Sunday, February 04, 2018

Apa Perbezaan Mentega Dan Marjerin? Mana Yang Lebih Selamat Dimakan?


Seringkali ada segelintir orang yang keliru antara mentega dan marjerin. Jika dipandang sekali imbas, kedua-dua lemak ini memang karakternya hampir sama. Tetapi ternyata mempunyai perbezaan yang ketara jika digunakan dalam masakan.

Apa Perbezaan Mentega Dan Marjerin? Mana Yang Lebih Selamat Dimakan?

Artikel ini akan berkongsikan tentang perbezaan antara marjerin dan mentega. Ia menjelaskan secara lengkap apa bezanya antara marjerin dan mentega (butter).

APA ITU MARJERIN?

Marjerin adalah pepejal lemak lembut yang diproses daripada minyak tumbuhan seperti sawit.

Mula diperkenalkan oleh seorang ahli kimia Perancis Hippolyte Mege Mouriez atas permintaan Maharaja Louis Napoleon yang mahukan alternatif butter yang lebih murah bagi memberi makan kepada pasukan tenteranya.

Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran yang mempunyai ikatan kimia tidak tepu. Ia menjadikannya CAIR pada suhu bilik.

Antara minyak sayuran yang digunakan ialah minyak cottonseed, minyak safflower, minyak sunflower, minyak soya, minyak canola dan lain-lain minyak sayuran dari lemak tak tepu yang kebanyakannya dihasilkan negara barat.

Proses HIDROGENASI iaitu penambahan atom hydrogen menyebabkannya lebih likat dan menjadi pepejal. Terdapat Pengilang yang mencampurkan minyak sayuran dengan minyak kelapa sawit yang separa pepejal bagi mengelakkan proses hidrogenasi ini.

Cara lain bagi mengurangkan trans-fat di dalam marjerin dipanggil INTERESTERIFICATION.

Proses hidrogenasi ini menghasilkan TRANS-FAT antara sumber makanan penyumbang utama kepada masalah sakit jantung.

Trans Fat

Meningkatkan kandungan kolesterol “jahat” LDL jenis kecil dan padat yang menyendat di dalam saluran jantung dan pembuluh darah lain dalam badan anda.

Mengurangkan kolesterol “baik” HDL yang berfungsi mengurangkan radang dan memberi perlindungan kepada jantung dan kesihatan menyeluruh.

Antara bahaya lain trans-fat:
  • Kanser
  • Kencing Manis
  • Obesiti
  • Gangguan Imuniti Badan
  • Kesuburan dan Gangguan Hormon Seks
  • Pengurangan Susu Badan

Pembesaran dan Perkembangan Kandungan (Trans fat mampu menyeberangi placenta dan menjadi makanan bayi)

Dengan kajian dan bukti saintifik yang sangat solid, bahayanya diakui sendiri oleh mana-mana saintis dan pengamal kesihatan di dunia ini yang siuman.

Dengan meningkatnya kebimbangan berkenaan bahaya trans-fat di dalam makanan, pengeluar minyak-minyak sayuran ini menjadi lebih bimbang.

Pada tahun 1970an, Para saintis daripada syarikat gergasi yahudi UNILEVER berjaya mencipta proses ENZYMATIC INTERESTERIFICATION untuk mengurangkan trans fat di dalam marjerin.

Enzymatic Interesterification (IE)

IE merupakan satu proses mengalihkan molekul lemak minyak dalam campuran minyak tinggi trans fat dan minyak sayuran.

Hasilnya, hanya sedikit minyak trans diperlukan untuk menghasilkan marjerin dan Ia juga lebih stabil untuk masakan.

Adakah Minyak IE merupakan pilihan marjerin yang lebih sihat? Berdasarkan kajian tempatan oleh Malaysian Palm Oil Council MPOC yang diketuai Dr Kalyana Sundram:

Selepas pengambilan selama 4 minggu, minyak IE:
  • Meningkatkan paras gula darah sebanyak 20%
  • Mengurangkan insulin sebanyak 10% (insulin mengawal paras gula, hormone tumbesaran dll)
  • Mengurangkan kolesterol baik HDL.
  • Meningkatkan kolesterol spesis TRIGLYCERIDE.

Prosesnya juga menggunakan pemangkin yang sangat toksik seperti sodium methoxide ataupun monoxide.

Walaupun ia dinyahkan kemudiannya namun kandungan lebihan bahan toksik pemangkin dan hexane mempunyai kemungkinan masih tertinggal di dalam campuran minyak.

Makanan lain yang selalunya tinggi minyak TRANS dan minyak IE:
  • Marjerin dan shortening.
  • Ubi kentang, ayam goreng .
  • Donut, waffles.
  • Biskut dan pastri.
  • Makanan rapu seperti potato chips
  • Makanan proses seperti cereal dan nestum.

Dan percayalah, kebanyakan minyak yang digunakan terutamanya masakan di luar selalunya dikitar semula berkali kali menyebabkannya rosak dan sudah tentunya memudaratkan kesihatan.

Alternatifnya, butter merupakan pilihan yang lebih sihat pada pendapat peribadi saya. Lemak tepu dan kolesterolnya? Kenapa dipersetankan kolesterol dan lemak tepu yang terdapat secara semulajadi dicipta tuhan?

Sainsnya juga goyah dan banyak kajian yang membuktikan bahawa KOLESTEROL DAN LEMAK TEPU SANGAT PENTING UNTUK KESIHATAN.

Di samping butter, minyak kelapa asli (bukan proses -non RBD) dan minyak zaitun(extra virgin) juga merupakan minyak yang sangat sihat.

Minyak kelapa, butter, minyak haiwan juga mengandungi minyak tepu tinggi yang lebih tahan suhu tinggi berbanding minyak tidak tepu yang cepat rosak.

Di samping itu, makanan asli juga mengandungi khasiat dan zat asli yang bukan ditokok tambah secara sintetik bagi bahan itu “sihat”.

Makanan tinggi proses sebaliknya lebih susah dicerna dan “difahami” sistem pencernaan badan menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti kerosakan dan “kebocoran perut”, masalah metabolik dan sebagainya.

Dalam kes Marjerin Vs Butter ni, saya lebih percaya lembu berbanding ahli kimia marjerin.

APA ITU MENTEGA?

Mentega merupakan produk industri susu kerana bahan utama pembuatannya berasal daripada lemak haiwan atau susu (80-82 peratus) yang diproses menjadi pepejal lemak.

Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air.

Mentega mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan enak kerana itulah harganya sedikit mahal.

Kita boleh membezakan daripada warnanya. Warna mentega kekuningan pudar manakala marjerin warnanya kuning pekat. Di pasar raya mentega akan dibalut dengan bungkusan aluminium atau kertas dan dijual di bahagian sejuk dingin.

Ciri-ciri mentega adalah ia mempunyai aroma yang kuat dan tajam. Walaupun mentega juga boleh dicairkan dan dijadikan minyak untuk menumis dan menggoreng kacau, namun ia lebih sesuai untuk kek dan biskut.

Terdapat dua jenis mentega yang dijual iaitu yang bergaram dan tanpa garam.

Jika menggunakan mentega yang bergaram anda tidak perlu lagi meletakkan garam dalam kek atau biskut. Tetapi terpulanglah kepada anda jika mahu juga menambahkan garam, tetapi jangan berlebihan.

Mentega tanpa garam lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Tetapi jika menggunakan mentega tanpa garam anda mempunyai pilihan untuk meletakkan garam mengikut sukatan yang anda suka dalam produk bakaran anda.

Apa pun terpulanglah kepada anda untuk memilih jenis mentega mengikut kesesuaian makanan yang ingin anda sediakan.

Sebenarnya menggunakan mentega asli dan segar membuatkan anda berasa puas hati dengan hasil bakaran. Mentega dapat menambah isipadu kek dan biskut selain dapat memberi rasa lemak dan lazat.

Kek yang menggunakan mentega pasti menjadi lembut dan gebu. Jika digunakan dalam biskut pula ia akan menghasilkan rasa rangup pada biskut.

Kelebihan seterusnya jika menggunakan mentega asli, aroma yang dihasilkan menjadi harum dan meningkatkan selera kita untuk menikmatinya.

Aroma yang wangi dan semerbak itu membuatkan ramai yang memilih untuk menggunakan mentega dalam masakan.

Walaupun harga mentega asli sedikit mahal terutamanya mentega tanpa garam tetapi apa salahnya menggunakannya jika hasilnya harum dan sedap.

Mentega adalah produk yang tidak tahan pada suhu panas. Ia mudah mencair berbanding dengan marjerin yang lebih tahan pada suhu persekitaran yang panas.

Jadi, sebaiknya anda perlu menyimpan mentega dalam peti sejuk supaya jangka hayatnya boleh tahan untuk beberapa bulan. Berikut adalah beberapa tip dalam kita memilih dan menggunakan mentega.

Pertama pilih mentega yang masih baik bungkusannya Jangan membeli mentega yang sudah terkoyak bungkusannya.

Elakkan menggunakan mentega yang sudah naik cendawan atau mempunyai bintik-bintik hitam. Jika anda tidak habis menggunakan mentega simpan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

Jangan dibiarkan ditempat yang panas atau terdedah pada cahaya matahari kerana ia mudah mencair.

Jika anda ingin menggunakan mentega untuk membuat kek atau biskut sebaiknya anda biarkan ia lembut dan barulah dipukul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Rahsia Cara Penyediaan Makanan Sihat Ketika Memasak

sumber: bidadari | utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon