Tuesday, May 22, 2018

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!


Pelakon aksi popular antarabangsa, Jet Li atau nama sebenar Li Lianjie, kini bertarung melawan penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius.

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Ikon Hollywood dikenali melalui filem Lethal Weapon V dan Expendables 2 itu dilaporkan mengidap penyakit itu sejak lima tahun lalu.

"Beberapa tahun lalu, saya tidak mampu melakukan aktiviti fizikal mencabar disebabkan keadaan di alami ini.

"Doktor sudah memberi amaran pada 2013 bahawa saya mungkin berakhir di kerusi roda jika kekal melakukan aksi lasak fizikal dalam filem," katanya.

Sekeping foto terbaru menunjukkan Jet Li melawat sebuah kuil di Tibet dan terpaksa dibantu untuk bergerak yang tular di Internet.

Hal itu menyebabkan peminat seluruh dunia terkejut dan tidak menyangka tahap kesihatannya semakin merosot.

Mereka turut berkongsi pelbagai petua kesihatan dan rawatan dipercayai mampu mengubat penyakit dialami Li.

"Saya hanya manusia biasa, bukan Wong Fei-hung atau Huo Yuanjia.

"Saya sama seperti kamu," kata Li.

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Tahun 2017 lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai.

Dia mendedahkan mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik.

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisme tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Selain itu, penyakit tulang belakang yang dialami akibat kecederaan lampau ketika melakukan aksi lasak sejak lewat 1970-an sehingga awal tahun 2000 menyebabkan dia tidak mampu berdiri lama.

UPDATE! (25/5/2018)

Jet Li Kongsi Gambar Terbaru, Nafi Tidak Sihat

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Buat pertama kali selepas lama menyepi dari radar dunia hiburan, Jet Li memuat naik imej terbarunya di media sosial dan tidak seperti disangka ramai orang, bintang filem aksi itu dilihat berada dalam keadaan sihat.

Ia sekali gus bercanggah dengan imej mengenainya yang tular baru-baru ini.

Melalui gambar sebelum ini, Jet Li dilaporkan sedang uzur dan bergelut melawan penyakit hipertiroidisme serta masalah tulang belakang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang bimbang terhadap tahap kesihatan ini.

"Saya dalam keadaan sihat, malah saya juga teruja untuk berkongsi projek terbaru yang saya usahakan.

"Buat masa sekarang, terima kasih kerana sokongan anda,” katanya pada hantaran di Facebook.

Terdahulu, kesihatan Jet Li dilaporkan merudum hingga membuatkan pergerakannya terbatas.

Imej keadaan itu muncul selepas pelakon Lethal Weapon V dan Kiss Of The Dragon berkenaan melawat sebuah kuil di Chengdu dan bukan seperti dilaporkan di Tibet baru-baru ini.

Kebanyakan peminat China meluahkan perasaan terkejut selain bimbang apabila melihat Jet Li, 55, dalam keadaan lemah selain berita mengejutkan mengenai masalah kesihatannya dipaparkan secara meluas dalam berita antarabangsa termasuk AS.

Bahkan ada peminat yang tidak percaya dengan imej yang menjadi tular kerana aktor kelahiran Beijing itu kelihatan sudah tidak setangkas dulu berbanding aksi-aksi lasak dilakonkannya selama empat dekad sebelum ini.

Jet Li bagaimanapun kekal berdiam diri mengenai imej tular terbabit sebelum memuat naik hantaran terbaru di media sosialnya.

Dalam imej dikongsikan itu, Jet Li memuat naik tiga gambar termasuk satu bersama seorang sami.

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Semakan mendapati, hantaran Facebook itu hampir mencecah 60,000 tanda suka dan lebih 3,000 perkongsian.

Selain Facebook, Jet Li turut menggunakan aplikasi media sosial berpengaruh di China, Weibo untuk berterima kasih ke atas peminat yang bimbang dengan imej dirinya yang kelihatan seperti “80 tahun.”

Sementara itu, pengurus Steven Chasman berkata, imej tular itu memberi gambaran buruk ke atas Jet Li.

“Jet Li mengidap hipertiroidisme selama hampir 10 tahun.

"Bagaimanapun, penyakit itu tidak mengancam nyawa dan dia menanganinya dengan baik," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | malaysiakini



Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon