Sunday, February 25, 2018

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia


Meminati sesebuah kumpulan atau ahli muzik bukanlah perkara pelik tetapi sesetengah daripada mereka ternyata memang lain daripada yang lain. Dan kerana itulah menjadikan mereka istimewa.

Walaupun banyak kumpulan penghibur yang terkenal di dunia, namun kehadiran ahli-ahli muzik ini memberi kelainan kepada dunia nyanyian yang sedia ada oleh kerana ;misteri’ yang menyelubungi kewujudan mereka.

Sekurang-kurangnya mereka menampilkan kelainan menjadikan usaha mereka sewajarnya dipuji.

Mari kita ikuti kisah 9 ahli muzik paling misteri di dunia:

1. Ghost

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Ghost merupakan kumpulan rock kultus yang menyanyikan lagu-lagu memuji syaitan. Ini tidaklah terlalu pelik kerana Sweden memang mempunyai ramai kumpulan rock yang mengagungkan syaitan; tetapi apa yang misterinya adalah keenam-enam ahlinya masih belum diketahui identiti mereka!

Mereka hanya dikenali sebagai “nameless ghouls” atau “momok tak bernama” sehingga ke hari ini.

2. Tupac Shakur

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Rapper terkenal ini telah meninggal dunia selama lebih 20 tahun namun peminatnya masih belum dapat menerima kenyataan kerana Tupac dikatakan telah dilihat di Cuba dan di Barbados.

Namun, selain beberapa keping gambar yang kurang jelas, tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan dia benar-benar belum mati.

Malah, kenapa dia dibunuh masih lagi menjadi persoalan misteri sehingga ke hari ini.

3. Richey Edwards

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Jika anda peminat Manic Street Preachers, anda pasti sudah sedia maklum dengan misteri kehilangan Richey Edwards, gitaris dan penulis lirik kumpulan itu.

Kisah bermula apabila Richey pulang ke kampung halamannya di Blackwood, United Kingdom.

Namun, dia tidak kembali semula ke Amerika Syarikat dan menghabiskan masa 2 minggu di sana sebelum ‘lenyap’ daripada muka bumi pada usia 27 tahun.

Selepas 13 tahun mencarinya, akhirnya Richey diumumkan telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, ahli kumpulannya masih membayar 25% daripada hasil pendapatan mereka ke dalam akaun banknya, kerana percaya dia masih hidup.

4. Giuseppe Tartini

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Giuseppe merupakan penggesek biola yang lahir pada tahun 1692. Dia juga merupakan salah seorang daripada pemilik terawal biola Stradivarius yang amat terkenal di kalangan pencinta alat muzik tersebut.

Beberapa tahun sebelum kematiannya, dia telah bermimpi berjumpa Iblis, yang memainkan sebuah lagu kepadanya menggunakan biola.

Pada keesokan paginya, Giuseppe menulis kembali melodi yang didengarinya dan nota-nota muzik itulah yang mencipta lagu Sonata in G Minor atau lebih dikenali sebagai The Devil’s Song (Lagu Iblis).

Lagu tersebut dikatakan begitu kompleks dan tidak mampu dimainkan oleh sesiapa pun dan menurut legenda, hanya mereka yang telah menjual rohnya kepada Iblis sahaja yang boleh memainkan lagu itu dengan baik.

5. Elvis Presley

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Elvis telah lama meninggalkan dunia namun sama seperti Tupac, peminatnya masih belum dapat menerima kenyataan.

Terdapat beberapa saksi yang bersumpah telah menemui Elvis masih hidup dan sihat walafiat di serata AS.

Ada juga yang mengandaikan Elvis sebenarnya telah diculik oleh makhluk asing!

6. Robert Johnson

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Robert merupakan ahli ‘Kelab 27’ – iaitu sekumpulan ahli muzik terkenal yang meninggal dunia pada usia tersebut. Legenda blues ini mati akibat keracunan pada tahun 1938.

Kisah bagaimana Robert tiba-tiba mahir bermain gitar dikatakan bermula apabila dia telah ‘berjumpa’ dengan Iblis ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurut cerita itu lagi, Iblis dikatakan membetulkan tune gitar Robert dan ‘merahmati’nya dengan bakat bermain gitar, sekali gus menjadikan dia begitu mahir memainkan alat muzik itu secara serta-merta!

7. Syd Barrett

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Syd Barrett terkenal menerusi pembabitannya dengan kumpulan rock Pink Floyd dan selepas satu insiden yang pelik semasa membuat persembahan, separuh daripada wajah Syd mula ‘mencair’.

Dia kemudiannya meninggalkan Pink Floyd dan menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Stars.

Kumpulan barunya tidak semahsyur Pink Floyd, namun album-album mereka mempunyai misteri yang belum dapat dirungkai sehingga kini.

Dalam lagu Two Little Towers, Syd menyanyikan tentang menara yang roboh pada tahun 2001.

Selain itu, dia juga meramalkan tahun kematiannya dengan tepat iaitu pada 2006.

8. Jimmy Page

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

Jimmy Page merupakan gitaris bagi kumpulan rock terkenal, Led Zeppelin dan dikatakan telah melakukan perjanjian dengan Iblis.

Malah, tiga ahli Led Zeppelin yang lain turut dikatakan telah membuat perjanjian dengan makhluk itu.

Ada yang mengatakan lagi hit mereka, Stairway to Heaven dikatakan mempunyai mesej tersembunyi memujuk pendengarnya memuja Iblis jika lagu itu dimainkan secara terbalik.

9. David Bowie

9 Pemuzik Paling Misteri Di Dunia

David Bowie telah menggunakan pelbagai nama dalam karier muziknya termasuklah The Fallen Star, Ziggy Stardust dan The Man Who To Earth.

Oleh kerana imejnya yang pelik serta persona yang kelihatan seperti bukan berasal daripada dunia ini, ada yang membuat spekulasi bahawa Bowie sebenarnya makhluk asing yang datang ke Bumi daripada angkasa lepas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon