Majoriti penderma darah melakukannya kerana nak bantu orang lain dan sekali anda menderma darah, anda mungkin dapat menyelamatkan sehingga 3 nyawa. Bayangkan jika anda menderma secara berterusan, pasti lebih banyak nyawa yang mungkin anda selamatkan.
Pun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang belum pernah menderma darah. Mungkin mereka tidak pernah terfikir tentangnya atau takut pada jarum menjadi faktor utama.
Dan mungkin ramai yang masih tidak tahu betapa banyaknya kelebihan boleh diperolehi dengan menderma darah.
Berikut adalah 12 Kelebihan dan Manfaat Menderma Darah Yang Anda Wajib Tahu.
1. Anda boleh menyelamatkan nyawa
Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekali gus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima.
2. Lebih mengetahui darah anda
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita.
Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
4. Penyakit kronik
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit.
Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten.
Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?
5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
6. Mudah dan selamat
Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
7. Meneruskan kehidupan normal
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon-hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
8. Mengurangkan risiko strok otak
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!
9. Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
10. Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
11. Kepuasan
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
12. Menjadi lebih produktif dan berkesan
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48-72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar.
Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
Jom derma darah.
BACA INI JUGA:
sumber: sobriyaacob

- Kenapa Kita Perlu Dan Patut Menderma Darah?
- Sambutan Hari Derma Darah Sedunia, World Blood Donor Day
sumber: sobriyaacob