Saturday, February 24, 2018

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?


Jika menyebut tentang piramid, ramai yang menyangka hanya Mesir sahaja memiliki monumen unik itu. Binaan yang diperbuat daripada tanah liat padu itu dibangunkan sebagai makam firaun dan telah dikenal pasti berusia hampir 5,000 tahun.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Piramid juga dipercayai kononnya adalah tangga yang digunakan oleh roh-roh firaun untuk menuju ke langit.

Namun, tidak ramai yang mengetahui sebelum piramid di Mesir dibina, terdapat piramid yang lebih awal dibina iaitu di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia, dipercayai dibina kira-kira 9,000 ke 20,000 tahun lalu.

Perkara ini dibongkar oleh seorang pakar geologi, yang mengatakan tapak megalith Gunung Padang, di Wilayah Jawa Barat merupakan peninggalan tapak piramid tertua di dunia.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?
Dr. Danny Hilman Natawidjaja.

Sejak ditemui pada 1914, Gunung Padang telah dikenal pasti sebagai kawasan tapak batu megalith terbesar di rantau Asia Tenggara.

Berada pada ketinggian 2,903 kaki iaitu kira-kira 885 meter daripada aras laut, Gunung Padang merupakan kawasan yang terkenal dengan beberapa kawasan gunung berapi yang masih aktif.

Beliau yang juga merupakan Ketua di Pusat Penyelidikan Geoteknikal Indonesia mengatakan kawasan gunung itu tidak ubah seperti bentuk piramid ekoran batu-batuan dan lereng bukit yang bersusun elok itu dijadikan sebagai tempat beribadah masyarakat Sunda.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

“Jika tempat itu dikenali sebagai tempat suci masyarakat Sunda, maka sudah pasti mereka perlu memanjat batu-batuan yang berbentuk lereng bukit seperti piramid itu bagi melakukan ritual di puncaknya.

“Cara orang dahulu beribadat ini sememangnya akan memanjat ke atas,” katanya dipetik laporan oleh portal Archaeologyhub.

Difahamkan, kerja-kerja menggali dan menerokai ruang kawasan kewujudan piramid yang dikelola pasukannya itu menerima sokongan daripada Kerajaan Indonesia.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Presidennya pada ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono turut mengatakan tugas Dr. Danny adalah sebagai “sejarah tamadun terpenting buat manusia sejagat”.

Ekoran penemuannya itu, Dr. Danny yang ditemui Sydney Morning Herald mengatakan, “Manusia menganggap zaman pra-sejarah adalah kuno, namun semua tanggapan itu ternyata terbukti salah.”

Menurutnya, antara batu-batuan yang ditemui di tapak piramid itu asalnya bercantum pada batuan lain.

Perkara ini didedahkan setelah menemui bahan cecair seakan karbon pekat yang dipercayai berusia 7,000 tahun sebelum Masihi.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Struktur berlapis yang dipisahkan oleh tembok batu itu hanya boleh dimasuki menerusi 400 anak tangga setinggi 95 meter. Ia dikatakan dilindungi dengan bongkah batu besar yang berasal daripada gunung berapi.

Daripada penemuan ini, beliau percaya sturukur berlapis itu mempunyai ketebalan setinggi 100 meter dan diperbuat daripada sejumlah lapisan.

Pakar turut menggarkan usia batu sebesar tiga hingga empat meter yang terletak di bawah permukaan itu berusia lingkungan 6,500 ke 12,500 tahun.

Bagaimanapun, kajian pasukan Dr. Hillman itu menerima tentangan daripada 34 ahli arkeologi tempatan sehingga sebuah petisyen yang memintanya untuk menghentikan projek tersebut telah dijalankan.

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Menurut mereka, kajian daripada Dr. Hilman itu akan menjejaskan keadaan stuktur ekosistem tanah yang dikhuatiri boleh mengaktifkan lava di dalam tanah.

Seorang pakar gunung berapi, Sutikno Bronto mengatakan ia sebenarnya bukan piramid, sebaliknya hanya sebuah gunung berapi yang telah meletus dan meruap lalu membentuk batu batuan seakan sebuah piramid yang bersegi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Bagaimana Piramid Di Bina Akhirnya Terbongkar

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon