Pilihan Raya Umum semakin hampir dan semua rakyat Malaysia mampu merasakan bahang kehangatannya. Bendera-bendera parti-parti bertanding dipasang di setiap tempat yang boleh dipasang menunjukkan betapa sengitnya perebutan tampuk kepimpinan negara.
Dan apabila hari mengundi tiba, orang ramai akan berpusu-pusu mengundi parti yang dirasakan akan memberikan kebaikan kepada negara.
Selepas pengundian selesai, undi-undi akan dikira yang akan menentukan siapa yang bakal menerajui Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Berikut adalah prosedur, cara dan proses kiraan undi dibuat bagi pilihan raya umum Malaysia.
Selepas masa mengundi tamat
Setelah masa mengundi tamat, Ketua Tempat Mengundi (KTM) dikehendaki untuk menutup pusat mengundi.
Bagi pengundi yang masih berada dalam bilik mengundi, mereka akan diberikan masa untuk mengundi, manakala mereka yang baru tiba untuk mengundi tidak dibenarkan masuk kerana sudah terlewat.
KTM akan menjelaskan dengan baik mengapa pengundi yang baru tiba tidak dibenarkan mengundi.
KTM kemudian akan memeterai peti undi yang disaksikan oleh ejen mengundi yang hadir dan pelekat keselamatan ditandatangani.
Pada masa yang sama, semua poster dan label akan ditanggalkan oleh kerani manakala Ejen Mengira Undi (EMU) akan dimaklumkan bila waktunya untuk proses mengira keputusan undi akan dijalankan.
Prosedur dan cara pengiraan undi
Dalam menentukan keputusan yang adil, terdapat 10 prosedur proses pengiraan undi yang harus dipatuhi:
1. Mengisi Borang 13 (Kertas Undi)
4 Perkara ditekankan dalam borang ini ialah:
2. Pihak yang dibenarkan derada di tempat mengira undi adalah:
3. Proses mengira undi dimulakan.
4. Perbandingan bilangan kertas undi yang terdapat dalam dulang ‘Undi Belum Kira’ dengan Penyata Borang 13.
5. Kerani Mengira Undi memaparkan setiap helaian kertas undi kepada EMU sambil meneriakkan simbol calon – Jika tiada bantahan, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang calon yang berkaitan.
6. Jika terdapat bantahan EMU calon, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang ‘undi ragu’.
7. KTM menyatakan keputusan kertas ‘undi ragu’ dan pengiraan semula kertas undi setiap calon dilakukan.
8. EMU berhak memohon KTM agar melakukan proses ulang kira jika terdapat perbezaan 4 % atau ke bawah antara bilangan undi calon terbanyak dengan calon kedua terbanyak, tidak termasuk undi yang ditolak.
9. Hanya 1 kali permohonan ulang kira undi bagi EMU calon dibenarkan – namun undang-undang pilihan raya masih boleh memberi kuasa kepada KTM agar melakukan ulang kira undi lebih daripada sekali untuk memuaskan hati pihak pemohon.
10. Selepas pengiraan undi, KTM perlu:
Begitulah cara dan proses pengiraan undi di setiap lokasi mengundi dijalankan.
Sama-sama kita berdoa agar pilihan raya umum kali ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang unsur penipuan.
Bagaimana jika calon tak berpuas hati dengan keputusan selepas dikira?
Selepas proses kiraan undi, mana-mana calon atau parti yang tidak berpuas hati atau tidak setuju dengan keputusan dibenarkan untuk membuat bantahan dengan mengisi petisyen Pilihan Raya di mahkamah.
Calon atau parti yang tak setuju dengan keputusan selepas proses kiraan undi dijalankan, boleh menghantar surat bantahan dengan mengisi petisyen Pilihan Raya di mahkamah.
Jika berlaku ketidakadilan dalam proses pengiraan undi yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mendapat pengesahan daripada mahkamah, kawasan tersebut akan dilangsungkan semula pilihan raya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Bagaimana Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Berlangsung?
sumber: iluminasi

- Borang perlu diisi dengan lengkap dan digunakan semasa mengira undi.
4 Perkara ditekankan dalam borang ini ialah:
- Bilangan kertas undi yang diterima dari pusat mengundi.
- Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.
- Bilangan kertas undi rosak (contohnya kertas undi yang sudah diceraikan daripada buku undi tetapi tidak digunakan/tidak dimasukkan ke dalam peti undi).
- Bilangan kertas undi tidak digunakan dan jumlah kertas undi yang sepatutnya dimasukkan ke dalam peti undi.
2. Pihak yang dibenarkan derada di tempat mengira undi adalah:
- Ahli panel & Pegawai SPR.
- Pegawai Pengurus, KTM & Petugas Pilihan Raya.
- Calon pilihan raya, ejen pilihan raya & EMU setiap calon.
- Mereka yang memiliki kebenaran bertulis dari SPR.
3. Proses mengira undi dimulakan.
- Kertas undi dikeluarkan dan diletakkan ke dalam dulang ‘Undi Belum Kira’.
- Kertas undi dikira & diikat 10 helai bagi setiap satu ikatan.
- Kertas undi dikira dalam jumlah sepuluh helai mengikut ikatan dan ditandakan dalam bilangan 100 pada borang SPR 757 (Borang catatan bilangan pengesahan kertas undi).
4. Perbandingan bilangan kertas undi yang terdapat dalam dulang ‘Undi Belum Kira’ dengan Penyata Borang 13.
5. Kerani Mengira Undi memaparkan setiap helaian kertas undi kepada EMU sambil meneriakkan simbol calon – Jika tiada bantahan, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang calon yang berkaitan.
6. Jika terdapat bantahan EMU calon, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang ‘undi ragu’.
7. KTM menyatakan keputusan kertas ‘undi ragu’ dan pengiraan semula kertas undi setiap calon dilakukan.
8. EMU berhak memohon KTM agar melakukan proses ulang kira jika terdapat perbezaan 4 % atau ke bawah antara bilangan undi calon terbanyak dengan calon kedua terbanyak, tidak termasuk undi yang ditolak.
9. Hanya 1 kali permohonan ulang kira undi bagi EMU calon dibenarkan – namun undang-undang pilihan raya masih boleh memberi kuasa kepada KTM agar melakukan ulang kira undi lebih daripada sekali untuk memuaskan hati pihak pemohon.
10. Selepas pengiraan undi, KTM perlu:
- Menguruskan penyimpanan peralatan dan dokumen berkaitan ke dalam sampul.
- Membawa peti undi, penyata pengundian, Borang 14 dan peralatan mengundi ke pusat penjumlahan rasmi undi.