Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bailout" daripada kerajaan BN sebelum ini.
Lim berkata ini bertentangan dengan dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu mampu membayar hutangnya daripada penstrukturan semula.
"Berdasarkan senarai bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pihak 1MDB adalah berjumlah RM6.98 bilion.
"Jumlah ini termasuk bayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.
“Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya’.
“Selama ini MoF yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai menteri kewangan.
Pendedahan Lim dibuat pada hari pertamanya melaporkan diri sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.
Beliau berkata senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.
“Ini belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang perlu dibayar mulai tahun 2022.
“Saya dimakumkan bahawa selain RM143.75 juta yang perlu dibayar pada akhir bulan ini, sejumlah RM810.21 juta faedah perlu dijelaskan antara bulan September dan November tahun ini,” katanya.
Lim yang sebelum itu mengadakan siri mesyuarat bersama semua pegawai kanan Perbendaharaan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad, mengarahkan kajian mendalam dilakukan mengenai butiran hutang dan liabiliti 1MDB dan mencadangkan langkah untuk menyelesaikan krisis yang berlaku akibat skandal tersebut.
“Kami juga akan mengemukakan hasil semakan itu kepada pasukan petugas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Menteri kewangan itu berkata antara perkara segera yang perlu diselesaikan ialah pembayaran faedah ke atas pinjaman 1MDB.
“Ini disebabkan RM143.75 juta perlu dibayar oleh 1MDB pada 30 Mei tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Lim berkata Arul Kanda, yang dikekalkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB hingga 30 Jun tahun ini, tetap mengatakan 1MDB mampu membayar obligasi hutangnya.
“Oleh itu saya mengarahkan Arul memberi taklimat untuk menjelaskan sama ada 1MDB mampu membayar jumlah itu, yang perlu dibayar minggu depan,” katanya.
Lim juga mahu menemui ahli lembaga pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob, bagi memberi taklimat kepada MoF mengenai kedudukan 1MDB.
NAJIB BOHONG
Sementara itu, ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil mengingatkan Datuk Seri Najib Razak bahawa kenyataan bekas perdana menteri itu kononnya kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 berpunca daripada fitnah parti pembangkang jauh meleset daripada fakta sebenar.
“Najib seharusnya bersikap lebih jujur dalam mempertahankan dirinya daripada siasatan yang sedang dijalankan sekarang dan bukannya berbohong kepada rakyat kononnya beliau difitnah.
“Sikap lidah bercabang Najib ini ternyata memperlihatkan kerisauan beliau berhadapan siasatan yang dijalankan,” kata Faiz yang juga adalah ketua pemuda AMANAH, dalam satu kenyataan media.
Susulan serbuan berterusan ke atas hartanah dan pejabat yang dikaitkan dengan Najib, bekas pengerusi BN dan presiden Umno itu ketika berucap kepada para penyokongnya di Pekan, mendakwa kekalahan BN berpunca daripada 'fitnah' Pakatan Harapan.
Najib turut mempersoalkan sama ada siasatan 1MDB terhadap beliau dijalankan secara telus.
Mengulas dakwaan itu, Faiz berkata skandal 1MDB adalah berdasarkan fakta yang gagal disangkal oleh Najib dan pentadbirannya.
“Isu-isu skandal korupsi berskala mega yang menyelebungi pentadbiran Najib sebelum ini terutama skandal 1MDB adalah berdasarkan fakta benar yang gagal disangkal secara positif oleh dirinya.
“Ini yang akhirnya telah membangkitkan semangat rakyat terbanyak menolak BN,” katanya.
Beliau menjelaskan hutang 1MDB sehingga mencecah RM50 bilion, seperti yang disebut oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016, ditanggung oleh pembayar cukai dan bukannya 1MDB, yang membuktikan bahawa wang negara telah disalahgunakan.
“Ini adalah kerana sebahagian besar hutang tersebut tidak dibelanjakan untuk projek-projek 1MDB tetapi hilang tanpa penjelasan konkrit.
“Sebagai contoh, laporan PAC tersebut mengesahkan bayaran AS$3.5 bilion (RM14 bilion) dibayar kepada syarikat palsu Aabar Investment PJS Ltd, Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB sudah pasti mengetahui fakta ini tetapi gagal menyangkalnya,” katanya.
Faiz juga berkata, bekas perdana menteri itu gagal mencabar saman pelupusan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB.
“Najib juga sehingga kini masih gagal menyaman Wall Street Journal (WSJ) jika benar skandal 1MDB suatu fitnah terhadap beliau walaupun telah berjanji melakukannya pada hari Selasa.
“Sudah berlalu 151 kali Selasa, namun saman tidak juga kunjung tiba,” katanya.
Saman pelucutan DOJ itu berulang kali menyebut “Malaysian Official 1" sebagai tokoh penting dalam jejak wang 1MDB dan bekas menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui pegawai itu adalah Najib.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini | mk

- Kronologi 1MDB, Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia
- Tiada Wang 1MDB Hilang, Kita Patut Ketawa Atau Menangis?
sumber: malaysiakini | mk