Pernahkah anda mendengar lirik lagu Hotel California yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan penyanyi dari Barat yang diberi nama Eagles? Adakah anda memahami lirik lagu yang disampaikan oleh mereka?
Lirik lagu Hotel California sebenarnya menceritakan peristiwa sebenar yang pernah terjadi suatu ketika dahulu yang mana aktiviti pemujaan telah bergiat aktif dalam masyarakat California.
Aktiviti pemujaan ini telah dilakukan di dalam sebuah hotel yang terletak di California Street, San Francisso yang mana fungsi hotel ditukar menjadi salah sebuah ‘Church of Satan’ oleh Anton Lavey.
Dalam lirik lagu Hotel California, jelas menunjukkan bahawa hotel ini telah menjalankan aktiviti pemujaan syaitan berdasarkan lirik “And in the master’s chambers, they gathered for the feast, they stab it with their steely knives, but they just can’t kill the beast”.
Andai difahami dengan betul, lirik lagu ini adalah berkenaan upacara ritual dan pemujaan yang memerlukan korban, namun tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu yang ingin dikorbankan itu terlalu kuat.
Namun begitu, maksud lirik ini disangkal oleh penulisnya dengan menyatakan bahawa lirik lagu ini hanyalah berkisarkan tentang suasana rumah sakit jiwa.
Walaupun hal ini disangkal kuat oleh penulis lagu tersebut, ianya tetap tidak mampu memadamkan andaian dan kepercayaan pendengar terhadap maksud lagu Hotel California.
Hal ini dikuatkan lagi apabila gambar kulit depan cakera padat mereka dikeluarkan. Jika diperhatikan dengan teliti, akan kelihatan gambar seseorang yang bukan dari kalangan ahli band mereka.
Ramai yang mendakwa bahawa gambar orang yang turut menumpang itu adalah roh Anton Lavey yang tidak tenteram.
Perkara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat sekitar sehingga memaksa kumpulan band tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa lagu yang dicipta oleh mereka sama sekali tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan aktiviti pemujaan yang dikatakan berlaku di Hotel California.
Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Don Henley, salah seorang ahli kumpulan band tersebut ialah, “It was really about excesses of American culture and certain girls we knew. But it was also about the uneasy balance between art and commerce”.
Don Henley juga turut menegaskan bahawa lirik lagu mereka hanyalah bertemakan “penjara” yang harus dilalui oleh para artis yang terlibat dalam industri muzik.
Penjara merupakan simbol paling tepat bagi mereka yang telah menceburi bidang muzik kerana mereka tidak boleh keluar atau lari daripada bidang ini walaupun mereka sudah tidak lagi bergiat dalam bidang tersebut.
Beliau juga turut menyatakan bahawa tajuk lagu tersebut bukanlah merujuk kepada ‘Church of Satan’, tetapi merujuk kepada rumah sakit jiwa.
Mungkin kenyataan beliau ini benar, namaun segala-galanya terpulang kepada para pembaca, sama ada mahu menerima atau sebaliknya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Kisah Misteri Lagu Berjudul 'Gloomy Sunday'
sumber: kisahseram

Mendiang Antoy Lavey Bersama Alat Pemujaannya.

Penampakan Roh Anton Lavey Pada Tingkap Hotel California.
Perkara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat sekitar sehingga memaksa kumpulan band tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa lagu yang dicipta oleh mereka sama sekali tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan aktiviti pemujaan yang dikatakan berlaku di Hotel California.
Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Don Henley, salah seorang ahli kumpulan band tersebut ialah, “It was really about excesses of American culture and certain girls we knew. But it was also about the uneasy balance between art and commerce”.
Don Henley.