Sunday, May 06, 2018

10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi


Flaxseed merupakan sejenis makanan sihat yang berupa biji-bijian yang mirip dengan biji bunga matahari dengan warna merah kecokelatan namun ukurannya lebih kecil dan banyak ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada.

10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

Jika anda adalah seorang pesakit yang mengalami gastrik yang teruk atau masalah ulser, pengambilan Flaxseed adalah sangat digalakkan.

Fakta nutrisi Flaxseed:
  • Omega-3 (ALA) 6,338mg
  • Fiber 8g
  • Protein 6g
  • Vitamin B1 31% RDA
  • Manganese 35% RDA
  • Magnesium 30% RDA
  • Phosphorus 19% RDA
  • Selenium 10% RDA
  • Flaxseed juga mengandungi vitamin B6, Iron, potassium, copper and zinc.

Berikut adalah kebaikan flaxseed terhadap sistem tubuh manusia:

1. Tinggi Kandungan Fiber tetapi Rendah Karbohidrat

Antara kebaikan luar biasa Flax Seed adalah, ia mengandungi Getah Mucilage yang tinggi.

Mucilage ialah fiber dalam bentuk gel yang larut air dan kesan yang sangat baik untuk sistem organ gastrointestinal tract.

Mucilage ini dapat mengekalkan makanan dalam perut daripada cepat larut ke usus, lalu meningkatkan penyerapan nutrisi.

Flax juga sangat tinggi kandungan fiber larut dan tak larut yang turut membantu menyahtoksinkan kolon, mengurangkan berat dan mengurangkan ketagihan gula.

2. Kulit dan Rambut yang sihat

Lemak ALA (Alpha-linolenic acid) yang terkandung dalam Flax Seeds bermanfaat kepada kulit dan rambut dengan membekalkan lemak dan vitamin-b yang bantu mengurangkan kekeringan dan lapisan.

Ia juga memperbaiki simptom jerawat dan eczema.

Minyak Flax Seed adalah pilihan yang baik untuk di amalkan dalam diet harian keran kandungan lemak sihat yang tinggi.

3. Kurangkan Berat Badan

Kajian yang dikeluarkan dalam Journal of Nutrition mendapati flaxseeds dan walnut membantu obesiti dan membantu mengurangkan berat badan.

Flaxseed kaya dengan serat dan lemak yang baik uuntuk kesihatan badan kita.

Ia mampu membuatkan kita berasa kenyang lebih lama, mendorong kita untuk mengambil makanan kurang kalori, seterusnya menyumbang kepada pengurangan berat badan.

Lemak ALA yang terkandung dalam flaxseed turut membantu mengurangkan keradangan.

Ini penting untuk proses pengurangan berat badan, kerana tubuh yang mengalami keradangan cenderung untuk menampung lebihan berat badan.

Tambahkan dua sudu teh flaxseed ke dalam makanan seperti sup, salad, atau smoothies sebagai tambahan kepada diet harian anda.

4. Mengurangkan Kadar Kolestrol

Menurut jurnal Nutrition and Metabolism, dengan menambah flaxseed ke dalam makanan, ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

Serat yang terkandung dalam flaxseed memerangkap lemak dan kolestrol dalam sistem pencernaan kita.

Oleh kerana itu, komponen-komponen ini tidak sempat diserap ke dalam badan kita.

Serat di dalam flaxseed juga turut menyerap cecair hempedu yang dihasilkan oleh kolestrol yang terdapat pada hempedu.

Cecair hempedu ini kemudiannya dibuang melalui sistem penghadaman dengan memaksa tubuh kita menggunakan lebihan kolestrol dalam darah dan seterusnya mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

5. Flaxseed bebas Gluten

Flax adalah makanan terbaik untuk menggantikan bijirin yang mengandungi gluten, yang mana boleh menyebabkan keradangan.

Hal ini disebabkan oleh flax bersifat anti-radang.

Flaxseed amat disyorkan kepada pesakit Celiac (Celiac disease, satu keadaaan di mana seseorang mengalami kerosakan pada usus kecil yang mengakibatkan ketidakmampuan untuk mencerna nutrisi) atau yang sensitif terhadap gluten.

Gluten ialah sejenis protein yang selalu dijumpai dalam barli, gandum dan tepung dan berfungsi untuk mengekalkan rupa bentuk bijirin yang dikandunginya.

Flaxseed juga kaya dengan lemak omega-3, bagus untuk menggantikan ikan bagi yang alah terhadap makanan laut.

6. Flaxseed tinggi anti-oksida (lignans)

Flaxseed sangat kaya dengan anti-oksida.

Lignan adalah serat polifenol yang membekalkan anti-oksida yang sangat diperlukan dalam proses anti-penuaan, menyeimbangkan hormon dan pertumbuhan sel-sel hidup.

Polifenol membantu perkembangan prebiotik dalam usus dan menyingkirkan yis dan fungus keluar dari badan.

Lignan kaya dengan komponen anti-virus dan anti-bakteria.

Oleh sebab itu, menambah flax seed ke dalam diet seharian mampu membantu mengurangkan demam dan selsema.

7. Kesihatan sistem pencernaan

Flaxseed terkenal dengan keupayaannya membantu sistem pencernaan.

Lemak ALA yang terkandung dalam flax melindungi saluran usus dan seterusnya membantu memperbaiki kesihatan GI.

Ini terbukti apabila orang yang mengalami penyakit Crohn (Crohn’s disease, suatu keadaan di mana usus kecil mengalami keradangan) atau usus pencernaan yang lain, oleh kerana ia boleh mengurangkan radang pada usus.

Anda juga disarankan mengambil 3 sudu teh minyak flaxseed yang dibancuh bersama 8oz jus lobak untuk melancarkan pembuangan.

Flax juga tinggi keterlarutannya dan tidak larut dalam air.

Ia membantu memperbaiki sistem pencernaan dan salah satu daripada makanan tinggi magnesium.

Dua sudu teh flaxseed mengandungi 5 gram serat atau suku daripada diet yang disarankan (RDA) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Serat yang terkandung dalam flaxseed mampu menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang membantu sistem perkumuhan dalam badan.

8. Flaxseed baik untuk kanser

Kebaikan flaxseed terbukti berkesan selama berabad lamanya untuk mengurangkan kanser payudara, prostat, ovari dan juga kanser kolon.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Cancer Research membuktikan bahawa tabiat mengamalkan flaxseed mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Terdapat tiga lignan yang terkandung dalam flaxseed mampu ditukarkan oleh bakteria dalam susu menjadi enterolactone dan enterediol yang membantu menstabilkan hormon, yang mana menjadi sebab utama kurangnya risiko terkena penyakit kanser payudara.

Terdapat juga kajian lain yang diterbitkan oleh Journal of Nutrition menjumpai bukti bahaya lignan yang terkandung dalam flaxseed mengurangkan risiko terkena penyakit kanser ovari dan endrometriosis.

9. Tinggi Asid Lemak Omega-3

Sering kali kita dengar tentang kebaikan minyak ikan atau lemak omega-3.

Minyak ikan mengandungi EPA (Eicosapentanoic acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid), antara komponen dalam lemak omega 3 yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh kita.

Walaupun flaxseed tidak mengandungi DHA dan EPA (biasanya dijumpai dalam ikan dan makanan laut), flaxseed mengandungi komponen lemak omega 3 lain yang kritikal untuk tubuh badan, iaitu ALA.

Kajian yang diterbitkan oleh Nutrition Reviews menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 20% ALA boleh ditukarkan kepada EPA, dan 0.5% ALA boleh ditukarkan kepada DHA.

Juga, terdapat kajian menunjukkan bahawa jantina memainkan peranan penting dalam proses ini, di mana tubuh seseorang wanita mampu melakukan proses penukaran ini 2.5 kali anda lebih banyak berbanding lelaki.

ALA ditakrifkan sebagai lemak yang baik dan sangat diperlukan dalam diet seharian.

10. Simptom menstrual

Lignan yang terkandung dalam flaxseed mampu membantu wanita berasa tenang setiap kali datang bulan, bertindak sebagai terapi hormon kerana lignan bersifat estrogenik.

Komponen ini mampu mengurangkan risiko esteoporosis, juga bagus untuk menstabilkan hormon dan menyeimbangkan kitaran haid.

Apabila hampir datang bulan, cuba campurkan 1 atau 2 sudu teh flax ke dalam sarapan atau minuman.

Wanita akan rasa lebih tenang dan kurang rasa sakit senggugut (menstrual pain).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fngcurve

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon