Sekumpulan pakar astronomi telah berjaya mengesan bintang-bintang yang pertama sekali menyinar di alam semesta selepas fenomena Big Bang (Letupan Besar) dikesan sebelum ini.
Gambar yang dikeluarkan oleh Nature pada 28 Februari 2018 lalu menunjukkan pandangan artis tentang rupa bintang yang pertama bersinar di alam semesta.
Isyarat itu dikesan selepas satu kajian selama sedekad dilakukan oleh Universiti Arizona dan disifatkan sebagai penemuan paling besar sejak pakar astronomi mengesan gelombang graviti Nobel pada 2015.
Ketua penyelidik, Judd Bowman berkata, penemuan ini perlu disahkan oleh penyelidikan yang lain.
Beliau berkata, kumpulan pakar berharap penemuan tersebut dapat merungkai lebih banyak misteri mengenai kejadian alam semesta.
Kesan wujudnya bintang-bintang tersebut atau dipanggil kosmos sudah ada sejak 13.8 bilion tahun yang lalu iaitu 180 juta tahun selepas fenomena Big Bang berlaku dikesan menggunakan spektrometer radio yang sebesar meja makan di gurun Australia.
Isyarat berkenaan menimbulkan tanda tanya.
Data awal tentang kewujudan alam semesta menunjukkan keadaan dua kali ganda lebih sejuk daripada yang dijangka iaitu pada kadar -270 darjah Celsius.
Beberapa kajian terdahulu mengaitkan suhu sejuk di alam semesta dengan jirim gelap.
Bowman menyatakan bahawa jirim gelap menyumbang kepada 85 peratus kepada semua jirim yang terbentuk di alam semesta.
Data yang diperoleh daripada satelit Planck pada 2013 pula menunjukkan jirim yang boleh disentuh dan dilihat di ruang alam semesta hanyalah sebanyak 4.9 peratus, manakala jirim gelap pula sebanyak 26.8 peratus manakala selebihnya merupakan tenaga gelap (dark energy) yang diukur kira-kira 68.3 peratus.
Jirim gelap (dark matter) tidak dapat dilihat menerusi teleskop dan ia diukur berdasarkan tarikan graviti terhadap objek lain yang berada di alam semesta.
Namun, kewujudan jirim gelap tidak dapat dijelaskan dengan model fizik yang biasa untuk mengukur partikel dalam alam semesta.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: utusan
Lakaran artis.