Bercakap mengenai empayar Aztec yang pernah berdiri kira-kira 500 tahun yang lalu, sebelum jatuh tersungkur di kaki penjajah Sepanyol, adalah satu yang tidak dapat dilupakan adalah tentang budaya pahlawan yang memang menjadi salah satu tiang peradaban mereka.
Sebagai seorang pencandu sejarah, sejarah budaya kepahlawanan Aztec adalah sama menarik dengan budaya kepahlawanan masyarakat Jepun, Sparta dan juga Knight Templar itu sendiri.
1. Pahlawan Aztec Tidak Membunuh Musuh Mereka
Bagi masyarakat Aztec, membunuh musuh di medan tempur adalah tanda bahawa kecuaian seorang pahlawan.
Masyarakat Aztec percaya menangkap musuh hidup-hidup di medan perang adalah tanda kehebatan seorang pahlawan, bahkan pangkat seorang pahlawan Aztec juga akan dinaikkan dikira dengan kemampuan mereka menangkap musuh hidup-hidup di medan perang.
2. Pahlawan Aztec Mengorbankan Tawanan Perang Mereka Atas Nama Agama
Masyarakat Aztec merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai sistem kepercayaan yang sangat kuat.
Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan yang jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu ini, yang mereka sembah memerlukan pengorbanan darah. Sebab itu menangkap seorang musuh di medan tempur adalah sangat penting.
Amalan ini mengingatkan pada satu ritual masyarakat Aztec yang terkenal yang dipanggil sebagai Xochiyaoyotl atau maksudnya ialah Perang Perang Bunga.
Nama dengar macam indah, tetapi realitinya ialah sebaliknya.
Ritual ini melibatkan perjanjian antara Aztec dan kerajaan dan kampong kecil disekitar empayarnya, dan setiap kampung akan menghantar pahlawan-pahlawan mereka untuk bertanding dan bertempur dengan pahlawan Aztec.
Mereka yang kalah tidak akan dibunuh ketika itu, tetapi dibawa ke Aztec dan akan dikorbankan untuk tuhan orang Aztec.
Biasanya ritual pengorbanan ini melibatkan seorang mangsa untuk dibawa ke atas puncak piramid.
Pendeta Aztec yang mengendalikan upacara pengorbanan akan membuat satu potongan di bahagian rusuk mangsa, lalu dari potongan itu, pendeta akan memasukkan tangannya melalui potongan itu dan mencari jantung mangsa lalu merentap hidup-hidup ketika ia masih lagi berdenyut.
Jantung akan dibuang ke dalam api yang sedang marak membakar manakala tubuh pula ditendang jatuh melalui setiap tangga piramid.
3. Senjata-Senjata Aztec Yang Menggerunkan
Ketika dunia mengenali cara untuk mengendalikan kuda dan juga teknologi tempa besi termasuklah tamadun Melayu, betapa sebenarnya Aztec dan bahagian lain di Mesoamerika tidak mengenali teknologi tempa besi.
Teknologi yang wujud di Aztec dan Mesoamerika ialah teknologi Gangsa.
Orang Mesoamerika hanya mula mengorek besi pada sekitar 800-900 Masihi dan hanya mula bekerja dengan gangsa ialah pada sekitar 1100 Masihi, dan ia adalah fasa yang agak ketinggalan berbanding peradaban lain di dunia.
Untuk rekod, orang Melayu mula bermain dengan teknologi besi ialah pada 500 SM sekurang-kurangnya.
Namun, ia bukanlah bermaksud Aztec adalah peradaban yang picisan kerana kelebihan peradaban mereka adalah pada ilmu seperti astronomi dan pembinaan kota mereka yang hebat.
Namun, bukanlah bermaksud senjata orang Aztec tidak cukup menggerunkan.
Perkenalkan kepada anda Machuahuitl yang bermaksud “kayu yang kelaparan.” Ya, anda boleh berspesikulasi kayu tersebut hauskan darah.
Kayu ini adalah senjata pada setiap sisinya dipasang batu-batu tajam gunung berapi.
Keupayaan senjata orang Aztec ini dikatakan sangat membunuh sehingga kalau dihayunkan pada leher seekor kuda, dengan kekuataan tertentu, boleh membelah leher kuda itu.
Selain itu, senjata yang terkenal di Aztec dan hanya mampu digunakan oleh pahlawan elit mereka ialah Atlatl yang merupakan lembing, tombak rejam.
Senjata ini amat sukar untuk dikawal, namun sangat menakutkan kerana capaian jaraknya ialah lebih 130 meter jauhnya.
4. Setiap Anak Lelaki Di Aztec Akan Dilatih Menjadi Pahlawan
Latihan untuk seorang anak kecil di Aztec bermula seawal usia 5 tahun. Ia tidak terus bermula sebagai seorang pahlawan, tetapi membuat kerja buruh seperti membawa bekalan makanan yang berat, mengendalikan sampan dan menjadi nelayan di tasik Texcoco.
Kecuaian atau kelemahan dalam melakukan kerja ini akan menerima hukuman seperti sebatan dan disengat dengan duri pokok Agave.
Bahkan, mereka juga mungkin menerima hukuman seperti mata mereka akan diasapkan dengana sap pedih yang dihasilkan daripada lada cili.
Pada usia 13, mereka akan dihantar ke pusat pemerintahan Aztec sendiri untuk belajar membaca dan menulis, selain diajarkan ilmu lain seperti astronomi dan membaca kalendar.
Hanya pada usia 15 tahun, barulah mereka belajar berlawan dengan pahlawan Aztec yang lebih veteran.
Sekolah yang mengendalikan dikenali sebagai Telpochocalli dan Calmecac.
5. Perayaan Bangsa Pahlawan
Setiap anak muda di Aztec hanya akan diperkenalkan dengan amalan berlawan sebenar dalam perayaan mereka dalam meraihkan Dewa Ribut iaitu Tlaloc dan juga Dewa Perang bernama Xipe.
Amalan gladiator selain di Rom, juga wujud di Aztec. Ada sebuah amalan di mana melibatkan tawanan perang berpangkat tinggi akan berlawan melindungi diri mereka daripada pahlawan Aztec yang lengkap bersenjata dan memakai perlindungan.
Dalam masa yang sama juga, setiap pelajar dari sekolah yang mengajar anak Aztec bertempur seperti pahlawan, digalakkan untuk terlibat dalam perlawanan acah-acah antara setiap pelajar yang lain, dan biasanya pemenang akan menerima hadiah.
6. Pangkat Setiap Pahlawan
Tentera Aztec mempunyai tiga pangkat utama dalam pasukan mereka. Dan setiap pangkat ini diukur pada kemampuan mereka menangkap musuh dalam pertempuran hidup-hidup.
Cuauhtlocelotl (Pahlawan Helang-Jaguar) – Pahlawan ranking tinggi dalam masyarakat Aztec.
Pahlawan dalam kelas Aztec yang mencapai pangkat ini akan menerima pelbagai manfaat seperti memakai pakaian dan emas yang cantic-cantik, memakai kain sutera, makan di istana, meminum alcohol kelas tinggi dan sudah tentu, memakan daging manusia!
Otontin, Otomies – Untuk mencapai pangkat yang lebih atas daripada Pahlawan Helang Jaguar, seorang pahlawan Aztec itu harus menangkap lima atau 6 orang musuh hidup-hidup di medan perang.
Setiap pahlawan yang mencapai pangkat ini akan diberikan senjata Kayu Kelaparan (maquahuitl) dan juga perisai yang diukir padanya empat jenis bulan sabit.
Mereka dibenarkan memakaikan pada rambut mereka sejenis rambu yang diikat dengan riben merah.
Cuauhchicqueh – Ini ialah pangkat tertinggi dalam kelas pahlawan di Aztec.
Mereka harus menangkap lebih kurang 20 orang tawanan perang dan sebaik sahaja mencapai tahap ini, seorang cuauhchicqueh tidak dibenarkan untuk sesekali berundur dari medan perang.
7. Pahlawan Aztec Memakai Pakaian Berbentuk Haiwan Ketika Berperang
Seorang pahlawan Aztec biasanya memakai kostum yang berbeza antara satu sama lain.
Sebagai contoh, pahlawan Jaguar dan pahlawan Helang walau pada pangkat dan peranan yang sama, mereka memakai pakaian yang berbeza.
Seorang pahlawan Helang akan membalut tubuh merek adengan bulu pelepah dan memakai pelindung kepala yang diperbuat dari kayu yang membuatkan kepala pahlawan Aztec seperti keluar dari paruh seekor helang.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber thepatriots
Gambar hiasan.

- Geronimo Legenda Pahlawan Puak Apache Yang Menggerunkan Amerika Dan Mexico
- Fakta Sebenar Tentang Viking Yang Anda Tidak Tahu
- Misteri Kalendar Suku Kaum Aztec
sumber thepatriots