Tuesday, March 06, 2018

Tradisi Mingi Adat Bunuh Anak Cacat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar


Tradisi Mingi yang diamalkan oleh dua suku kaum Karo Dan Himar di pedalaman Ethiopia yang memaksa ibu bapa mengorbankan anak sendiri adalah tradisi penuh sadis dalam keterpaksaan.

Tradisi Mingi Adat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar

Perkataan Mingi membawa maksud 'tidak sempurna' dalam kepercayaan suku itu yang menganggap bayi yang dilahirkan cacat fizikal, kembar, bayi yang lahir tanpa kebenaran ketua adat, bayi yang tumbuh gigi pertamanya dirahang atas dan bayi yang lahir dari ayah yang tidak berjaya menyempurnakan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Setiap kali seorang bayi lahir, ia akan dirujuk kepada ketua puak yang akan memutuskan samada bayi tersebut adalah Mingi atau tidak.

Jika bayi adalah Mingi, ia akan di bunuh serta-merta tanpa belas kasihan!

Lebih malang, bayi yang diputuskan sebagai Mingi akan dibunuh dengan kejam, tanpa kubur sebagai tanda mereka tidak pernah hadir ke dunia.

Terdapat beberapa cara untuk membunuh bayi Mingi. Dibuang ke dalam sungai dipenuhi buaya atau ditinggalkan di dalam hutan supaya mati kelaparan atau dimakan binatang buas.

Dilaporkan bahawa setiap tahun, kira-kira 300 bayi menjadi korban tradisi Mingi.

Seorang ibu yang kehilangan 15 orang anak angkara tradisi Mingi terpaksa merelakan anaknya dirampas satu demi satu bagi menghormati tradisi yang diamalkan.

Semuanya berpunca daripada suaminya yang gagal menyempurnakan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Tradisi Mingi Adat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar

Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 kerajaan Ethiopia telah mengharamkan tradisi Mingi, namun masih terdapat segelintir puak yang tidak mahu menerima anak yang dianggap Mingi dan masih diamalkan secara haram di kawasan-kawasan pedalaman.

Untuk mengelakkan kematian, anak-anak Mingi akan diserahkan kepada pusat jagaan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan Ethiopia untuk membela nasib mereka.

Ada ibu bapa yang menyalahkan diri sendiri kerana terpaksa mengorbankan nyawa anak sendiri akibat kegagalan menyempurnakan adat lompat kerbau.

Menanggung rasa bersalah bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi dikala penghujung usia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon