Jika disebut kucing “Bulan Berlian” sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apakah baka kucing yang dimaksudkan, namun jika disebut Kucing Siam (Siamese) sudah tentu ramai pencinta kucing dalam sekelip mata bermain di minda bagaimanakah rupanya kucing baka siam.
Kucing “Bulan Berlian” dan Kucing Siam adalah satu baka kucing yang sama, cuma Kucing “Bulan Berlian” itu hanya terdapat di Negara Gajah Putih iaitu di Negara Thailand atau suatu ketika dahulu dipanggil Negara Siam.
Gelaran bagi Siam itu adalah kerana kucing Siam sebenarnya berasal dari Negara Siam.
Sejarah Baka Kucing Siam
Sebenarnya, suatu waktu dahulu, kucing siam hanya boleh didapati di Negara Thailand kerana di negara itulah ianya dipelihara.
Kucing siam merupakan antara kucing yang paling banyak mendominasi dunia kucing di Negara Thailand suatu waktu dahulu sehingga dikatakan hampir setiap rumah di Thailand memiliki purata 3 hingga 5 ekor baka kucing siam sebagai haiwan peliharaan mereka.
Tapi itu cerita dulu-dulu kerana sekarang kucing Siam merupakan salah satu baka kucing paling popular yang dipelihara oleh peminat kucing di seluruh dunia.
Terdapat satu cerita bagaimana kucing siam boleh mendominasi dunia kucing sekarang.
Menurut ceritanya, satu ketika dahulu Raja Thailand pada abad ke 17 telah menghadiahkan 2 pasang kucing siam kepada seorang duta berbangsa Inggeris sebagai tanda persahabatan.
Duta Inggeris itu telah membawa 2 pasang kucing siam pulang ke Eropah dan akhirnya ia menarik minat pencinta-pencinta kucing di Eropah lalu dibiakkan.
Bertitik tolak daripada itulah kucing Siam akhirnya mendominasi dunia kucing di seluruh dunia seperti yang kita lihat hari ini.
Mengenali Kucing Siam
Di dalam dunia kucing, kucing siam agak mudah untuk dikenali kerana warnanya. Semua jenis kucing siam memiliki pola bulu dan warna bulu yang sama.
Disamping itu, hampir 80% jenis kucing siam dianugerahkan dengan mata berwarna biru.
Seperti baka-baka lain, Kucing Siam juga mempunyai sub-jenis tersendiri iaitu:
1. Kucing Siam Tradisional
Kucing Siam Tradisional juga dikenali dengan nama Applehead Siamese. Dipanggil Applehead Siamese kerana bentuk fizikal kepalanya seperti sebiji buah epal.
Ciri-ciri fizikal Kucing Siam Tradisional adalah badannya berbentuk bulat, tulangnya agak berat serta kepalanya berbentuk bulat.
Kucing Siam Tradisional inilah yang mempunyai susuk tubuh paling besar diantara jenis kucing siam yang lain.
2. Kucing Siam Klasik
Kucing Siam Klasik juga dikenali dengan nama Siamese Old-Style atau Siamese Old Fashioned.
Digelar sebegitu rupa kerana kucing siam klasik memiliki saiz tubuh yang lebih kecil berbanding Kucing Siam Tradisional.
Dari segi fizikalnya, Kucing Siam Klasik memiliki ekor, kaki dan badan yang agak panjang.
Bentuk kepalanya pula seperti bentuk segitiga dan agak cengkung di bahagian hidung.
3. Kucing Siam Moden
Kucing Siam Moden juga dikenali dengan nama Wedgehead Siamese merupakan kacukan daripada Kucing Siam Tradisional dan Kucing Siam Klasik.
Akibat daripada kacukan ini maka terbentuklah fizikal kepalanya yang berbentuk seperti baji.
Telinganya pula besar dan runcing serta mempunyai hidung yang panjang dan saiz badannya agak ramping.
Dikatakan bahawa kucing Siam Moden mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding jenis kucing siam lain iaitu antara 2 hingga 5 tahun sahaja.
4. Kucing Siam Ragdoll
Kucing Siam Ragdoll adalah satu-satunya kucing baka Siam yang tidak asli kucing Siam.
Kucing Siam Ragdoll merupakan kacukan daripada Kucing Siam (Tradisional/Klasik) + Kucing Parsi + Kucing Anggora.
Dan kerana kacukan daripada ketiga-tiga baka kucing inilah menyebabkan Kucing Siam Ragdoll mempunyai saiz badan yang besar, tulang yang berat serta mempunyai bulu yang tebal (DMH) dan juga bulu panjang (DLH).
Kerana kucing siam Ragdoll adalah kucing kacukan daripada 3 baka kucing jugalah menyebabkan bentuk kepalanya bulat serta mempunyai ekor yang panjang dan gebu serta hidung yang pendek.
Keunikan Kucing Baka Siam
Agak mudah mengenali kucing baka Siam sebenarnya kerana perincian warna bulunya yang membezakannya dari kucing baka yang lain.
Kucing siam sewaktu kecil akan berwarna putih hampir keseluruhan badannya kecuali pada tempat-tempat yang tertentu seperti di bahagian muka, telinga, tangan dan kaki serta ekor.
Namun, apabila meningkat dewasa, tanda atau spot-spot ini akan semakin gelap atau kelam sehingga menyebabkan bulunya seperti mempunyai tona-tona warna yang berlainan.
Pola warna pada bulu seekor kucing Siam antaranya adalah red-point, seal-point, brown-point, blue-point, grey-point dan lilac-point.
Terdapat satu penemuan baru dalam dunia kucing siam apabila melalui penyelidikan pakar kucing di seluruh dunia mengatakan, keunikan kucing siam terletak pada spot-spot gelapnya dan dikatakan spot-spot kucing siam ini akan lebih gelap jika berada di kawasan beriklim panas.
Jadi, di dalam penemuan itu juga mengatakan bahawa kucing baka siam di Asia Tenggara merupakan antara kucing baka siam terbaik.
Jadi, sesiapa yang ada kucing Siam tetapi Made In Malaysia ini harus berbangga memilikinya.
Saiz Kucing Baka Siam
Dari segi saiz pula, kucing baka Siam jantan beratnya boleh mencapai antara 4 hingga 7 kg. Bagi kucing siam betina pula hanya sekitar 5 kg.
Namun, Kucing Siam Ragdoll pula agak berlainan daripada Kucing Siam (Tradisional/Klasik/Moden) kerana kacukan telah menyebabkan jantannya seberat antara 4 – 10 kg dan betina antara 4 – 8 kg.
Dari segi pertumbuhan ketinggian pula Kucing Siam Ragdoll boleh setinggi 60 cm manakala kucing siam yang lain hanya setinggi 50 cm.
Bila Tempoh Matang Kucing Baka Siam
Bagi peringkat kematangan pula dikatakan bahawa kucing Siam merupakan antara baka kucing yang agak lewat untuk matang.
Melalui penyelidikan dikatakan kucing baka Siam hanya akan mencapai tempoh matang apabila umurnya mencapai antara 8 hingga 10 bulan berbanding dengan baka kucing lain iaitu tempoh matangnya adalah 6 bulan.
Jangka hayat Kucing Baka Siam
Untuk jangkahayat pula bagi seekor kucing baka siam dikatakan boleh hidup sehingga maksima 17 tahun jika ianya mendapat makanan yang baik, berpremium tinggi serta persekitaran yang sihat dan mempunyai vaksinasi yang selayaknya untuk seekor kucing.
Dan sudah tentu jangkahayat ini juga memainkan peranan samada kucing siam indoor atau outdoor.
Keperibadian Kucing Baka Siam
Apa yang menjadikan kucing Siam paling popular dipelihara manusia adalah kerana keperibadiannya serta uniknya pertukaran warna bulunya apabila berada pada peringkat-peringkat umurnya.
Keperibadian kucing Siam yang menjadi dambaan pencinta kucing adalah kucing siam mempunyai keperibadian yang lemah lembut serta manja dan yang lebih mengusik jiwa.
Kucing siam merupakan baka kucing yang terlalu “attach” dengan tuannya serta berkeperibadian “mesra alam” iaitu amat ramah dengan sesiapa sahaja, boleh bermain dan beradaptasi dengan haiwan-haiwan lain tanpa ada masalah.
Kucing Siam juga jenis kucing yang cerdas serta mempunyai sifat ingin tahu (exploration) yang tinggi berbanding kucing baka lain.
Namun begitu mempunyai kucing Siam juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana kucing Siam antara baka kucing yang keras kepala dan degil.
Dan yang pasti kucing Siam adalah antara salah satu baka kucing yang boleh membalas atau memanggil tuannya dengan bahasa yang antara dia dan tuannya faham.
Semoga informasi ini membantu pencinta kucing untuk mengenali kucing baka Siam yang amat popular di dalam dunia kucing seantero dunia. Sharing is Caring!
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: facebook