Friday, March 02, 2018

Kisah Ibrahim Adham Memikirkan Orang Lain Lebih Dari Dirinya


Setiap hari, Ibrahim Adham yang bekerja sebagai buruh hanya akan balik ke rumah pada waktu malam. Setiap hari setelah selesai menunaikan solat Maghrib sebelum pulang ke rumah, Ibrahim Adham akan singgah membeli makanan untuk dibawa pulang kepada sahabat-sahabatnya.

Kisah Ibrahim Adham Memikirkan Orang Lain Lebih Dari Dirinya

Disebabkan oleh sikap baiknya itu, ada dikalangan rakan-rakannya mahu mengambil kesempatan terhadapnya.

Suatu malam, salah seorang dari sahabatnya memberi cadangan pada rakan-rakan yang lain.

"Dia selalu datang larut malam. Apa kata kita makan dulu apa yang ada, kemudian kita tidur.

"Biar lepas ni dia datang lebih awal pada malam-malam berikutnya dan tentu dia tidak akan membiarkan kita menunggu begitu lama," cadang sahabat itu.

Pada hari tersebut, sebaik sampai di rumah Ibrahim Adham melihat rakan-rakannya sudah tidur.

Kerana menganggap mereka belum makan dan tertidur dalam kelaparan, Ibrahim Adham segera menyalakan api.

Ibrahim Adham mengambil sedikit tepung lalu membuat adunan untuk menyediakan makanan kepada sahabatnya itu apabila mereka bangun nanti.

Sedang Ibrahim Adham menguli tepung, salah seorang sahabatnya bangun dan melihat janggut Ibrahim Adham yang panjang menyentuh tanah ketika menunduk meniup api.

"Apa yang engkau lakukan?" tanya sahabatnya yang terjaga itu.

"Aku melihat kamu sedang tidur. Aku rasa kamu semua belum makan, kemudian tertidur dalam kelaparan.

"Maka aku buatkan adunan untuk kamu. Kalau kamu bangun nanti, bolehlah kamu makan," jawab Ibrahim Adham.

Mendengar jawapan Ibrahim Adham, sahabat itu terpaku.

Dia bersuara kepada sahabatnya yang lain, "Lihatlah bagaimana dia memikirkan kita dan juga bagaimana kita memikirkan dia."

Lalu sahabat yang memberi cadangan untuk mengambil kesempatan terhadap Ibrahim Adham tertunduk malu dan rasa menyesal.

-Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Kegembiraan Orang Lain Itu Adalah Kebahagiaan Untuk Kita?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon