Thursday, March 29, 2018

Gambar Berpeluk Tiz Zaqyah Dan Roberto Carlos Undang Kontroversi


Gara-gara memeluk pelakon Tiz Zaqyah, bekas pemain bola sepak Brazil, Roberto Carlos diserang netizen dengan pelbagai kata-kata negatif dan kurang sopan oleh netizen menerusi entri terbaru yang dimuat naik Roberto di akaun Instagramnya pada Ahad (25/3/2018).

Gambar Berpeluk Tiz Zaqyah Dan Roberto Carlos

Walaupun entri Roberto Carlos tiada kaitan dengan foto berpeluk tersebut, netizen tetap meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen terhadap foto yang dimuat naik oleh Tiz pada Ahad, disebabkan ruangan komen berpelukan yang dimuat naik oleh Tiz itu telah ditutup.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Roberto dan Tiz yang berpelukan dan menganggap perbuatan itu tidak sopan serta keterlaluan.

Dalam pada itu, Tiz juga memuat naik foto terbaru seolah-olah memerli tindakan netizen.

Namun netizen membidas kembali kenyataan pada foto tersebut dengan mengatakan mereka tidaklah mudah untuk dipermainkan sehingga tidak dapat membezakan sama ada foto itu telah disunting atau pun tidak.

Roberto Carlos duta global terbaharu AirAsia

Roberto Carlos duta AirAsia

Roberto Carlos yang baru dilantik menjadi duta global terbaharu syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, bakal membawa imej syarikat penerbangan tambang murah itu di persada dunia dalam pelbagai aspek penjenamaan.

"Saya rasa agak sukar untuk menjadikan AirAsia satu jenama (lebih) baik kerana ianya sudah pun terkenal.

"Saya di sini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AirAsia dan akan gunakan imej saya di seluruh dunia.

"Saya harap akan ada kerjasama baik antara kami dalam masa akan datang. Terima kasih kepada Tony Fernandes, beliau merupakan seorang yang hebat dan mempunyai imej yang baik di seluruh dunia.

"Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan beliau," kata Roberto Carlos ketika ditemui.

"Di AirAsia, kami meletakkan diri kami di samping mereka yang mempunyai personaliti sama yang mendorong kami.

"Roberto Carlos mempunyai cerita sama. Dia mula bermain di jalanan Brazil dan memulakan karier bola sepak ketika berumur 12 tahun. Dia sangat bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya.

"Seperti kami juga, Roberto Carlos bekerja keras sehingga menjadi juara dunia apabila dia menjulang trofi Piala Dunia.

"Jadi, kami rasa kami mempunyai sinergi sama dengan Roberto Carlos dan dia boleh bekerjasama dengan kami untuk memberi dorongan dan galakkan kepada anak muda mencabar dan mengejar impian mereka," kata Rudy.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, Roberto Carlos menunjukkan bahawa apabila beliau inginkan sesuatu, beliau akan usaha sedaya upaya untuk mencapainya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut, sebaliknya berucap melalui rakaman video.

Buat masa ini, kerjasama antara AirAsia dan Roberto Carlos bertempoh selama tiga tahun, namun ia bergantung kepada sinergi yang dihasilkan dalam masa akan datang agar ia boleh berpanjangan.

Diberi gelaran "The Bullet Man" kerana sepakan percumanya yang padu, Roberto Carlos telah mewakili Brazil dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA, dan beliau juga sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun.

Di peringkat kelab, beliau bermain untuk Real Madrid dan telah memenangi empat piala kejohanan La Liga Sepanyol serta Liga Juara Juara UEFA sebanyak tiga kali pada 1989, 2000 dan 2002.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

sumber: aa2 | aa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon