Plitvice National Park yang terletak di sempadan Bosnia Herzergovina tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang wajib dilawati penduduk dunia sebagai model destinasi pelancongan terindah dan tercantik di muka bumi sejak abad ke-19 lagi.
Lonely Planet, sebuah portal pelancongan terkemuka dunia telah menyenaraikan Tasik Plitvice antara 10 landskap paling mengagumkan di dunia selain Angkor Wat (Siem Reap, Kemboja), Great Barrier Reef (Australia), Great Wall (China), Machu Picchu (Peru), Taj Mahal (Agra India), Grand Canyon National Park (Arizona Amerika Syarikat), Alhambra (Granada, Sepanyol) dan Hagia Sophia (Istanbul Turki).
Keseluruhan Tasik Plitvice mencapai keluasan 300 kilometer persegi dan dikelilingi tiga gunung utama, Mala Kapela, Dinaric Alps dan Medvedak.
Gunung-ganang ini secara tidak langsung mempengaruhi iklim serta kepelbagaian flora dan fauna di taman negara ini. Pada musim sejuk, sebahagian besar Tasik Plitvice membeku dan pepohon dilitupi salji.
Kira-kira 90 peratus keluasan tasik ini terletak di negeri Lika-Senj, manakala bakinya terletak di dalam negeri Karlovac di Croatia.
Hampir tiga perempat daripada kawasan taman negara ini merupakan hutan hijau yang diwartakan sebagai kawasan larangan menebang dan membalak selain kaya dengan pokok beech, cemara, willow, hornbeam, pain Scotland dan pokok-pokok spruce.
Setakat ini, sebanyak 114 buah gua serta 1,300 spesies tumbuhan telah didaftarkan di dalam kawasan taman negara itu.
Maskot rasmi taman ini merupakan seekor beruang, biar pun taman ini mempunyai pelbagai jenis haiwan lain seperti serigala, rusa, rusa roe, kucing hutan, lynx, memerang, marten, babi hutan, ketam sungai, rama-rama serta pelbagai spesies burung.
Air terjun
Dipercayai taman negara ini telah dinamakan sempena sebatang sungai kecil bernama Plitvice yang mengalir ke dalam tasik ini sehingga membentuk 16 buah tasik berbeza, selain airnya jernih hijau kebiru-biruan (turquoise) dan ada air terjun menghiasinya.
Namun begitu, warna air tasik ini akan berubah tertakluk kepada musim dan sumber mineral yang terdapat di dalam kandungannya.
Pada musim tertentu air tasik dilihat berwarna hijau kebiru-biruan tetapi pada musim yang lain pula ia akan bertukar warna menjadi kelabu.
Salah satu air terjun tercantik di Plitvice dinamakan sebagai Air Terjun Milka Trina sempena nama primadona opera Croatia.
Namun begitu, nama Plitvice pertama kali muncul dalam dokumen bertulis pada tahun 1777 oleh seorang mubaligh Kristian bernama Dominik Vukasovic.
Keunikan dan kecantikan tasik ini mendorong para pengarah filem melakukan penggambaran berlatarbelakangkan tasik tersebut antaranya filem Karl May yang diterbitkan pada tahun 1970-an.
Terdapat 12 buah tasik di bahagian atas manakala empat lagi dikategorikan sebagai tasik bahagian bawah.
Air dari bahagian tasik atas akan mengalir ke bawah tasik lalu membentuk air terjun yang memukau pandangan.
Namun begitu, rupa bentuk air terjun ini tidak tetap dan laluannya boleh berubah-ubah mengikut kapasiti air di bahagian atas tasik. Air terjun paling tinggi, Velia Slap mencapai ketinggian 70 meter.
Punca utama air tasik ini ialah dari sungai yang mengalir melalui gunung dan sungai bawah tanah. Tasik paling tinggi berada pada aras ketinggian 636 meter.
Air tasik ini kemudian mengalir ke tasik kedua yang berketinggian 503 meter. Tasik yang paling rendah seterusnya membentuk aliran Sungai Korana yang menghala ke arah utara.
Pelancong dilarang melakukan aktiviti memancing dan berenang. Air terjun yang berkalsium tinggi ini membentuk batuan bertangga ke laluan menuju ke tasik.
Pelancong perlu meredah laluan berbukit dan berkerikil sejauh dua kilometer sebelum tiba di pangkalan bot yang akan membawa anda menikmati pemandangan unik.
Terasa kepuasan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata apabila disajikan keindahan ciptaan Tuhan yang mempesonakan.
Air terjun yang berjuraian mengalir indah dari perbukitan melalui celahan akar pepohon hijau di tebing dan mengalir ke dalam tasik.
Benarlah seperti kata-kata Nadija Golic, 30, pemandu pelancong kami dari Croatia ini sesiapa yang pernah sampai ke negaranya, pasti mengakui bahawa pemandangan di Tasik Plitvice mampu mempesonakan sesiapa saja.
Bagi memelihara keindahan tasik ini, pada tahun 1949 pemerintah Yugoslavia telah mewartakan kawasan pelancongan ini sebagai Taman Negara Tasik Plitvice.
Pada tahun 1979, UNESCO pula mewartakannya sebagai Tapak Warisan Dunia kerana keindahan alam semulajadinya yang luar biasa.
Bagaimanapun, peristiwa berdarah tercetus di taman negara ini pada bulan Mac 1991 sebagai tempat konfrantasi bersenjata apabila etnik Croat menuntut kemerdekaan daripada pemerintah Yugoslavia.
Selama tempoh konfrantasi itu berlaku beberapa kerosakan terjadi terhadap alam semulajadi di taman negara ini sehinggalah akhir bulan Ogos 1995 apabila pemerintah Croatia berjaya merebut kembali haknya ke atas taman negara ini selepas konflik berakhir.
Tamatnya konfrantasi ini bermakna berakhirnya peperangan di antara tiga etnik utama di Balkan iaitu Bosnia, Croatia dan Serbia.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Keindahan Tasik Baikal Yang Sangat Mempesonakan
sumber: utusan