Thursday, February 08, 2018

Bersunat Adalah Kunci Kepada Hubungan Seks Yang Lebih Nikmat


Kajian baru yang dijalankan telah menemui fakta bahawa ketika lelaki disunat, seks menjadi lebih menyeronokkan. Pengkaji menyatakan, lelaki bersunat mengalami improvisasi tenaga. Sensasi pun turut berubah.

Bersunat Adalah Kunci Kepada Hubungan Seks Yang Lebih Nikmat

Kajian ini dilakukan di University of Chicago terhadap lebih daripada 360 lelaki selepas enam bulan dan 24 bulan selepas bersunat.

Hampir semua lelaki tersebut, 98 peratus, melaporkan berasa lega kerana bersunat. Sementara 95 peratus mengatakan, pasangannya lebih puas selepas pasangan lelaki bersunat. 67 peratus pula menikmati seks yang lebih baik setelah bersunat.

Hasil kajian juga menyatakan, 94 peratus lelaki sangat puas atau cukup puas dengan seks yang mereka perolehi, terutamanya masalah pada zakar seperti kegatalan yang terjadi dengan atau tanpa bersunat.

Dengan rawatan yang tepat, tidak ada perbezaan dalam menjaga kebersihan organ intim lelaki ini.

Walaupun masih ada peningkatan risiko jangkitan saluran kencing kepada yang tidak bersunat, khususnya bayi di bawah satu tahun, risiko itu masih lagi kurang dari satu peratus.

Bersunat merupakan prosedur bedah terancang tertua di dunia yang dilakukan dalam agama tertentu, khususnya Judaisme dan Islam. Sunat juga lazim dipraktikkan di kalangan masyarakat Afrika.

Mereka menyunat lelaki ketika mereka masih bayi, walaupun ada juga budaya yang menyunat anak lelaki sebagai tanda anak tersebut sudah menjadi remaja.

Sunat juga dipercayai mampu mengurangkan penularan HIV/AIDS dari wanita kepada lelaki sehingga 60 peratus.

Prosedur sunat berlangsung selama lebih kurang 30 minit yang bermaksud, orang yang disunat tidak perlu dirawat di hospital.

Bius adalah salah satu cara untuk menjalankan proses menyunat dan biasanya diberikan bius setempat.

Sunat memerlukan masa untuk pulih selama hampir empat hingga enam minggu dan di saat penyembuhan luka, lelaki tidak boleh melakukan onani atau melakukan hubungan seks.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

sumber: lelakisihat

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon