Saturday, March 31, 2018

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia


Beg tangan adalah antara barangan yang paling banyak dikumpulkan oleh wanita walaupun ada yang tidak digunakan dan hanya dikumpulkan kerana minat.

Antara faktor yang menyebabkan sesuatu beg tangan itu menarik adalah rekabentuk, warna, jenama dan juga harga.

Sesetengah wanita sanggup menghabiskan sejumlah wang yang sangat banyak demi mendapatkan beg tangan yang diingini, sehingga mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Kami ingin berkongsi 5 beg tangan paling mahal pernah terjual.

1. The 1001 Nights Diamond Purse

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Beg tangan wanita termahal dunia ini merupakan keluaran House of Mouawad, sebuah syarikat barang kemas terkemuka dunia.

Beg tangan ini mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records sebagai beg paling mahal di dunia dengan harga RM16.26 juta.

Beg The 1001 Nights Diamond ini memerlukan masa selama 8,800 jam untuk disiapkan, iaitu melebihi setahun oleh 10 orang professional.

Beg tangan ini dihiasi dengan 4,356 bentuk berlian lutsinar, 105 bentuk berlian kuning dan 56 bentuk berlian merah jambu dan disempurnakan dengan emas 18k.

2. Hermes Birkin

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Siapa tak kenal jenama Hermes, antara jenama beg tangan termahal di dunia. Beg yang badannya dihasilkan daripada 100% platinum adalah rekaan pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka.

Tidak cukup dengan itu, beg ini diperhalusi dengan 2,000 bentuk berlian dan berlian 8 karat berbentuk pir.

Tali beg tangan ini dan berlian 8 karat itu boleh dijadikan sebagai gelang tangan atau rantai leher.

Harganya? RM8.13 juta!

3. Chanel Diamond Forever Classic

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Chanel juga berada di dalam senarai beg tangan termahal dunia mempertaruhkan keluaran Chanel Diamond Forever Classic, dengan harga yang tidak mampu milik iaitu RM1.12 juta.

Beg serba putih yang sangat mempesonakan ini mempunyai 334 bentuk berlian yang mana 3.56 karat setiap satunya dipasang pada emas putih 18 karat.

Tali bahu beg tangan ini juga diperbuat daripada emas putih dan jika anda ingin memilikinya, mungkin sudah terlambat kerana di atas muka bumi ini hanya terdapat 13 unit sahaja. Sayonara!

4. Lana Marks Cleopatra

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah mendengar jenama ini, namun Lana Marks mengeluarkan beg tangan ke-4 termahal di dunia iaitu Cleopatra dengan harga RM1.07 juta.

Beg Cleopatra ini hanya dikeluarkan oleh Lana Marks setahun sekali sahaja dan bagi beg ini, ia diperbuat daripada kulit buaya berwarna perak metalik dan dihiasi 1,500 bentuk berlian hitam dan putih di atas emas putih 18 karat.

5. The Louis Vuitton Urban Satchel Bag

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Pasti anda sudah menjangkakan jenama Louis Vuitton akan berada dalam senarai ini namun, jika dilihat kepada beg ini, anda pasti berkata ia kelihatan seperti sampah yang dilekatkan pada beg dan dijual pada harga RM642,000.

Beg yang sangat eksklusif ini dihasilkan daripada kulit terbaik dihiasi dengan "urban charms".

Louis Vuitton menggunakan Ashley Olsen dalam pengiklanan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Menurut Kajian, Beg Tangan Wanita Lebih Kotor Dari Tandas!

sumber: iluminasi

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon