Sehingga ke hari ini, netizen masih bercakap berkenaan logo Visit Malaysia 2020 (VM2020) yang akan telah dirasmikan kerana ramai yang mahu logo berkenaan ditukar kepada logo yang lebih gah dan moden.
Kontroversi logo VM2020 ini mungkin satu pengajaran berguna untuk kita semua sekiranya mahu menghasilkan satu logo yang akan digunakan secara global dan meluas.
Mungkin kita boleh jadikan Rusia sebagai contoh untuk membuat sesuatu rekaan logo atau kempen selepas ini.
Rusia mahukan identiti baharu untuk Agensi Pelancongan Rusia dan satu pertandingan terbuka telah dilancarkan oleh Agensi Pelancongan Russia bagi mencari logo serta branding kempen pelancongan terbaru negara berkenaan.
Pemenang untuk pertandingan ini adalah satu pasukan pereka grafik yang manghasilkan logo diinspirasikan daripada lukisan gaya suprematist.
Suprematist adalah art movement yang menfokuskan lukisan dalam bentuk geometri asas seperti bulatan, segi empat, segi tiga serta garisan yang di warnakan dengan beberapa warna sahaja.
Pengasas gaya lukisan ini adalah pelukis Rusia, Kazimir Malevich di mana beliau mula melukis gaya ini sekitar tahun 1913.
Kumpulan pemenang untuk pertandingan ini adalah gabungan pereka grafik dari 4 agensi kreatif Rusia yang berbeza; Supremtica, Plenum, Artonika and Art.Lebedev.
Slogan untuk kempen ini juga sangat menepati konsep logo ini; ‘The Whole World Within Russia’.
Untuk logo terbaru pelancongan Rusia ini, setiap corak pada logo ini mewakili kawasan penting di dalam negara Rusia. Gabungan warna jingga, ungu, merah dan hijau digunakan bagi mewakili setiap corak.
Menarik tentang logo ini adalah betapa versatilenya logo ini yang boleh diguna pakai untuk dijadikan poster atau pelbagai lagi rekaan lain. Ini adalah beberapa contoh poster pelancongan Rusia yang akan digunakan di seluruh Rusia di masa akan datang.
“Apa yang mudah untuk menerangkan berkenaan negara anda? Banyak dan ini adalah diantaranya: makanan, seni, keindahan alam semula jadi dan perayaan,” kata Egor Myznik, creative director untuk agensi Plenum.
Perkara paling susah untuk menghasilkan logo ini bagi mereka adalah untuk menjadikannya logo ini jelas dan mudah pada masa yang sama.
Logo ini menyelesaikan masalah mereka dan dapat memberikan kebebasan untuk berkarya tanpa terkeluar daripada indentiti.
Identiti terbaru pelancongan Rusia ini dipilih daripada 480 penyertaan. Satu undian secara atas talian dibuka untuk memilih 10 logo terbaik dan committee yang bertugas memilih seorang pemenang daripada 10 logo ini.
Ianya indentiti pelanconga Rusia baharu yang sangat menarik dan dilancarkan secara kebetulan dengan FIFA World Cup di Russia.
Inilah logo akhir yang ‘direstui’ rakyat Rusia kerana mereka turut mempunyai ‘suara’ untuk memilih logo yang paling menonjol serta mewakili rakyat Rusia.
Semoga sebarang logo penting untuk sebarang acara penting di Malaysia di masa akan datang melalui prosedur seperti ini.
Logo Buruk ‘Visit Malaysia 2020’ Dapat Liputan Media Asing
Isu rekaan logo ‘Visit Malaysia 2020’ bukan sahaja menarik perhatian akhbar-akhbar tempatan, malah ia turut mendapat liputan meluas daripada portal-portal berita antarabangsa.
Ia jelas apabila portal BBC menerbitkan artikel bertajuk ‘Malaysia defends ‘hideous’ tourism logo despite criticism‘ yang membawa maksud, Malaysia pertahan logo ‘buruk’ pelancongan biarpun dikritik ramai.
Portal-portal antarabangsa lain turut mengikut jejak memainkan isu itu antaranya Telegraph.co.uk, Channel News Asia, Stuff.co, Asiancorrespondent.com, Design Taxi dan laman Creativebloq.
Logo Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu mula menjadi kontroversi apabila ramai mendakwa ia tampak tidak profesional dan rekaannya juga seolah dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Paint.
Kecaman demi kecaman terus dilontarkan sehingga ada pihak tertentu yang kemudian cuba melakukan petisyen antarabangsa menerusi laman Change.org supaya logo tersebut ditukar dengan kadar segera.
Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz tetap mempertahankan rekaan logo ‘Visit Malaysia 2020’ biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan tersebut.
Jawapan daripada Nazri itu seterusnya menyebabkan ramai pereka grafik tempatan menghasilkan logo rekaan mereka sendiri yang kemudiannya dimuat naik ke laman media sosial.
Lebih mengejutkan, ada yang hanya mengambil masa sekitar 20 minit untuk menyiapkan rekaan yang jauh lebih baik berbanding logo asal.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Rahsia Tersirat Di Sebalik Logo Syarikat Terkenal Dunia
sumber: mynewshub thevocket