Salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun tidak di ambil berat oleh umat Islam adalah berubat dengan sedekah. Padahal dengan izin Allah SWT, sedekah memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati berbagai penyakit. Ini sudah terbukti kebenarannya.
Aswad bin Yazid meriwayatkan bahawa Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, perliharalah harta kamu dengan berzakat dan hindarilah bala dengan berdoa." (Hadis Riwayat Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra jil 3, hal 382. Albani menganggapnya sebagai hasan di dalam Sahih al-Jamik al-Shagir)
Berdasarkan hadis ini terdapat tiga perkara kebaikan yang dinyatakan Nabi SAW iaitu, Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, Perliharalah harta kamu dengan berzakat dan Hindarilah bala dengan berdoa.
Huraiannya
PERTAMA: Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah
Hadis ini merupakan hadis yang sangat istimewa. Ia menjadi bukti bahawa sedekah dengan izin Allah SWT telah menjadi salah satu cara untuk berubat dan penawar bagi suatu penyakit.
Salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun tidak di ambil berat oleh umat Islam adalah berubat dengan sedekah.
Kita perlu ingat bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah SWT, ubat dan penyembuhan semuanya datang daripada Allah SWT, maka jika bersedekah itu satu cara boleh meredakan kemurkaan Allah SWT maka ianya amat mudah bagi Allah SWT untuk menyembuhkan sesuatu penyakit itu.
Jika Nabi SAW sendiri menyatakan, 'Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah' pasti ada hikmah dan rahsia yang besar dibalik bersedekah tersebut.
Nabi SAW tidak akan berkata mengikut hawa nafsunya melainkan ianya adalah wahyu yang datangnya daripada Allah SWT.
Para doktor moden hari ini mungkin tidak nampak logik atau resionalnya perkara ini dan mereka akan nampak lebih pada jenis penyakit dan ubat yang bersesuaian sahaja.
Ibnu Qayyim berkata, "Setiap doktor tidak akan mengubati penyakit dengan cara mengajak pesakitnya untuk menjernihkan hati, memperkuat roh dengan bersedekah, mengajak membuat kebaikan, mengingati Allah dan menganjurkan untuk memberkati diri untuk akhirat. Mereka bukanlah doktor yang sebenarnya, mereka hanya mengubati penyakit untuk sementara waktu."(Zad al-Maad jilid 4, hal. 144)
Terdapat banyak kes penyakit kronik yang tidak mampu diubati di hospital tetapi dengan izin Allah penyakit tersebut baik apabila pesakit tersebut memberikan sedekah dengan niat kerana Allah SWT semata-mata.
Ubatnya adalah sedekah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kalian telah banyak sedekah, tetapi tidak kalian niatkan untuk Allah SWT untuk menyembuhkan dari penyakit kalian.
Cuba sekarang dan hendaknya kalian yakin bahawa Allah SWT akan menyembuhkan penyakit kalian. Berilah makan orang-orang fakir, atau bantulah anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit dan kesusahan, musibah atau cubaan.
Mereka yang diberi taufik oleh Allah SWT telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat rohiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani.
Rasulullah SAW juga mengubati dengan ubat rohiyah sekaligus boleh mengubati penyakit lahiriyah.
Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai.
Jangan bakhil untuk diri kalian sendiri, jika kalian memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya untuk kalian cuba dan amalkan.
Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.
Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Lelaki itu lalu menggali perigi dengan izin Allah SWT penyakitnya pun sembuh.“ (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”)
Bersedekah dengan harta yang kalian paling dicintai dan mengeluarkan sedekah terus menerus, nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya walaupun hanya sebahagian penyakit.
Yakin kepada Allah SWT sesungguhnya Allah SWT tidak melalaikan balasan untuk orang yang berbuat baik.
Bersedekahlah dengan bersungguh-sungguh dan percayalah kepada Allah SWT. Jangan seperti orang yang melalaikan nasihat yang bermakna ini, hingga ia tidak mahu mengeluarkan sebahagian hartanya untuk bersedekah lagi.
Padahal bertahun-tahun ia menderita sakit dan berulang-alik berjumpa doktor untuk mengubati panyakitnya, dengan menghabiskan banyak wang dari simpanannya.
Keluarkan sedekah lagi, perbanyak sedekah semampumu. Jika masih belum sembuh, mungkin Allah SWT memanjangkan sakitmu untuk sebuah hikmah yang dikehendakiNya atau kerana kemaksiatan yang menghalang kesembuhanmu. Jika demikian cepatlah bertaubat dan perbanyak doa di sepertiga malam terakhir.
Sekiranya ada di antara kalian yang diberikan nikmat sihat oleh Allah SWT, jangan tinggalkan sedekah dengan alasan kalian sihat.
Seperti halnya orang yang sakit boleh sembuh maka orang yang sihat pun boleh sakit. Ada pepatah mengatakan, “Mencegah lebih baik dari mengubati”.
Sekali lagi diulangi, di samping berikhitar mencari penawar untuk mengubati penyakit yang dihadapi jangan tinggal sedekah, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.
Empat perkara ini perlu ada dan jangan dipisahkan insya Allah kalian akan sembuh daripada apa sahaja penyakit yang kalian sedang hadapi.
KEDUA: Perliharalah harta kamu dengan berzakat
Hikmah mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:
1. Untuk kesucian rohani
Orang yang mengeluarkan zakat, jiwa mereka akan terdidik dengan baik, sifat rahmah dan penyayang akan terpupuk di sanubari.
2. Untuk diri sendiri
Sebagai satu pensucian dan mengembangkan harta, lahirkan rasa kesyukuran dengan pemberian Allah SWT dan membawa suatu rasa keamanan dan kesejahteraan.
3. Untuk masyarakat
Dengan berzakat, ia mengurangkan perasaan irihati di antara mereka yang tidak berkemampuan, memberi satu panduan Islam dalam menguruskan ekonomi dan kewangan dan membolehkan pembahagian sebahagian kekayaan orang-orang yang kaya kepada orang-orang miskin.
Orang yang enggan mengeluarkan zakat bererti telah merobohkan satu daripada rukun-rukun Islam.
Sebagaimana mengeluarkan zakat oleh yang berkemampuan kepada yang tidak berkemampuan boleh menimbulkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara dua lapisan masyarakat, maka kengganan mengeluarkan zakat akan menimbulkan perselisihan dan kebencian antara sesama mereka.
Golongan fakir dan miskin tetap berharap akan mendapat hak mereka yang telah ditentukan oleh Allah SWT dari harta orang kaya setiap tahun.
Orang kaya harus bersyukur kepada Allah SWT atas kesenangan hidup yang didapatinya dengan mengeluarkan zakatnya.
Enggan mengeluarkan zakat adalah merampas hak orang miskin dan merampas hak orang tentu sekali akan membawa kebencian orang yang terzalim dan akan di murkai oleh Allah SWT.
Zakat dapat memelihara harta kalian daripada kebinasaan dan zakat juga menyucikan harta dan diri pembayar Zakat.
Allah SWT berjanji akan mengembangkan harta mereka dan tidak mengurangkan walau sedikit sekali pun dan Allah SWT menenangkan jiwa mereka.
Oleh itu kita wajib yakin dengan janji-janji Allah SWT itu dan kita tidak seharusnya takut menjadi miskin atau harta berkurangan kerana berzakat.
KETIGA: Hindarilah bala dengan berdoa
Seorang mukmin yang sentiasa dalam hidupnya berdoa dan berhubung hati dengan Allah SWT akan mempunyai kekuatan dalamannya amat luar biasa dan akan mencapai kecemerlangan dalam hidupnya berbanding mereka yang dalam hidupnya tidak mahu berdoa dan hanya bergantung pada akal fikirannya semata-mata untuk mencapai sesuatu perkara.
Rasulullah SAW. selalu berdoa (mengajarkan kepada umatnya), "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)." (Hadis riwayat Ahmad)
Doa memohon selamat daripada bala dan kehinaan ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi SAW ada mengajarkan kepada kita untuk berdoa, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)."
Doa ini patut dibaca oleh kita semua untuk menjauhkan diri, keluarga dan semua muslim dari sebarang bahaya yang menanti kita tanpa diduga.
Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita:-
من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ " لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
(A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)
Ertinya: "Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." (Hadis Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi SAW bersabda maksudnya :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya: Nabi SAW bertanya: "Kena apakah kamu?"
Lelaki berkata: "Aku disengat kala jengking."
Nabi SAW berkata: "Sekiranya engkau membaca pada setiap petang "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat." (Hadis Riwayat Ibn Hibban, 3/298)
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال " بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ " ثَلاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ
(Bismillaahillazii laa yadurru ma'asmihii syai un fil ardi walaa fissamaa i wahuwassamii 'ul 'aliim)
Ertinya, Rasulullah SAW berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya." (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/323; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad; Tirmizi: Hadith Hasan)
Marilah sama-sama kita beramal dengan tiga perkara yang di perintahkan oleh Rasulullah SAW untuk kita laksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kita.
Bersedekah dan berdoa adalah sunat yang dituntut untuk dilaksanakan tetapi berzakat yang telah cukup syarat zakat iaitu cukup nisab dan tempuhnya adalah wajib dilaksanakan.
Semoga kita mendapat rahmat dan kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan melaksanakan perintah dan arahan Allah SWT dan Rasul-Nya.
Sedekah Boleh Meredakan Kemurkaan Allah di Dunia dan Akhirat
Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang Arab Desa, "Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat."
Nabi SAW menjawab, "Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang."
(Hadis Riwayat Khalid bin Al-Walid r.a.)
Berdasarkan hadis ini sedekah mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk meredakan kemurkaan Allah SWT samaada di dunia dan hari akhirat.
Dalam hadis yang lain Allah SWT memilih dikalangan hamba-Nya yang bersedekah secara bersembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tak mengetahui apa yang diberikan tangan kanannya akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari kiamat nanti yang mana ketika itu tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan daripada-Nya.
Beratnya Timbangan Sedekah
Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban telah menceritakan satu kisah bahawa sedekah dua keping roti kepada orang miskin yang kelaparan lebih berat timbangannya daripada dosa berzina. Sedangkan pahala beribadah selama 60 tahun tidak dapat menampung beratnya dosa berzina.
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Salah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israil selalu beribadah kepada Allah di rumah ibadah selama 60 tahun.
Suatu ketika, hujan turun dengan lebatnya sehingga bumi menjadi subur menghijau kemudian, ahli ibadah itu keluar dari rumah ibadahnya sambil berbisik, 'Sekiranya aku turun dari tempatku ini dan memperbanyakkan mengucap zikir tentulah kebaikanku berubah.'
Lalu ia turun dari tempatnya dengan membawa satu atau dua keping roti. Ketika ia berjalan-jalan, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang perempuan.
Lalu ia mula-mula berbual-bual dengan perempuan tersebut. Akibat terlalu asyik berbual dengan perempuan itu, ahli ibadah tadi diperdaya oleh syaitan menyebabkannya tertidur lalu berzina dengannya.
Lelaki ahli ibadah itu akhirnya telah pengsan. Kemudian apabila sedar daripada pengsan itu ia terjun ke tasik berdekatan untuk mandi.
Pada masa itu datang seorang peminta sedekah yang melarat, meminta daripadanya sebahagian daripada bekalannya itu. Ahli ibadah itu menghulurkan kepadanya roti yang di bawanya. Kemudian lelaki ahli ibadah itu pun dicabut nyawanya oleh Allah SWT.
Pahala amal ibadah yang dikerjakan selama 60 tahun itu ditimbang dengan dosa perbuatan zinanya, ternyata dosa zinanya lebih berat.
Kemudian satu atau dua keping roti yang diberikan kepada peminta sedekah telah ditimbang dengan amal kebaikan lelaki ahli ibadah tersebut. Hasilnya menyebabkan berat amalan kebaikannya bertambah, maka dosa lelaki tersebut diampuni Allah."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Salah satu cara untuk mengubati penyakit fizikal adalah dengan bersedekah. Semua penyakit yang dihidapi oleh manusia adalah datang daripada Allah SWT sebagai kafarah dosa-dosa manusia kepada-Nya.
Penyakit ini adalah ujian Allah kepada manusia supaya ia sedar akan kesalahan dan dosa-dosanya. Penyakit juga adalah sebagai ujian kesabaran dan untuk menginsafkan manusia untuk kembali meningati Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ubatilah penyakit kamu dengan bersedekah.” (Hadis Sahih al-Targhib)
Sabda Nabi SAW maksudnya, "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana." (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
SEGERA BERSEDEKAH
Jangalah ditangguh-tangguh untuk bersedekah, janganlah menunggu sudah kaya baru hendak bersedekah. Ringan-ringakanlah tangan kalian untuk menghulurkan sedekah walaupun hanya seringgit.
Lakukanlah setiap hari tanpa memikirkan rugi dan kekurangan wang kerana sesungguhnya berkat wang seringgit itu akan dilipat gandakan rezeki oleh Allah SWT di jalan yang tiada disangka-sangka. Ingatlah bahawa sesungguhnya tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan.
Sedekah boleh memanjangkan umur seseorang, melindungi dari bahaya dan musibah, serta menolak su’ul khatimah (kematian yang buruk) dan dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.
Sedekah mampu memberikan pengaruh yang luar biasa kepada orang yang menunaikannya. Salah satu manfaat sedekah adalah ia memelihara seseorang dari segala bahaya dan musibah.
Dari Amru bin Auf r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Perbanyakkanlah sedekah semoga kita dan ahli keluarga dipanjangkan umur oleh Allah SWT dan kita terselamat daripada kemalangan, bala atau musibah dan dijauhi daripada su'ul khatimah (kematian yang buruk).
Satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. bagaimana seorang petani terselamat dari musibah dibunuh oleh jin kerana mengambil anak-anak burung dikebunnya semata-mata kerana ia telah bersedekah dengan memberi makanan kepada seorang miskin yang kelaparan secara kebetulan datang kekebunnya.
Apabila jin tersebut hendak menangkap dan membunuh petani tersebut, malaikat telah menghalangnya dan menangkap jin tersebut dan dicampakkan ditempat lain.
Kehadiran malaikat tersebut adalah kerana kebaikan sedekah yang telah dilakukan olehnya sebagai hikmah dan kebaikan yang besar.
Bersesuaianlah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Setiap hari dua malaikat akan turun ke bumi. Berkata salah seorang dari mereka: ‘Ya Allah gantikanlah harta orang yang bersedekah pada jalan-Mu.’ Berkata pula malaikat yang seorang lagi: ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang yang menahan hartanya daripada disedekahkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya, "Barangsiapa ingin do'anya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi menyelesaikan) kesulitan orang lain."
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Rasulullah saw bersabda maksudnya, “Berdekahlah walaupun segantang kurma, walaupun sebahagian dari segantang, walaupun segenggam kurma, walaupun sebiji kurma, walaupun separuh kurma. Barangsiapa yang belum mendapatkannya maka bersedekahlah dengan ucapan yang baik. Kerana sesungguhnya kamu akan menemui Allah dan Dia akan bertanya kepadamu: ‘Apakah Aku belum berbuat sesuatu untukmu? Apakah Aku belum menciptakan pendengaran dan penglihatan untukmu? Apakah Aku belum mengurniakan kepadamu harta dan anak? Kamu tentu akan menjawab: Tidak (semuanya sudah). Kemudian Allah SWT berfirman: ‘Lihatlah apa yang telah kamu lakukan pada dirimu. Kemudian ia akan melihat apa yang telah ia lakukan, ia melihat ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Maka saat itulah ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun yang dapat menjaga wajahnya dari api Neraka.”
AJAIBNYA BERSEDEKAH
Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan beberapa kebaikan bersedekah yang dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
Jika difikirkan sekali lalu seperti tidak logik bagaimana sedekah boleh berfungsi memainkan peranan dalam penyembuhan sesuatu penyakit, menolak bala dan sebagainya, tetapi ini bukanlah perkara mustahil.
Kita perlu ingat bahawa penyakit dan musibah itu datangnya daripada Allah SWT dan ubat serta penyembuhan semuanya datang daripada Allah SWT, maka jika bersedekah itu satu cara boleh meredakan kemurkaan Allah SWT maka ianya amat mudah bagi Allah untuk menyembuhkan sesuatu penyakit dan menghindarkan musibah itu.
Wallahu a'lam.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?
sumber: drhalimi

- Sedekah dapat meredakan kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Orang yang bersedekah akan mendapat perlindungan Allah di Padang Mahsyar.
- Pahala sedekah lebih berat timbangannya berbanding amal ibadah selama 60 tahun.
- Orang yang bersedekah akan mendapat pengampunan Allah SWT kerana dosa melakukan zina.
- Sedekah boleh mengubati penyakit fizikal.
- Sedekah boleh memanjangkan umur seseorang.
- Sedekah boleh melindungi bahaya dan musibah.
- Sedekah boleh menolak kematian yang buruk (su'ul khatimah)
- Sedekah boleh menghapuskan sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.
- Sedekah akan mendapat doa daripada malaikat rahmat.
- Sedekah boleh menyebabkan doa dimakbulkan Allah SWT dan bebas daripada kesulitan.
- Sedekah boleh menyelamatkan daripada seksaan api Neraka.