Tuesday, May 15, 2018

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU


Selepas Avengers 4, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan antara superhero terbaru yang mungkin membuat kemunculan ialah Ms. Marvel atau nama sebenarnya Ms. Kamala Khan yang bakal muncul pada tahun 2020 selepas filem Captain Marvel yang dilakonkan oleh Brie Larson.

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Buat pengetahuan anda, Ms. Marvel merupakan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel.

Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat dan merupakan watak beragama Islam.

Feige dalam temu bual tersebut berkata, "Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson.

"Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain.

"Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia."

Gelaran Ms. Marvel telah diguna oleh watak-watak komik Marvel lain sebelum ini termasuk Captain Marvel sendiri iaitu Carol Denvers.

Ms. Marvel yang digunakan oleh watak Kamala Khan mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi.

Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen Walker, G. Willow Wilson dan Adrian Alphona.

Khan merupakan karakter buku komik Marvel beragama Islam pertama yang menjadi watak utama.

Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.

Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat turut bekongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke layar perak.

Ada dikalangan peminat yang mencadangkan nama artis Bollywood yang sudah mencipta nama di Hollywood seperti Priyanka Chopra untuk membintangi filem itu.

Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.

‘Infinity Stones’

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Sementara itu, jika anda peminat tegar filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan ‘Infinity Stones’ atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekali gus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun legenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.

Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:

1. Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.

2. Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.

3. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.

4. Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.

5. Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.

Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon