Wednesday, March 28, 2018

Bagaimana Orang Cina Menjadi Jutawan Melalui Bisnes


Orang cina biasanya bermula dari kosong, bekerja sebagai kuli tapi pada masa muda, mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk belajar kemahiran yang amat berharga misalnya, mereka belajar jadi juruteknik di kilang kereta, macam mana membaiki mesin, buat tooling, gunakan CAD dan sebagainya.

Bagaimana Orang Cina Menjadi Jutawan Melalui Bisnes
Gambar hiasan.

Selepas bekerja sebagai kuli dan adanya skil, mereka akan kerja lebih rajin supaya dapat peluang daripada taukeh yang hanya akan memberi peluang kepada yang rajin dan jujur dan boleh buat kerja.

Taukeh akan hantar untuk menjalani latihan dan kalau yang lebih bernasib baik, akan dihantar ke luar negara untuk belajar teknologi Jepun, Hong Kong dan sebagainya.

Ada pepatah mengatakan, biarlah kerja 10 tahun di dalam bidang tu, kita akan mengenali selok belok bisnes tersebut.

Jadi pada usia awal 30-an, biasanya orang cina akan berhenti kerja untuk cuba bisnes pertama dengan duit simpanan 10 tahun yang dikumpul.

Modal tak cukup, mereka akan berkongsi untuk setup bisnes bersama. Contoh RM50 ribu x 2 orang = RM100 ribu.

Jadi, 2 tahun pertama memanglah masa yang paling susah untuk semua bisnes. Kaum Cina bila berniaga, mereka akan jadikan ia long term, sebab RM100 ribu bukanlah banyak mana dan sekali habis, semua simpanan 10 tahun akan sia-sia. Jadi semua perbelanjaan perlulah digunakan secara amat berhati-hati.

Ada keuntungan, bisnes naik, mereka akan diam-diam tak akan beritahu orang. Kereta pun pakai biasa-biasa sahaja sebab mereka tak nak sangat orang tahu bisnes mereka bagus.

Mereka tak akan naik hot seat untuk heboh-heboh kepada orang ramai mereka ni jutawan atau bakal jutawan, sebab ia akan mengundang persaingan, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga orang datang pinjam duit.

Beberapa tahun yang pertama, jika bisnes ada untung, pertamanya adalah beli property, sebab kita tahu selagi kita lock duit kita dalam hartanah, kita tak akan dapat gunakan duit tersebut sesuka hati.

Dan hartanah sentiasa naik, jarang turun. Best lagi kalau dapat sewa untuk bayar pinjaman perumahan setiap bulan. Kalau bisnes bagus, akan beli lagi property 2,3,4..

Semua bisnes mesti ada naik turunnya. Bila ditempuh cabaran seperti kemelesatan ekonomi, mereka akan cut cost serta merta supaya monthly overhead jadi rendah.

Refinance property yang sudah naik harga untuk backup fund. Duit simpanan kalau tak perlu, jangan sentuh.

Buktinya, bisnes orang Cina yang telah melalui zaman kemelesatan ekonomi seperti 1986, 1997, 2008, kita akan cakap mereka kebal.

Akhirnya, kalau bisnes suami isteri, suami yang akan run bisnes untuk bahagian sale and marketing. Kita panggil kerja luar.

Isteri pula akan ditugaskan untuk menjaga akaun dan kewangan. Sebab perempuan sentiasa lebih berhati-hati dan pandai berkira dalam bab duit. Jadi, isteri akan jaga akaun.

Sistem dan software akaun adalah benda yang paling utama kena beli untuk pantau duit dengan hati-hati, hutang customer, hutang supplier. Biasanya beribu-ribu kena labur dengan komputer sekali.

Tapi ini cerita dahulu, software semua mahal. Zaman sekarang, software telah jadi murah dan mampu dimiliki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon