Thursday, June 21, 2018

Ruthy Bradshaw, Wanita Yang Boleh 'Bercakap' Dengan Haiwan!


Jika dia tidak berkahwin, Ruthy Bradshaw mahu menukar namanya kepada Ruthy Dolittle kerana bakat uniknya yang dikatakan mampu berkomunikasi dengan haiwan, termasuklah yang telah mati.

Ruthy Bradshaw, Wanita Yang Boleh 'Bercakap' Dengan Haiwan!

Bekas pengarah pemasaran berusia 42 tahun dari Colchester, Essex, itu meninggalkan kariernya demi minatnya terhadap haiwan.

Dia menawarkan terapi untuk haiwan peliharaan dan kaunseling kepada pemiliknya, tetapi kaedahnya tidak konvensional.

Ruthy menggelar dirinya 'Dr Dolitle sebenar' dan mendakwa dapat berkomunikasi dengan haiwan, menafsir pelbagai isyarat dan membuatkan haiwan-haiwan bercakap dengannya.

"Haiwan boleh faham semua yang kita cakap," kata Ruthy kepada SWNS.

"Saya tak dapat jelaskan bagaimana ia berlaku, tetapi saya akan membuat satu 'suara' di kepala untuk mereka kembali bercakap dengan saya."

Dia bercerita tentang kisah terbaharu mengenai seekor kuda gelisah yang mana pemiliknya tidak faham apa yang berlaku kepadanya.

Ruthy berkata ketika berkomunikasi dengannya, dia nampak warna merah dan penyapu.

Entah bagaimana dia mendapat petunjuk bahawa kuda itu telah dipukul dengan penyapu oleh seseorang yang memakai baju polo merah.

Pemilik mengesahkan bahawa di tempat terakhir kuda itu berada, semua kakitangan memakai baju polo merah dan dia juga mengesyaki kudanya telah dipukul.

Dia juga mendakwa dapat berkomunikasi dengan haiwan yang mati.

Sebagai contoh, pada satu hari dia bekerja dengan pasangannya yang kehilangan empat ekor kucing dalam kebakaran dan mempunyai banyak persoalan mengenai apa yang telah berlaku.

Walaupun tidak dapat memberi jawapan tepat, Ruthy berkata dia dapat berhubung dengan semangat salah seekor kucing itu dan apa yang dia lihat adalah kentang panggang yang besar.

"Pemiliknya ketawa dan berkata kucing mereka suka dengan kentang panggang," kata ahli terapi haiwan itu kepada SWNS.

Walaupun yakin diberikan anugerah luar biasa, Ruthy berkata dia pertama kali menyedarinya 10 tahun yang lalu, semasa bekerja dalam projek kemanusiaan di Madagascar.

Dia baru masuk ke hutan dan diselubungi perasaan luar biasa sebelum mendengar suara menyuruh dia keluar.

Ruthy pada asalnya merahsiakan kebolehannya tetapi sekarang ia menjadi sesuatu yang menguntungkan.

Dia kini mengenakan caj £997 untuk perkhidmatan berkomunikasi dengan haiwan kesayangan dan £1,997 untuk mengajar orang lain untuk berkomunikasi dengan haiwan.

Dia percaya semua manusia boleh menjadi Dr Dolittle hanya dengan sedikit panduan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon