Monday, April 30, 2018

5 Keburukan Tidak Bersarapan Pagi


Semua kita tahu bahawa pengambilan sarapan pagi itu sangat penting untuk kesihatan tubuh badan bagi melancarkan segala aktiviti seharian.

5 Keburukan Tidak Bersarapan Pagi

Namun, ianya masih diabaikan sesetengah orang yang sering bergegas setiap pagi untuk ke tempat kerja atau ke kelas.

Kami kongsikan 5 keburukan tidak mengambil sarapan pagi dan bekerja dengan perut kosong.

1. Refleks perlahan

Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif.

Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.

2. Kecekapan kerja menurun

Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum.

Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja.

3. Cenderung menjadi obesiti

Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan.

Namun, mengelak sarapan pagi akan menyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan.

Akhirnya, pengambilan karbohidrat organik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.

4. Sembelit

Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif.

Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekali gus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.

5. Penuaan pra-matang

Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein.

Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia.

Dan ini bererti anda akan lebih cepat menua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon