Monday, March 05, 2018

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh


Sebatang pokok oak yang terletak di Eutin, Jerman, dikenali 'Bridegroom Oak' dan berusia 500 tahun menjadi tempat pencari jodoh, mempunyai alamatnya sendiri dan setiap hari menerima hampir 40 keping surat dari pelusuk dunia.

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

Surat mencari jodoh itu diharap akan dibaca oleh mereka yang berkunjung ke situ dan membalasnya kembali kepada pemilik surat berkenaan.

Biar pun pelbagai platform mencari jodoh yang lebih canggih dan moden dengan aplikasi mudah alih ketika ini, tetapi luahan melalui sekeping surat masih menjadi pilihan.

Walaupun kelihatan 'pelik' kerana beralamatkan sebang pokok, ianya tetap dianggap sesuatu yang romantik.

"Sesuatu yang istimewa dan sangat magis," jelas seorang posmen berusia 72 tahun yang menjadi penghantar surat ke Bridegroom Oak.

"Di Internet, fakta dan soalan menjadikan seseorang itu dipadankan, tetapi di pokok ini, ia seperti kebetulan, seperti takdir."

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

Pokok terkenal ini tumbuh membesar di Eutin kira-kira 500 tahun dahulu menjadi tempat bertemu jodoh, malah dianggap pusat kisah cinta.

Dan ianya mempunyai kisah legenda tersendiri mengenai cinta seorang gadis yang dihalang bapanya pada tahun 1890.

Menurut cerita penduduk tempatan, walaupun hubungan cinta dihalang, gadis dan teman lelakinya, seorang pembuat coklat bernama Wilhelm tetap berkahwin pada Jun 1891 di bawah pokok tersebut.

Sementara itu, pencari jodoh yang datang ke situ hanya boleh memilih satu surat sahaja dan jika berminat, pembaca itu membalas surat kepada pengirimnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Surat Cinta Tertua Didunia

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon