Wednesday, August 08, 2018

4 Sebab Kenapa Manusia Tinggal Berdekatan Gunung Berapi Walaupun Sangat Berbahaya


Walaupun peristiwa letusan gunung berapi ini sangat berbahaya, namun mungkin anda perasan terdapat kawasan penempatan atau perkampungan yang dibina berdekatan dengan gunung berapi yang masih aktif.

Apakah rasionalnya pembinaan kawasan penempatan ini? Logiknya, bukankah lebih baik penempatan tersebut dibina jauh daripada kawasan gunung berapi yang masih aktif?

Percayakah anda, di kawasan berhampiran gunung berapi ini sebenarnya terdapat beberapa kelebihan yang menggalakkan manusia membina kawasan penempatan dikawasan tersebut.

Berikut merupakan antara sebab mengapa manusia membina penempatan di kawasan berhampiran gunung berapi.

1. Tempat tumpuan pelancong

Keindahan Gunung Berapi

Walaupun kebanyakan manusia akan mengelakkan dari pergi ke tempat berdekatan gunung berapi yang masih aktif, terdapat juga sebahagian besar yang gemar datang ke sini untuk menyaksikan sendiri secara dekat peristiwa letusan gunung berapi ataupun melihat sendiri kesan-kesan selepas peristiwa letusan gunung berapi.

Statistik juga menunjukkan di kawasan-kawasan yang mengandungi banyak gunung berapi aktif, terdapat peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan.

Di Asia Tenggara, Gunung Mayon yang terletak di Filipina merupakan antara kawasan gunung berapi aktif yang menjadi tumpuan pelancong daripada seluruh dunia.

Selain itu, pelancong juga kebiasaannya ke kawasan berdekatan gunung berapi aktif ini dimana mereka boleh melihat kejadian geyser, iaitu air pancut yang keluar dari bawah tanah dan mandi-manda kolam air panas.

Di Iceland pula, pelancong dapat melihat sendiri struktur muka buminya yang unik dimana mereka dapat melihat gunung berapi yang dikelilingi glasier, sesuatu yang tidak dilihat di tempat lain.

2. Tanah yang subur

Gunung Berapi subur

Secara umumnya, tanah berdekatan dengan gunung berapi sebenarnya sangat subur dan pelbagai mineral penting untuk tumbuhan.

Apabila letusan gunung berapi terjadi, ianya akan mengeluarkan lava yang akan mengalir dan melitupi kawasan berhampiran gunung berapi.

Kebiasaannya, proses mendapan lava ke dalam tanah ini akan mengambil masa yang sangat lama, sesetengah pendapat mengatakan hingga ribuan tahun.

Apabila perkara ini berlaku maka tanah-tanah ini akan kaya dengan mineral dan subur untuk aktiviti penanaman.

Antara contoh kawasan penempatan berhampiran kawasan gunung berapi adalah di Lembah Rift di Afrika, Vesuvius di Itali dan berdekatan Gunung Elgon di Uganda.

3. Sumber tenaga dan haba

Gunung Berapi sumber tenaga

Haba dan gas yang terdapat di kawasan gunung berapi ini mempunyai tenaga geotermal yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Selain itu, haba semulajadi ini boleh digunakan sebagai sumber air panas untuk mandian dan sumber haba untuk memanaskan rumah.

Sekiranya tiada wap yang dijumpai untuk menjana tenaga, maka penduduk boleh mencari sumber wap ini secara manual dengan membuat 2 lubang berdekatan antara satu sama lain.

Kemudian, tuang air sejuk dalam salah satu lubang ini dan wap akan terhasil dan keluar melalui lubang yang satu lagi.

New Zealand dan Iceland merupakan antara contoh negara yang mendapat manfaat daripada tenaga geotermal ini.

Malah, dikatakan 2 per 3 sumber tenaga elektrik yang diperlukan rakyat Iceland dapat dipenuhi melalui sumber tenaga geotermal ini sahaja.

Ini merupakan satu cara penjimatan kerana tenaga geotermal ini boleh diperolehi secara semulajadi di kawasan berhampiran gunung berapi.

4. Budaya dan agama

Dewa-Gunung-Berapi

Faktor budaya dan agama juga mempengaruhi pembinaan penempatan penduduk di sekitar gunung berapi.

Sebagai contoh di Hawaii, terdapat etnik-etnik yang membina penempatan berdekatan kawasan gunung berapi kerana mempercayai gunung tersebut merupakan tempat tinggal dewa yang disembah oleh nenek moyang mereka.

Oleh itu, adalah sukar bagi generasi kini untuk berpindah jauh daripada kawasan gunung berapi yang dianggap suci itu.

Bagi sesetengah entik pula, mereka beranggapan tiada keperluan untuk mereka berpindah ke kawasan lain memandangkan kawasan penempatan mereka sudah dibina sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon