Tuesday, March 27, 2018

Kenapa Status Janda Selalu Di Pandang Hina?


Janda kematian suami biasanya lebih bernasib baik kerana mereka dipandang mulia oleh masyarakat tetapi bagi mereka yang bercerai hidup, selalunya akan dipandang hina oleh masyarakat.

Kenapa Status Janda Selalu Di Pandang Hina?

Orang selalu memandang hina wanita berstatus ibu tunggal atau janda. Mereka dihukum seolah-olah mereka manusia paling hina, paling jahat, paling tidak berguna dan paling tidak ada harga diri.

Ramai manusia berlagak seperti TUHAN. Mereka fikir tahu apa yang berlaku di sebalik langsir jiran mereka.

Ramai yang mencemuh, "itulah, tak pandai jaga laki, dah kena cerai. Itulah, garang sangat, mana tak kena cerai."

Dalam tak sedar, kita telah berlagak seperti TUHAN walhal, kita tidak pernah tahu sudah berapa banyak airmata yang tumpah kerana terlalu takut untuk menjadi janda atau ibu tunggal. Ada yang membiarkan diri menjadi punchbag hanya kerana takut menjadi janda.

Ada wanita terpaksa menyembunyikan status diri mereka sebagai ibu tunggal atau janda kerana takut dipandang serong oleh masyarakat.

Mereka takut dihina oleh masyarakat, takut dikatakan perempuan gatal yang akan menggoda suami orang, takut dikatakan nak merampas suami orang.

Bermacam-macam ketakutan termasuklah ingin menjaga nama baik bekas suami yang mungkin dipandang hebat oleh masyarakat dan mungkin untuk menjaga nama baik tempat kerja suami.

Tapi, sampai bila nak bersembunyi di sebalik tabir? Mereka hendak menjaga nama bekas suami, sedangkan dia mungkin sedang berbahagia dengan isteri barunya.

Adakah janda tidak berhak mencari kebahagiaan yang dihalalkan oleh Allah?

Hina sangatkah kalau seorang ibu tunggal atau janda ingin bernikah semula? Hina sangatkah seorang janda yang inginkan seorang pelindung untuknya dan anak-anak?

Adakah seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya adalah orang yang gagal? Adakah seorang wanita yang meminta cerai dari suaminya adalah sampah masyarakat?

Untuk semua ibu tunggal atau janda yang telah mendapat title ini kerana sebab yang munasabah dan dibenarkan oleh Syarak, bangunlah dari kesedihan silam.

Anda semua berhak mencari kebahagiaan dan merasai kebahagiaan yang halal. Tak perlu takut lagi dengan ayat, "nanti apa orang kata" tapi selalulah tanya ayat ini, "Apa Allah dan Rasul kata."

Kita bukan mengajar orang untuk bercerai, tapi seperti yang selalu dikatakan, bersabarlah selagi mampu, sebab sabar itu indah, tapi jangan sampai sabar itu menjadi dosa.

Kepada mereka yang mendapat title ibu tunggal dan janda hanya kerana ingin keredhaan Allah, bangunlah dari kesedihan silam.

Binalah hidup yang bahagia bersama anak-anak anda dan kalau ada jodoh terimalah selepas  beristikharah dan bermunajat memohon petunjuk-NYA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fauziahmohdnoor

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon