Monday, May 21, 2018

Kekayaan Najib-Rosmah Mungkin Mengatasi Ferdinand-Imelda Marcos


Anggaran nilai rampasan aset di kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak mungkin mampu mengatasi kekayaan pasangan pemimpin diktator Filipina, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda.

Najib-Rosmah Perompak

Mengikut laporan yang memetik Financial Times, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar salah guna kuasa oleh kerajaan BN sebelum ini ‘sangat mengejutkan’ terutama apabila ramai pemimpin parti terbabit sibuk bercakap mengenai usaha menangani kemiskinan rakyat.

“Saya rasa kita mungkin akan mencatat rekod mengagumkan dan melebihi (harta) Imelda dan yang lain-lain,” katanya.

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berjaya merampas 284 beg tangan mewah, 72 beg dan bagasi mengandungi duit serta barang kemas serta pelbagai aset lain di sebuah kondominium mewah, Pavilion Residence yang ada kaitan dengan Najib dan Rosmah.

Difahamkan, polis menggunakan lima buah trak yang tiba kira-kira jam 11.45 malam ke kondominium berkenaan bagi mengambil semua barangan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam sebuah lori.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mengesahkan nilai keseluruhan rampasan tersebut.

Selain itu, polis turut membuat serbuan di lokasi berlainan, juga kediaman Najib dan isterinya, Datin Rosmah Mansor di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pihak polis berjaya membuka peti besi yang didakwa terkunci sejak 20 tahun lalu dalam tempoh lebih 24 jam.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Sigh berkata penggeledahan juga akan dilakukan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi mendapatkan bukti yang mendakwa Najib menerima dana bernilai RM2.9 bilion, disyaki penyelewangan 1MDB.

PASANGAN FERDINAND-IMELDA MARCOS

Kekayaan Najib-Rosmah Mungkin Mengatasi Ferdinand-Imelda Marcos

Ferdinand Marcos merupakan bekas pemerintah Filipina bermula 1965 sebelum mengalami zaman kejatuhan pada 1986.

Isterinya, Imelda merupakan bekas finalis ratu cantik dikatakan banyak menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan gaya hidup mewah dengan menggunakan wang rakyat, sama seperti dakwaan terhadap Rosmah Mansor.

Filipina yang sebelum itu merupakan sebuah negara kaya, menjadi miskin sepanjang 20 tahun dibawah pemerintahan Marcos.

Berdasarkan Data Transparency International, Marcos dikatakan telah merompak wang rakyat sekurang-kurangnya AS$10 bilion, termasuk barangan Imelda yang dibeli menggunakan wang rakyat.

Siasatan polis juga berjaya menemui sebanyak 3,000 koleksi kasut, 1,500 koleksi beg tangan, 1,200 gaun, 1,000 beg duit dan pelbagai aset berharga lain.

Persoalannya, apakah mungkin rakyat Filipina boleh memaafkan Imelda dan suaminya atas tindakan kejam yang mereka lakukan?

Semasa 20 tahun pemerintahan Marcos (dari 1966 hingga 1986), banyak kezaliman dilakukan oleh mendiang.

Imelda pula sentiasa menyokong suaminya tetapi bijak menggunakan jolokan Wanita Pertama Filipina untuk kepentingan bersuka ria.

Dia pernah menggunakan sewenang-wenangnya kemudahan pesawat Philipine Airlines (PAL) untuk tujuan peribadi dan membeli-belah di seluruh dunia.

Wang dihabiskan untuk membeli barangan mahal sedangkan rakyat negara itu dibiarkan menderita dihimpit kemiskinan.

Dalam pemberontakan kuasa rakyat yang membawa kepada tumbangnya pemerintahan kuku besi di Filipina, dia dan suami terpaksa melarikan diri ke Hawaii sehingga ke hari kematian Marcos pada tahun 1989.

Selepas Marcos mati, tinggallah Imelda memperjuangkan hak sendiri selain cuba berhempas pulas membersihkan nama suaminya itu.

Jika harimau mati meninggalkan belang, manusia pula mati meninggalkan nama.

Namun nama Ferdinand Marcos tidak pernah dikenang sebagai Presiden yang baik oleh rakyat Filipina.

Sebaliknya, akibat kezaliman yang dilakukan, seramai 10,000 rakyat Filipina memfailkan saman untuk menuntut harta peninggalannya yang dianggarkan bernilai AS$3 bilion (RM7.5 bilion).

Pada Januari 1995, Hakim Mahkamah Daerah Hawaii, Manuel Real telah memerintahkan pampasan dibayar kepada rakyat Filipina sebanyak AS$2 bilion (RM5 bilion).

Mahkamah juga membekukan akaun Marcos di beberapa bank di Switzerland, di mana wang tunai lebih AS$450 juta (RM1.5 bilion) tersimpan.

Nasib malang tidak putus-putus menimpa Imelda kerana selepas itu dia pula didakwa melakukan penyelewengan wang berjumlah AS$352 juta (RM1.3 bilion) sekitar tahun 1970-an.

Dia juga didapati bersalah atas dakwaan rasuah dan dikenakan hukuman penjara minimum 12 tahun.

Hukuman itu digugurkan selepas dia mengemukakan rayuan.

Hampir tidak ada cerita baik diingati tentang Imelda oleh rakyat Filipina lebih-lebih lagi di kalangan golongan wanita.

Mungkin kerana itu, nasib masih belum menyebelahinya - baik dalam pilihan raya atau untuk memenangi hati rakyat negaranya.

Walaupun ada pihak yang bersimpati dengan nasib malang Imelda, balu Marcos itu sendiri tidak pernah menunjukkan rasa insaf dan menyesal dengan kelakuannya.

Pada tahun 1996, Imelda didakwa kembali memiliki hampir 2,000 koleksi kasut - iaitu jumlah yang sama ketika dia dan suami melarikan diri meninggalkan Filipina semasa pemberontakan kuasa rakyat.

Keghairahan wanita itu kepada kemewahan tidak pernah surut tetapi dia tidak pula menyembunyikan sifat boros yang dimilikinya.

Dia juga sebelum ini telah membuka sebuah muzium bagi mempamerkan koleksi kasut yang dibelinya semasa menjadi Wanita Pertama Filipina.

Antara jenama kasut yang terdapat di Muzium Kasut Marikina City ialah Ferragamo, Givenchy, Channel dan Christian Dior yang bersaiz 8 1/2 inci.

Sejak muda, Imelda tidak pernah tampil hodoh atau muncul dengan gaya yang boleh mencacatkan penampilannya.

Dia sentiasa kelihatan cantik dan serba-serbi nampak `kena' bila berpakaian dan bersolek.

Imelda berkahwin dengan Marcos pada 1954 iaitu ketika dia berusia 25 tahun.

Semasa remaja, dia amat terkenal kerana kejelitaannya sehingga pernah dimahkotakan sebagai `Miss Manila' pada tahun 1950.

Dia beberapa kali mencuba nasib bertanding jawatan Presiden dalam pilihan raya tetapi gagal memperoleh kejayaan.

Hasil perkongsian hidup dengan Marcos, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Imee Marcos-Monotac, Ferdinand `Bongbong' Marcos dan Irene Marcos-Araneta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | utusan


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon