Demi kasih yang tidak terperi kepada keluarga, seseorang sanggup melakukan apa saja demi memastikan kebahagiaan yang dikasihi, apatah lagi jika ajal orang tersayang itu semakin hampir menjemputnya.
Bagi seorang gadis di Chengdu, China, tiada yang lebih utama dalam hidupnya selain menggembirakan datuk dan nenek yang telah menjaganya sejak kecil lagi.
Fu Xue Wei dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas ibu bapanya bercerai ketika usianya 10 tahun.
Kini, setelah usianya mencecah 25 tahun, ada satu permintaan yang sering disuarakan datuknya Fu Qiquan, 87 tahun, iaitu agar cucunya itu segera berkahwin supaya Fu dapat menyaksikan hari bersejarah itu ketika dia masih hidup.
“Sebab saya tidak tahu bila ajal datuk akan tiba dan dapat lihat saya berkahwin, saya mahu pastikan datuk dapat menyaksikannya,” kata Xue.
Walau bagaimanapun, oleh kerana terikat dengan kerjaya, Xue belum bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Namun, bagi menunaikan juga harapan datuknya itu, Xue memilih untuk melakukan sesuatu yang istimewa, bergambar dalam sesi foto perkahwinan bersama datuknya.
Demi kasih pada insan yang telah membesarkannya, Xue sanggup berbelanja sebanyak 3,000 yuan (kira-kira RM1,850) untuk memastikan hasrat datuknya itu tercapai.
Gambar pasangan cucu dan datuk itu menjadi tular di sosial media selepas Xue berkongsi foto tersebut di sebuah laman media sosial di sana.
Selain bergambar, Xue turut membuat tatu wajah datuknya itu pada lengan kanannya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis
sumber: astroawani
Detik indah diabadikan Xue dan datuknya.

Xue menyatakan ini adalah cara menyatakan sayang terhadap datuknya.