
"Ish! Salah lagi, meh aku tunjuk!" Aki tarik tangan dia dan cium sekilas sebelum mencium pipi kirinya.
"Macam tu baru betul! Lain kali aku nak macam tu. Tepi sikit, nak lalu ni" aku tolak perlahan badan dia yang kejung lagi.
Sebaik beredar dari ruang tamu dan ke bilik, aku sempat menari ala2 hip hop sebab happy sangat. Gila jugak aku ni sebenarnya. Ah! Tak kisah la, yang penting aku bahagia.
-Qistina-
Apa yang dah jadi dengan Firdaus ni? Pelik sungguh perangai dia sekarang, dah la ceria semacam. Tak boleh nak duk jauh sikit daripada aku. Tangan tu pulak asyik nak je merayap untuk sentuh aku.
"Aku bayar kau untuk kerja, bukan berangan. Kalau kau nak berangan sangat, stay kat rumah, jadi housewife yang baik dan penyayang. Tunggu aku balik rumah je" dia cuit hidung aku dan ketawa perlahan. See, tangan dia tu memang nak kena potong agaknya.
"Awak nak pergi klinik tak?" Soal aku risau.
"Kenapa? Kau demam ke? Sakit?" Terus dia pegang muka aku dan periksa suhu sebagainya. Ish! Dia ni.
"Bukan, saya rasa awak yang tak sihat"
"Aku? Aku ok je" jawabnya tenang. Dia tak ok sebenarnya.
"Ha! Aku nak minta izin kau ni"
"Izin?"
"Aku nak race sabtu ni sebab..."
"Tak boleh! Awak...awak tak boleh race. Saya tak nak benda yang sama jadi macam hari tu. Ya, awak tak cedera walaupun kereta tu terbabas. Saya tak nak awak cedera!"
Tak sempat dia habiskan ayat dia aku dah bangkang awal2 lagi dah. Tak sanggup la aku nak hadap benda yang sama lagi Rasa takut yang lepas pun belum hilang sepenuhnya lagi.
"Dengar la aku cakap dulu" dia pegang tangan aku erat dan paksa aku untuk tengok muka dia.
"Awak tak serik ke? Awak tak kesiankan mama yang selalu risaukan awak?" Aku cuba untuk buat dia faham.
"Yang ni last ok?"
"Bulan lepas pun awak cakap macam tu jugak"
"Percayalah, kali ni memang laat sebab hati aku dah ready nak tinggalkan dunia race ni" aku diam bila dia cakap ayat yang meyakinkan macam tu. Boleh percaya ke?
-Firdaus-
Bila dia diam je aku yakin yang 70 percent aku dah berjaya yakinkan dia. Lagipun memang ni race aku yang terakhir, aku dah ada hati nak tinggalkan dunia bahaya ni dan hidup dengan seorang perempuan sebagai suri hati aku.
"Aku janji ni yang last. Aku perlu race kali ni untuk dapatkan sponsor. Kalau tak, kesian budak2 baru masuk. Tak dapat peluang nak race sebab tak ada sponsor" aku berterus terang niat sebenar aku untuk race.
Selama ni aku race untuk diri sendiri dan untuk kepuasan tapi kali ni memang tujuan aku untuk budak2 junior.
"Ok. Tapi saya harap sangat awak berhati hati dan awak perlu cakap pada mama" ugh! Ni yang susah sangat ni.
"Satu lagi, ni rahsia kita je ok? Aku tak nak mama risau"
"Tapi, mama kena tahu"
"No. Mama tak perlu tahu, semua orang tak perlu tahu"
"Tapi saya tahu" ala, polosnya dia ni.
"Sebab aku nak kau ada kat litar nanti dan sokong aku" dia diam dan pandang ke lantai. Nampak sangat dia tengah gaduh dengan diri sendiri.
"Ok"
"yes! Thank you!!!" Tak semena mena aku peluk dia erat. Lantaklah apa orang nak kata, yang penting Allah tahu apa hubungan kami.
-Firdaus-
"Awalnya bersiap, nak keluar ke?" Soal papa dan mama yang sedang sarapan di meja.
Aku sengih dan menarik tangan Ina supaya ikut sama ke meja makan. Nampak yang dia tak cukup tidur malam tadi sebab fikirkan race hari ini. Dia terlalu risau buatkan aku takut dengan apa sekalipun yang bakal jadi. Aku hanya doa semua berjalan dengan lancar.
"Yup, nak keluar dating" aku kenyit mata pada Ina yang jelas berkerut. Papa dan mama dah mula dah bagi senyum senget penuh makna.
"Nak bawa Ina pergi mana? Tahu ke ngah ni nak dating semua, mana pernah ada awek pun sebelum ni" aish, mama ni memang suka betul la buat semangat aku luntur. Memang la aku tak ada pengalaman tapi pengalaman tu datang lepas kita buat dulu sekali.
"ma, ngah ni anak papa, jadi secara automatiknya, bakat mengurat papa turun kat ngah" aku tepuk dada banga dan papa pun sama2 naik bangga bila secara tak langsung aku puji dia balik.
"kalau cakap pasal papa tak payah la ngah. Dulu papa ni kaku semacam je, lepas kahwin baru la nak cakap dengan mama banyak sikit" ujar mama senang menyebabkan papa bagi reaksi kelakar gila. Ina pun tergelak sebab tak tahan sangat dengan muka papa sekarang ni.
Aku tengok ke tempat penonton buat kali terakhir sebelum memakai helmet dan masuk ke dalam kereta. Aku nampak yang Ina risau gila sekarang ni sebab dia peluk aku erat sangat tadi, mana nak dia peluk aku selama ni. Hahaha.
Aku menuju ke garisan permulaan dan bersedia di sana. Aku masih mencari kelibat Ina dan aku bersyukur sangat aku dapat tengok muka dia dari sini.
'Aku sayang kau'
Mata aku tutup rapat dan berdoa agar semuanya selamat. Aku tak pernah rasa berdebar macam ni selama ni. Lebih teruk daripada first time race. Aku berserah pada Allah sepenuhnya.
-Qistina-
Allah je tahu betapa risaunya aku sekarang ni. Setiap kali kereta dia melalui selekoh tajam buat perut aku kecut dan sebab takut sangat aku rasa mula dan pening. Habis doa dan istighfar dah aku baca rasanya.
"Saya yakin yang Daus ok. Akak jangan la risau sangat" pesan Zaril dan aku cuba untuk senyum sikit.
"Kalau akak nak tahu, Daus punya drive hari ni tak sama macam dulu lagi dah" kali ini apa yang Zaril cakap menarik minat aku.
"Maksudnya?" Soal aku bingung.
"Selalunya, dia akan race tanpa fikir benda lain kecuali garisan penamat jadi skill dia memang jelas sangat tak fikir benda lain. Tapi hari ni dia drive bukan untuk menang je, tapi dia juga nak selamat. Determination dia kuat sangat dan hari ni dia lebih berhati hati. Saya yakin yang dia buat semua tu sebab seseorang" Zaril ni cakap macam boleh baca orang je. Aku tengok sama je apa yang Firdaus buat.
"Sebab seseorang? Mama dia?" Soal aku pada Zaril.
"Maybe, maybe you" kali ini aku tergelak sikit. Takkanlah sebab aku.
"Zaril, awak ni agak2 la nak buat andaian pun"
"Kak, saya kenal Daus dah 24 tahun. Saya tak pernah kenal Daus yang matang ni, selalunya dia la makhluk yang paling susah saya nak faham apa yang dia nak."
"Awak cakap dia matang? Kalau awak tahu apa yang dia buat pada saya, mesti awak tarik balik kata2 awak tu" kelakar pulak bila ada orang cakap yang dia matang. Matang ke? Asyik nak kenakan aku je kerjanya.
"Sebab dia suka usik akak, mestilah akak cakap dia tak matang. Tapi, dari sudut lain dia dah matang."
"Mungkin" aku senyum lama.
-Firdaus-
Alhamdulillah!!! Race tamat jugak dan memang aku tak sangka aku dapat first. Tak kisah dah reporter datang sini, sekarang ni aku nak jumpa sorang je. Mana dia ni?
"Daus!!!" Zaril ni tak guna betul! Main lompat je atas aku.
"Nice game bro! Congrats!"dia tepuk bahu aku kuat. Malas aku nak layan dia ni. Mana pulak wife aku ni? Hehe.
"Mana Ina?" Soal aku langsung. Tak ada mood nak meraikan dengan Zaril hahaha.
"Hmph! Kacang lupa kulit betul kau ni! Bro, habis doa dia baca masa kau race. So, aku yakin yang dia memang sayang kau sangat2. Jangan la buat dia risau sangat, kesian aku tengok dia tadi"
"Okay bro, thanks dah tengokkan dia"
"No hal. Here she is"
Aku tersenyum bila Ina berjalan ke arah aku dengan wajah yang macam happy tapi nak menangis pun ada. Memang konfius la dia nak nangis ke nak rasa bahagia tengok aku sekarang ni.
Aku hulurkan tangan padanya dan dia menyambutnya dengan perlahan dan berjalan tepat ke sisi aku. Aku nak sangat peluk dia sekarang ni tapi ramai orang sangat. Nanti dia marahkan aku.
"Firdaus, siapa ni? Girlfriend?" Aku tergelak dan tarik Ina lebih rapat ke sisi aku. Sibuk je nak tahu press ni semua.
"My wife" jawab aku yakin dan Ina cengkam tangan aku kuat. Sampai bila dia nak rahsiakan perkahwinan kami? Aku tak nak dah!
"Tahniah!..." berlanjutan jugak la interview ni dan aku layankan je yang penting Ina ada di sisi aku sekarang ni.
-Qistina-
Aku tak pasti mana Firdaus nak bawak aku tapi memang pelik la sikit sebab dia drive kawasan berbukit dan boleh tahan gelap macam ni. Takkan la dia nak campak aku masuk gaung kut. Hahaha, macam lawak tak kelakar je kan?
"Dah sampai!"
"Dah sampai?" Bila masa pulak dia hentikan kereta ni? Tak kisahlah, aku ikut sama keluar dari kereta dan berjalan ke arahnya.
"Cantik kan?" Soalnya bila aku berdiri di sebelah dia.
"Cantik, tapi tak elok la kita keluar dah nak maghrib macam ni"
"Kau ni potong mood la, aku ajak kau datang sini nak tunjuk kat kau yang aku ni boleh tahan romantik jugak" dengusnya perlahan membuatkan aku tergelak. Agak2 la nak beromantik pun, waktu maghrib macam ni?
"Awak, nak beromantik ada tempat dan masanya, bukan sekarang"
"Tak kisah la, aku ada benda nak cakap ni" dia mulai serius dan aku bersedia untuk dengar apa yang dia nak cakap pada aku.
"Aku suka kau! Suka yang jenis sayang! Aku tak sure macam mana nak buktikan apa yang aku cakap ni ikhlas tapi aku yakin yang Allah cipta aku untuk kau dan aku harap kau boleh terima aku jadi suami kau" dengan sepantas kilat dia mampu habiskan ayat yang panjang itu.
Dia suka aku, suka jenis sayang. Hmm, dia sayangkan aku ke? Apa pulak perasaan aku pada dia? Aku terima dia jadi suami aku dan aku hormat dia sebagai suami. Aku sayang dia? Perasaan aku pada Farid dah habis ke?
"Kau ni diam pulak! Bagi la respon sikit" bentaknya pula. Ish, tak boleh nak sabar sikit. Orang tengah fikir ni
"Awak sayang saya?" Soal aku untuk pastikan apa yang aku dengar tadi betul.
"Ya! Aku tak pandai nak bermadah jadi kau jangan nak demand lebih2" dia ni nak confess ke nak ajak gaduh?
"Saya tak pasti apa yang saya rasa pada awak" gumam aku perlahan dan wajahnya yang serius tadi bertukar mendung sedikit.
"Apa maksud kau tak pasti?" Soalnya dingin. Susahnya dapat suami lebih muda ni.
"Apa yang saya rasa pada awak setakat ni semuanya positif. Saya selesa di sisi awak, saya bahagia, saya terima awak sebagai suami saya. Saya suka awak. Saya cuma tak pasti saya sayangkan awak atau belum" terang aku berhati hati.
"Jadi kau tak sayang aku langsung?" Soalan dia dengan nada berjauh hati itu buatkan aku sedih.
"Saya sayangkan awak tapi saya tak pasti kalau perasaan sayang saya pada awak sama seperti saya sayang Farid"
"Kau masih sayangkan Farid?" Soalnya kasar. Dia dah salah faham.
"Maksud saya...terlalu banyak perkara yang kami lalui bersama. Ya, saya memang bencikan dia tapi..."
"Kau yakin kau benci dia? Atau kau kecewa je?"
"Saya tak akan kembali pada dia, itu janji saya pada awak. Mungkin saya perlukan masa."
"Kita dah kahwin 6 bulan, mungkin masa tu belum cukup untuk buat awak lupakan Farid. Fine, aku faham. Jom balik, dah azan" dia terus masuk ke dalam kereta. Ya Allah apa aku dah buat ni?
Kami hanya diam dan akhirnya kami sampai di rumah. Aku tak suka tengok wajah dia yang keruh macam ni. Salah ke apa yang aku cakap tadi? Aku hanya jujur.
Laju dia melangkah masuk ke dalam rumah tinggalkan aku seorang diri di parkir. Aku menarik nafas sebelum berjalan masul ke dalam rumah. Setelah memberi salam aku masuk ke dalam rumah yang di penuhi orang tetapi sunyi.
"Sampai hati ngah dan Ina tipu mama, sampai hati ngah race lagi!" Suara mama bergema di ruang tamu. Ya Allah apa pulak ni?
"Mama tolonglah, not now ok? Ngah tengah kusut ni" Firdaus kelihatan marah.
"Kalau bukan sekarang bila lagi? Kenapa ngah susah sangat nak dengar cakap mama?"
"Ma! Ni memang yang last!"
"Dulu pun Ngah cakap macam tu jugak"
"Mama, papa kalau lagi sekali ngah race, halau la ngah dari rumah ni"
Apa yang keluar dari mulut Firdaus buatkan semua orang diam. Firdaus segera beredar dari ruang tamu.
"Ina, kenapa dengan ngah?" Papa pandang aku mencari jawapan.
"Ina masuk dulu" aku segera beredar dan masuk ke dalam bilik.
-Firdaus-
Dia mintak kau bagi masa, kenapa kau tak bagi je? Kau ni memang suka cari pasal la Daus!
Tapi, selepas semua yang Farid tak guna tu buat kat dia dan keluarga, dia masih jugak tak dapat lupakan Farid. Hebat sangat ke Farid tu?
"Awak" aku tersedar dari melamun dan pandang dia sekilas.
"Aku akan bagi kau masa, ambik la sebanyak mana masa yang kau nak. Aku serahkan semua keputusan pada kau. Aku pun perlu masa untuk fikir semua ni"
Aku keluar dari bilik itu dan ke bilik Fir. Nasib baii budak2 ni pergi hostel dan tengah exam SPM, tak ada la aku kena tidur bilik tetamu. Betul ke apa yang aku buat ni? Aku bagi masa kat dia ke aku merajuk sebenarnya? Buruk betul kalau aku merajuk. Mama!!!
-Qistina-
Hmm, sunyi pulak aku rasa tempat kerja hari ni, padahal sama je, yang bezanya aku tak di paksa buat kerja dan Firdaus tak panggil aku masuk bilik dia langsung. Dia buat apa je kat dalam tu?
Dah la semua orang layan aku pelik je hari ni, tiba2 je respect aku lebih. Apa2 je la, tapi aku bosan sangat sekarang ni tak tahu nak buat apa.
"Ina!!!" Apa benda pulak si Iza ni.
"Kau ni, dah declare tak cakap"
"Declare apa?" Pelik sungguh la kawan aku seorang ni.
"Penuh dalam majalah sukan ni pasal kau dengan boss" ha? Pasal kami?
"Kau cakap apa ni?"
"Tengok ni"
'ISTERI DORONGAN UNTUK BERJAYA'
Besar gila tajuk dia. Habislah. Ugh! Kenapa sampai masuk majalah sukan pulak ni? Ya la, race hujung minggu hari tu dapat liputan meluas kut.
Aku mengetuk pintu pejabatnya dan setelah mendapat jawapan barulah aku berani nak buka pintu bilik dia. Agaknya dia masih marahkan aku ke?
"Ada apa Qistina?" Soalnya langsung, serious sungguh.
"Erm, awak dah tahu pasal majalah sukan tu?" Soal aku resah. Mana tahu kut2 dia marah ke.
"Kalau bukan soal kerja, awak boleh keluar." Dia tunjukkan pintu dan kembali kepada kerjanya. Kenapa sedih sangat ni? Sampai hati dia buat tak nampak aku je.
"Saya minta maaf, saya keluar dulu" aku segera beredar dari situ. Hmm, rasa macam nak menangis je.
-Firdaus-
Waktu makan malam dia diam je dan tak banyak yang dia makan. Lunch tadi pun dia tak makan, perut dia tak masuk angin ke nanti? Eh, biarlah dia dah besar kut yang aku nak risau sangat kenapa.
"Ina, sikit je makan" mama bersuara menyebabkan semua orang memandangnya. Dia memandang mama kemudian aku sebelum kembali ke pinggannya.
"Ina pening sikit ma, tak ada selera sangat" jawabnya sopan. Hmm, menipu ke apa?
"Kalau sakit pergi la klinik, ngah pun ada kat rumah ni"
"Eh, Ina ok je mama. Jangan risau."
"Kalau macam tu, selesai makan rehat terus. Nanti kak nab bawakkan panadol"
"Ya ma"
Suasana kembali senyap dan ramai orang mula beredar dari meja. Aku orang yang paling last sekali. Selesai basuh tangan aku berniat untuk ke bilik tapi papa panggil aku ke ruang tamu. Mesti kena ceramah free ni. Tak habis lagi ke pasal race tu?
"Duduk ngah, papa nak cakap sikit"
"Kalau pasal race tu, ngah tak nak dengar"
"Bukan. Hal Ina dengan kamu" well, tekaan pertama salah, tekaan kedua betul. Apa yang papa nak cakap ni.
"Kenapa layan Ina dingin macam tu? Dulu papa tengok kamu dah baik dengan dia"
"Biasa je pa"
"Kalau kamu nak jadi seorang suami yang baik, kamu kena sabar. Cuba jadi matang sikit ngah, papa tahu dia lebih tua dari kamu tapi kamu tu suami. Tua atau muda, Ina tu amanah kamu"
"Dengar sini ngah, walau apa pun yang Ina lakukan kamu berhak tegur bila dia salah, pimpin dia ke jalan yang betul. Ina tu perempuan yang baik, papa yakin dia isteri terbaik buat kamu. Kalau soal hati, beri dia masa. Qaz ada cerita pada papa tentang Ina dan Farid. Farid ada masa Ina dalam kesempitan jadi apa yang Ina rasa pada Farid kuat. Ina kecewa ngah. Ngah jangan bertindak melulu dan abaikan Ina, walaupun dia nampak kuat, tapi dia lemah ngah. Bagi dia masa, papa yakin yang perasaan dia pada kamu adalah sama. Ingat pesan papa tu ngah" papa sentuh bahu aku sebelum beredar dari sini. Apa yang papa cakap buat aku berfikir, betul jugak apa yang papa cakap tu. Aku tak boleh selfish.
Aku masuk ke dalam bilik dan aku tengok dia dah lena di katil. Aku duduk di birai katil dan beranikan diri untuk usap kepalanya. Dahi dia panas! Jadi, betul la dia tak sihat. Ubat di meja langsung tidak disentuh. Sah la dia tak makan ubat ni.
"Ina, bangun makan ubat dulu" aku goncang tubuhnya perlahan dan dia bukakan mata.
"Firdaus..." dalam kantuk dia memanggil nama aku. Tak tahu la kenapa tapi dia nampak comel je.
"Kau demam ni, cepat makan ubat" aku pangku kepala dia dan berikan panadol yang dah ada. Dia hanya akur dan minum air dari gelas yang aku pegang.
"Tidurlah"
"Awak tidur sini boleh? Maafkan saya"
"Ya, aku tidur sini. Aku dah maafkan kau, rest ok"
"Hmm" dia sempat senyum dan selesakan diri dengan alaskan paha aku sebagai bantal. Nasib baik dia demam hari ni, kalau tak...aku nak buat apa je sebenarnya.
-Qistina-
Beratnya rasa badan aku ni, takkan demam aku tak nak kebah lagi kut. Eh, aku tidur atas apa ni?
"Firdaus? Aku tak mimpi ke semalam?" Aku tersenyum senang bila dia ada di sisi aku pagi ni. Hmm, selesa jugak alas kepala dengan lengan dia ni.
"Pagi"
Urk! Dia dah bangun ke? Apa aku nak buat ni? Sambung tidur balik?
"Aku tahu yang kau dah sedar. Demam lagi ke?" Tangannya segera menyentuh dahi aku.
"Demam lagi ni, lepas subuh nanti kita ke klinik. Now, solat dulu"
Usai solat kami terus ke klinik yang buka 24 jam, aku tak pasti kenapa aku boleh demam tapi aku gembira sebab dia dah tak marahkan aku lagi dah.
"Aku ambil ubat, kau tunggu kat sini" aku hanya mendengar apa yang dia suruh jadi aku tunggu di situ sahaja sambil memerhatikan keadaan sekitar.
Nasib aku tak baik bila melihat Farid yang muncul bersama seorang perempuan yang aku tak pernah kenal. Isteri dia ke? Atau, kekasih dia? Lebih baik aku menyorok.
"Ina! Kau tengok apa sampai nak terkeluar biji mata?"
"Ha? Mana ada. Dah selesai?"
"Dah! Jom balik" dia segera hulurkan tangan untuk memapah aku, aku hanya membenarkan dan sikit, aku sengaja rapatkan badan aku pada dia.
-Firdaus-
"Farid bawa isteri dia ke klinik sebab keguguran" aku tahu apa yang dia tengok, walaupun aku rasa sedih sikit tapi aku kena belajar terima semua ni. Andai kata dia memilih orang lain daripada aku, aku terpaksa lepaskan dia jugak.
"Awak tahu, saya minta maaf" pintanya kesal tetapi aku hanya gelengkan kepala.
"Jangan minta maaf, aku faham. Bukan senang kita nak tipu hati kita sendiri" kali ini dia diam dan sepertinya dia sedang berfikir panjang. Dia kesal ke?
"Saya hanya ...erm, terfikir apa yang dia buat kat sini"
"Ya aku tahu, isteri dia yang keguguran tu disebabkan alkohol yang berlebihan, aku dengar Farid jatuhkan talak sebaik sahaja doktor sahkan dia gugur"
Aku tak nak cakap semua ni pada dia sebab aku takut dia kembali pada Farid tapi pada masa yang sama aku nak dia fikir semua ni dengan baik. Aku sayang dia, jadi aku nak dia bahagia.
"Farid tak patut buat macam tu" gumamnya perlahan sambil menekur lantai. Aku hanya mampu diam dan perhatikan dia.
"Jom kita balik" ajaknya dan menarik tangan aku untuk segera beredar awalnya aku tak pasti kenapa dia tiba2 je nak balik sampailah...
"Ina!" Hmm, mamat tu yang datang pada dia rupanya. Aku hanya menurut bila Ina langsung tak hentikan langkahnya.
Kami segera beredar dari situ dan Ina hanya mendiamkan diri. Aku nak sangat tumbuk muka Farid dan tak nak bagi dia datang cari Ina lagi tapi aku takut apa yang aku buat tu salah.
-Qistina-
Apa lagi Farid nak ni? Dah tujuh kali dia call aku malam2 macam ni. Dia nak cakap yang dia dah bercerai ke? Aku tak peduli langsung la!
"Hello Ina, kenapa lambat sangat jawab call abang?" Suara Farid yang sinis menyebabkan rasa marah aku membuak, dia saja nak berbasa basi dengan aku je ke?
"Tolong la jangan kacau aku lagi! Kenapa dengan kau ni Farid?!" Aku dah muak dengan perangai dia ni.
"Wow, beraninya Ina sekarang. Mulanya abang rasa tak sanggup nak buat macam ni tapi bila tengok cara Ina layan abang, abang rasa kalau tak dapat Ina, dapat Ira pun ok kut"
Aku segera berdiri dan mendengar gelak jahat Farid di hujung talian. Apa maksud Farid? Apa yang dia nak buat pada Ira?
"Farid! Aku haramkan kau pegang adik aku!" Jerit aku marah tapi Farid hanya gelak.
"Abang, selamat ke kat hotel ni?" Suara Ira kedengaran dan talian telefon segera diputuskan.
"Ira! Farid!"
Ya Allah apa aku nak buat ni? Kena selamatkan Ira dari Farid. Ya Allah, engkau tunjukkan lah aku jalan yang benar. Selamatkanlah Ira.
Aku berlari turun ke ruang tamu sebaik memakai tudung. Aku mendapatkan Firdaus yang sedang bermain bersama kembar itu.
"Awak kena teman saya cari Ira" bisik aku perlahan supaya kembar itu tak dengar. Dengan wajah yang berharap dia segera bersetuju dan meninggalkan dua budak kecil itu.
Aku menunggunya di dalam kereta dan tak lama dia dah keluar dari rumah. Dia tak tanya banyak dan hanya dengar apa yang aku ceritakan. Dia segera menghubungi kawan2 nya untuk menjejaki kereta Farid. Aku cuba call kawan2 Ira yang ada untuk tahu di mana Ira sekarang.
"Thanks bro. Alright!"
"Aku dah tahu mana Ira, sabar key" tangan dia pegang lengan aku dengan lembut. Aku mengalihkan tangannya dan satukan dengan tangan aku. Aku dapat rasa dia kembali genggam jemari aku erat.
Kami tiba di hotel tersebut dan Firdaus segera berlari ke lobi untuk mendapatkan info, entah apa yang dia buat sampai kami dapat tahu mana bilik Farid guna. Kami berdua bergegas dan Firdaus tak fikir banyak terus merempuh pintu bilik itu dan ...
"Ira!" Air mata aku terus mengalir melihat adik aku dan Farid dalam keadaan yang memalukan. Aku mengalihkan pandangan dan Firdaus terus menarik aku ke belakang badannya.
"Farid! Kau blah sekarang jugak!" Arah Firdaus garang dan aku hanya mampu menangis. Kenapa Ira sanggup buat semua benda haram ni.
-Firdaus-
Farid pada mulanya tak nak beredar, tapi bila makan penumbuk aku sebiji dia terus beredar dengan marah. Aku tak kata apa yang mereka buat ni betul, tapi apa yang Ira buat ni adalah bodoh.
"Kenapa kau buat semua ni? Dah masuk uni, tak cukup cerdik lagi?" Soal aku geram. Sakit hati aku bila tengok Ira sedih macam ni.
"Apa beza kau dengan long? Korang pun kahwin sebab kena tangkap basah jugak! Long pun sama je, kotor macam aku jugak!" Ei! Ada jugak yang makan pelempang aku malam ni.
"Kalau semua ni kotor, kenapa Ira buat jugak?" Soal Ina lembut. Masih lagi nak berlembut.
"Diam la long! Menyampah tahu tak nak dengar dari mulut orang yang dua kali lima je dengan Ira. Long dan abah sama je, kotor, kejar darah muda!"
'Pang!!!' Aku terkejut yang teramat bila Ina menampar kuat pipi adiknya. Memang tak disangka langsung.
"Aku dah bosan dengan perangai kau ni Ira! Kau nak hina aku hina la! Tapi kau jangan hina orang yang bagi makan pada kita selama ni! Kalau kau tak malu dengan diri sendiri buat semua ni, malu la dengan Allah! Aku dah tak nak peduli pasal kau lagi dah. Ingat, Allah tu maha pengampun dan Allah sentiasa ada untuk umatnya. Kau pernah cakap rasa jijik ada keluarga macam kami kan, kali ni aku lepaskan kau. Aku minta maaf dah susahkan selama ni!"
Ina yang masih lagi menangis segera beredar dari situ. Aku tak pasti kenapa Ina buat semua ni, takkan dia betul2 nak putuskan silaturrahim ni.
"Kalau kau nak tahu, Farid cuba rogol kakak kau pada malam kami kena tangkap. Dia larikan diri dan salah masuk bilik aku. Farid tak pernah henti kacau Ina selama ni. Kalau kau rasa Farid tu baik untuk kau, silakan." Aku turut sama pergi dari situ. Aku tahu Ira menangis dan aku rasa memang dia perlu makan pelempang Ina tadi, barulah dia sedar.
Ina masih lagi menangis dan tangannha menggeletar kuat. Aku tahu dia tak berniat nak pukul Ira tadi. Kenapa dia ni baik sangat? Aku capai tangannya dan cium beberapa kali.
"Mari sini" aku menarik Ina rapat pada aku dan memeluknya dengan sebelah tangan. Dia masih lagi menangis dan memeluk aku erat.
"Saya dah langgar amanah abah, abah pernah pesan jangan pernah naikkan tangan pada adik2" luahnya hiba.
"No, aku rasa abah kau bersyukur kau lempang dia hari ni" aku jawab dengan tenang dan dia ketawa perlahan, walaupun tak ikhlas.
"Terima kasih."
"Sama sama kasih" aku mencium pucuk kepalanya dan memandu dengan tenang sehingga rumah.
Ina yang lena aku gendong bawa masuk le dalam bilik. Hmm, sampai bila dia nak menangis dan bersedih macam ni? Aku usap kepala dia lembut dan tanggalkan tudung di kepalanya. Dahi dia aku cium lama.
"Aku sayang kau." Aku baring di sebelahnya dan membelai rambutnya sehingga tertidur.
-Firdaus-
Qistina sangat diam sekarang dan dia juga kelihatan sedikit tertekan. Aku nak tolong dia tapi dia terlalu tutup diri dia sendiri sampai aku tak mampu nak dekati diri dia. Dia jauhkan diri daripada semua orang termasuk adik adik dia sendiri.
Aku perhati wajah lenanya yang sangat sedih dan penat. Kenapa dia nak tanggung semuanya sendiri. Tak cukup besar ke sayang aku pada dia sampai dia rasa tak perlukan aku langsung.
"Firdaus..."
Aku terkejut bila dia memanggil nama aku dalam tidurnya, dia mimpikan aku ke? Aku menyentuh pipinya dan dia segera membuka mata. Dia senyum sekilas sebelum dia menangis dengan tiba2.
"Awak jangan tinggalkan saya" rayunya dan semakin teresak. Aku menarik dia rapat ke pelukan dan dia terus teresak.
"Kau tahu aku ni degil kan? Aku dah cakap banyak kali yang aku takkan lepaskan kau. Jangan fikir lagi dah"
"Terima kasih."
"ya, sambung tidur balik" aku usap rambutnya dan dia gelengkan kepala. Degil jugak hamba Allah sorang ni rupanya.
"Saya...sayang...awak..." mata aku terbuntang luas, baru je aku nak dapatkan kepastian daripada dia, dia dah kembali lena. Aku tergelak kecil dan turut sama baring bersama dia.
"Aku pun sayang kau."
-Qistina-
"Ira ada kat bawah tu, kau tak nak jumpa dia ke? Dia datang nak jumpa kau tu"
"Tak nak, saya tak nak jumpa dia" aku bertegas dengan keputusan aku. Aju tak nak jumpa Ira, aku tak sanggup nak tengok wajah yang aku dah tampar hari tu. Aku rasa bersalah pada abah.
"Aku nak kau jumpa dia" dia juga bertegas menyebabkan aku menjelingnya tanpa niat.
"Amboi, jeling. Jom turun" ajaknya seraya meraih tangan aku.
"Saya tak nak Firdaus" aku menarik semula tangan aku darinya.
"Kalau kau tak nak, malam ni kau kena dengar cakap aku" dia buat muka miang, bertuah punya laki, dia ugut aku pulak!
"Tapi...saya rasa bersalah"
"Ina, aku tak setuju kau lempang dia..."
"Tampar, saya tak lempang dia" aku tak ada la seganas tu nak lempang orang. Tengok, dia buat muka menyampah.
"Whatever, tapi aku tak salahkan apa yang kau buat, kalau ikutkan hati aku, aku lanyak dah adik kau tu"
"Eh, dah kenapa pulak nak lanyak orang?" Sesuka hati dia je nak lanyak adik orang.
"Aku gurau je la, jom turun bawah. Aku rasa dia dah sedar salah dia" dia genggam erat tangan aku dan dari situ aku dapat kekuatan untuk berjumpa dengan Ira. Kalau betul Ira dah sedar salah dia kat mana, aku bersyukur sangat.
Ira sudah berjalan ke pintu bila aku sampai di bawah. Kenapa aku dapat rasa yang dia tengah sedih sangat sekarang ni, walaupun aku hanya nampak belakang dia je. Sedikit tolakan dari belakang menyebabkan aku berkalih kepada Firdaus. Dia nak suruh aku panggil Ira ke?
"Ira!" Eh, dia pulak yang beria panggil tapi, Ira pandang ke belakang dam dia tersenyum lebar bila melihat aku.
Langkah dia semakin laju menuju ke arah aku dan belum sempat aku melangkah dia sudah memeluk aku erat sekarang. Ya Allah, aku dah lama rindukan pelukan ni. Sejak abah kahwin lagi, aku dan Ira tak pernah sedekat ini.
"Ira minta maaf, Ira terlalu buta percaya pada Abg Farid. Maafkan Ira" rayunya sambil menangis sakan.
"Ira, long yang nak minta maaf"
"Long tak salah, maafkan Ira"
"Ya. Long sayang Ira"
"Ira pun sayang long sangat-sangat."
Banyak yang aku dan Ira bualkan dan buat pertama kalinya dia akan bermalam di sini. Secara langsung juga kenal dengan keluarga Firdaus. Tipu la kalau aku tak bahagia tengok semua orang berkumpul hari ni, kecuali Fir dan Qaz. Mereka berdua tak habis exam lagi.
-Qistina-
Mata aku melayar melihat Firdaus yang sedang work out, tak pasti kenapa dia macam ketagih sangat nak ada badan yang fit. Pada aku badan dia ok je, lagipun aku tak suka sangat lelaki yang terlalu bermuscle ni. Pada aku, apa yang dia ada sekarang dah baik sangat dah.
"Awak" panggila aku perlahan.
"Hmm" balas dia tanpa memandang aku langsung, sekilas pun tak.
"Apa dia? Dah panggil aku lepas tu diam pulak" eh, dia ni nak naik angin pulak. Aku nak puji dia dah ada badan yang fit je.
"Pendapat saya, badan awak dah bagus dah. Kalau terlebih muscle nanti saya tak suka sangat" aku cuba untuk susun ayat yang terbaik tapi rasanya macam dia tak suka je.
Dia berjalan ke arah aku dengan muka selamba habis dan duduk di kerusi di hadapan aku. Tangan aku diraih dan diletakkan pada dadanya.
"Aku tak kisah kau suka badan aku atau tak, aku cuma nak kau suka aku. Terima hati aku ni" dia senyum, senyuman yang aku tak pernah tengok sebelum ni. Ikhlas dan sedih.
"Tak payah fikir la apa aku cakap tadi, merapu je!" Dia buat2 ketawa dan bangun dari kerusi.
Kenapa aku sakit sangat bila dia sedih? Dia dah hampir putus asa ke dalam hubungan ni. Dia dah penat ke tunggu aku? Dia masih muda, patut ke aku biarkan dia putus asa? No! Aku tak nak! Aku nak dia.
"No!" Aku tak sedar bila aku berlari tapi sekarang ni aku dah peluk dia erat.
"Saya...saya dah terima hati awak. Awak tak boleh give up! Awak kena ambil hati saya jugak, saya dah bagi pada awak. Saya takkan tarik balik, awak tak boleh tolak! Awak kena terima!" Aku mencengkam bajunya dan hampir menangis. Aku tak kisah kalau dia cakap aku ni suka memaksa.
"Ina, kau waras ke ni?" Soalnya dengan wajah serius, boleh dia tanya soalan macam tu dengan wajah ketat dia ni.
"Saya waras! Saya sedar! Dah lama saya nak cakap"
"Habis tu kenapa tak cakap?" Soalnya bengang.
"Sebab...saya nak awak cakap dulu, lepas tu saya boleh balas balik" dia berkerut dan mengu.pat sesuatu, dia kutuk aku agaknya.
"Aku sayang kau!" Mata dia tajam ke mata aku dan bahu aku dipegang kemas.
"Saya pun sayang awak jugak."
-Firdaus-
Apa yang aku nak sangat dengar dah terlafaz dan aku rasa macam nak menangis kat sini jugak, depan dia! Tapi aku kena stay cool. Kenapa la dia ni slow sangat? Betul ke dia ni lebih tua daei aku.
"Kenapa kau nak aku cakap dulu?"
"Sebab saya malu"
"Kau ni memang menyusahkan, lagi satu, mana kau dapat idea aku nak give up?"
"Sebab, mata awak"
"Dah kenapa dengan mata aku?" Pelik sungguh dia ni.
"Mata awak macam pantulan hati awak, awak sedih dan penat" pantulan pulak dah.
"Sekarang tenung mata aku, apa yang kau nampak? Pantulan apa pulak kali ni?" Soal aku serius. Hmm, bendulmya dia main ikut je apa yang aku suruh.
"Saya...saya nampak...saya?" Ugh! Comelnya dia ni!
"Good!" Dia tersenyum malu pula dan memeluk aku erat.
"Boleh aku tanya satu soalan?"
"Boleh"
"boleh aku kiss kau?" Ha! Sekarang ni muka dia dah bertukar dah! Hihihi,
Kelakar pulak aku rasa, macam.nak gelak sampai tahun depan.
"Erm...bo...boleh" eh?! Really??? Kenapa pulak muka aku yang panas sekarang ni? Biar betul aku malu? Kenapa kau bagi jawapan positif time aku bergurau.
"Okay..." aku acah je ni...
"Ngah! Apa dia ni adult scene kat laman rumah? Orang balik nak jugak disambut dengan karipap ke apa, boleh pulak nak buat teaser film"
Ceit! Tak guna punya Fir! Kenapa petang ni jugak dia nak balik? Ha! Tengok tu, Qaz dah pagi pandangan tak menduga kat aku. Mesti dia ingat aku ni tak tahu malu.
"Qaz, Fir. Masuk dalam rumah dulu. Awak, saya masuk dulu" cepat-cepat Ina pergi dan tinggalkan aku demgan dua kerang busuk kat sini. Menyampah pulak.
"Tak payah nak sengih sangat. Tu la nikmat dia bila ada isteri."
"Apa-apa je la bang, tapi kut ya pun tunggu la kami 18 dulu, tak lama dah sebulan je lagi." Tambah Qaz sambil tersengih.
"Menyampah pulak aku dengan korang ni. Pergi masuk cepat! Nak sambung work out ni!" Aku halau dua makhluk ni cepat2, harapnya dorang ni tak usik Ina la. Nanti dia marah aku balik. Tapi, dia yang bagi green light tadi!
-Qistina-
Aku gembira di samping Firdaus sekarang. Dulu pun aku gembira jugak, tapi dengan baiknya hubungan ini buat aku lebih bahagia.
Keluarga aku juga dah bersatu dan boleh dikatakan semua masalah aku selesai kecuali masalah yang baru saja mincul iaitu perangai pelik suami muda aku ni.
Memang kadang-kadang susah nak faham dia, sebab cara pemikiran dia masih lagi ada yang kebudakkan. Tapi aku tetap sayang dia.
"Tenung apa? Abang handsome sangat ke?" Soalnya riang serta sengih yang miang teramat.
"Berapa kali nak cakap, jangan bahasakan diri awak tu abang. Awak lagi muda dari saya tahu tak?"
"Umur je pun yang muda, pangkat abang lebih tinggi tau!" Dia jeling aku tanda protes. Tak habis2 lagi dengan pangkat dia sebagai suami.
"Pelik tahu tak?"
"Apa yang peliknya? Biasa la tu! Tak berdosa pun panggil suami muda kau abang!"
"Awak ni tak faham la, apa salahnya awak bahasakan saya?"
"Tak nak! Nak abang jugak, nampak jantan dan maskulin sikit! Lagipun, kau nak semua orang tahu yang kau ada suami lebih muda? Nak?" Eh, ugut orang pulak?
"Tapi saya tak kisah."
"Kena kisah! Dengar eh, aku nak jadi ketua keluarga yang terbaik. Kalau kau panggil aku abang, aku rasa lebih yakin untuk jadi ketua dalam keluarga kita. Aku rasa macam aku mampu dan aku rasa lebih matang."
Hujah dah hebat dah, tapi matang? Really? Tapi tengok dari cara dia cakap tu memang penting yang teramat.
"At least, bila kau panggil aku abang, aku dapat rasa yang kau percaya aku mampu untuk jadi yang terbaik. Buat aku rada kau perlukan aku. Buat aku rasa semua orang percaya yang aku memang boleh jaga kau."
Hmm, terharu pulak kali ni. Dia ni memang comel sebenarnya. Allah, terima kasih dah jodohkan aku dengan dia.
"Baiklah, abang!"
"Thanks sayang!" Sayang? Sejak bila pulak ni?
ya Allah, ni ke dugaan dapat suami muda? Hahaha, aku tak rasa hidup aku akan bosan bila bersama dengan dia. Mungkin bila aku dah tua nanti, aku akan tetap mampu ketawa dengan lawak spontan yang dia sendiri tak sedar. Mungkin sampai aku tua aku akan terus terhibur dengan adanya dia di sisi aku.
"Kenapa perlu nak jadi sado dan maintain fit?" Soal aku bila dia gunakan aku sebagai dumb bell untuk dia work out.
"Untuk pastikan diri abang kuat sampai abang tua."
"Abang sedar tak? Bila abang tua, Ina lagi tua."
"Ina nampak muda je pada mata abang."
"Thank you! Tapi, realitinya tak macam tu. Mungkin bila Ina dah beruban putih, gigi dah tak ada, tulang dah lemah abang masih lagi sihat."
"Sebab tu la abang nak maintain kuat sampai tua! Kalau tulang ina dah tak kuat, abang yang akan jadi kaki dan tangan Ina. Abang akan buat semuanya untuk Ina."
Aku terus eratkan pegangan pada leher dia. Aku nak sangat peluk dia seerat yang aku mampu sekarang ni.
"Kalau macam tu, jangan merungut bila abang dah jadi orang kanan Ina."
"Tak akan, abang akan lebih bahagia sebab Ina akan selalu ada di sisi abang. Ina akan anggap abang adalah orang penting dalam hidup Ina."
"Tak perlu tunggu Ina tua, Ina dah lama dan memang perlukan abang. Suami muda Ina ni."
"Terima kasih jadikan abang orang terpenting dalam hidup Ina."
"Terima kasih dah jadi suami Ina."
Tua atau muda, jodoh tetap jodoh.
~Tamat~
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: alzaisanara
Gambar hiasan.