Wednesday, March 28, 2018

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980


Terdapat sebilangan kecil syarikat yang terus berkembang sejak 3 dekad lalu sehingga berjaya tersenarai sebagai syarikat dengan keuntungan tertinggi di dunia ketika ini.

Berikut merupakan 3 saham yang berjaya membuatkan seseorang menjadi jutawan serta peroleh pulangan yang besar dengan hanya bermodalkan $1,000 bagi setiap saham.

1. M&T Bank (1980)

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Satu-satunya syarikat yang bukan daripada kategori industri teknologi berdasarkan 3 saham yang disebutkan.

Untuk pengetahuan anda, M&T Bank merupakan sebuah institusi bank yang bertapak di Amerika Syarikat.

Warren Buffet antara pelabur awal di dalam institusi bank ini. $640,948 USD bakal diterima pelabur dengan pelaburan sebanyak $1,000 USD pada 1980.

2. Microsoft (1987)

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Pelaburan di Microsoft ternyata berjaya memberi pulangan yang tinggi berbanding Apple.

Kepelbagaian produk dan pengguna yang ramai antara yang menjadi resepi Microsoft untuk kekal releven di dalam market selepas 3 dekad.

$1,000 USD yang dilaburkan pada 1987 bakal memberi pulangan sebanyak $546,996 USD pada masa kini.

3. Apple (1980)

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Seperti syarikat lain, Apple juga pernah merasa jatuh bangun dunia bisnes semasa membangunkan syarikat.

Kehadiran semula Steve Jobs ternyata memberi peluang buat Apple untuk bangkit semula serta berjaya meninggalkan legasi dengan model-model seperti Apple Macbook dan Apple iPhone.

Jika anda pernah menonton filem Jobs lakonan Ashton Kutcher, pastinya anda akan perasan dengan seorang hartawan yang hadir dengan kereta mewah ke garage Steve Jobs untuk membantu Apple dengan memberi dana awal.

Beliau adalah Mike Markkula, seorang pelabur dan kini merupakan CEO kedua Apple.

Dianggarkan pelaburan $1,000 USD pada 1980 pada syarikat Apple bakal membolehkan seseorang menerima sekitar $228,113 USD selepas 37 tahun.

Rumusan

Tidak semua syarikat teknologi mampu memberi pulangan yang tinggi di dalam jangka masa yang panjang. Peluang untuk rugi juga tinggi.

Masih ingat lagi dengan syarikat Atari, Compaq dan Palm? Masing-masing merupakan syarikat yang dikenali ramai suatu masa dahulu dan terus jatuh disebabkan gagal mewujudkan inovasi di dalam produk mereka seterusnya kehilangan pengguna selepas beberapa puluh tahun beroperasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hidup Senang Bebas Hutang Gaya Dave Ramsey

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon