Republik Rwanda terletak berdekatan Afrika Tengah, bersempadan dengan Burundi, Uganda, Tanzania dan Republik Demokratik Congo adalah sebuah negara kecil manakala ibu negaranya adalah Kagali.
Rakyat Rwanda terdiri daripada tiga etnik, 85 peratus adalah etnik Hutu, 14 peratus etnik Tutsi dan selebihnya etnik Twa, penduduk peribumi.
Pada zaman dahulu, Rwanda mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan tidak wujud masalah dari segi perbezaan etnik. Semuanya dianggap sama rata malah, setiap etnik mengamalkan budaya yang hampir sama.
Perkahwinan campuran etnik juga adalah perkara biasa.
Tetapi, antara kurun ke 18 hingga ke 19, pemerintahan Rwanda dikuasai oleh raja dari kalangan etnik Tutsi.
Sel barah mula memecahkan perpaduan kaum semasa pemerintahan Raja Mwami Kigeri (1853-1895).
Konflik mula timbul apabila sistem kasta diwujudkan berasaskan pemilikan ternakan dan tanah.
Sistem kasta diwujudkan kerana dikatakan etnik Tutsi berasal dari keturunan Caucusoid yang lebih berjaya dan bertamadun, sedangkan etnik Hutu berasal dari keturunan kulit hitam golongan hamba abdi.
Pendek kata, Raja Mwami mengangkat etniknya sebagai kaum yang tinggi kastanya sedangkan etnik Hutu disifatkan sebagai bangsa yang lemah dan kelas bawahan.
Disinilah bermulanya perpecahan perpaduan kaum di Rwanda.
Apabila sistem pemerintahan beraja tamat dan diganti dengan kedatangan penjajah, sistem perbezaan kasta masih diteruskan.
Ketika Belgium menjajah Rwanda, mereka meninggalkan dasar pengelasan terhadap kedua-dua etnik ini.
Etnik Tutsi diberi pelbagai jawatan dan pelbagai keistimewaan, sedangkan etnik Hutu disifatkan sebagai golongan kerahan tenaga. Mereka tetap dipandang sebagai kelas bawahan.
Keadaan ini semakin mencambahkan barah perkauman yang sudah sedia wujud. Etnik Hutu mula menyimpan dendam terhadap etnik Tutsi.
Ditambah pula apabila penjajah memperkenalkan sistem kad pengenalan pada tahun 1933 untuk memudahkan proses mengenal antara etnik Hutu dan Tutsi, yang sebenarnya adalah untuk tujuan diskriminasi.
Dengan kad ini, ia memudahkan kolonial untuk menyisihkan etnik Hutu daripada sistem pentadbiran, sehingga mengakibatkan ketidakseimbangan sosial, politik dan ekonomi antara kedua-dua kaum.
Kemerdekaan
Awal tahun 1960an, gelombang kemerdekaan tersebar di benua Afrika untuk menentang penjajahan. Pengaruh ini turut membuatkan rakyat Rwanda bangkit menuntut kemerdekaan dari Belgium.
Dan kerana ditentang etnik Tutsi, penjajah beralih arah memberi sokongan kepada etnik Hutu, lantas menyemarakkan lagi permusuhan antara kedua-dua etnik ini.
Kematian pemimpin politik etnik Hutu bernama Dominique, mencetuskan perang antara kedua-dua etnik pada penghujung tahun 1959.
Etnik Hutu bertindak membunuh kaum Tutsi. Ribuan orang terkorban dan kebanyakan etnik Tutsi melarikan diri ke negara jiran.
Pada 1 Julai 1962, Rwanda mencapai kemerdekaan. Parti pimpinan etnik Hutu mendapat mandat kuasa memerintah Rwanda.
Kemerdekaan yang sepatutnya menjadi peluang untuk semua kaum untuk bersatu, perkara sebaliknya yang berlaku.
Sentimen kebencian terhadap etnik Tutsi disemai semasa pentadbiran Presiden Gregoire Kayibanda yang memegang tampuk kuasa dari tahun 1961 sehingga 1973.
Gregoire Kayibanda memainkan ideologi rasis dan melakukan pelbagai propaganda untuk meningkatkan kebencian terhadap etnik Tutsi.
Apabila Presiden Juvenal Habyarimana mengambil alih tampuk pemerintahan, perang saudara antara etnik Hutu dan Tutsi meletus pada tahun 1990.
Namun, pada Ogos 1993, perjanjian perdamaian dimeteri antara pihak kerajaan dan puak pemberontak Tutsi, menandakan sengketa antara kedua-dua etnik mulai reda.
Sebuah piagam ditandatangani menyatakan, sistem pemerintahan Rwanda tidak boleh lagi terus dikuasai oleh kaum Hutu seratus peratus.
Malangnya, perjanjian itu hanya sekadar sekeping kertas yang tidak membawa sebarang makna.
Penghapusan Bangsa Tutsi
Pada 6 April 1994, sebuah pesawat yang membawa Juvenal Habyarimana dan Cyprien Ntar, Presiden Burundi (negara jiran Rwanda) ditembak lalu terhempas, mengorbankan kedua-dua pemimpin tersebut.
Insiden inilah yang akhirnya menjadi pencetus kepada Genosid, pembunuhan dan pembantaian untuk menghapuskan suatu bangsa!
Kematian Presdien Juvenal Habyarimana dari suku Hutu dijadikan asbab untuk etnik Hutu bertindak.
Hanya sehari selepas insiden pesawat terhempas itu, laungan sentimen anti Tutsi meletus.
Warga Hutu keluar ke jalanan, mencari sesiapa sahaja etnik Tutsi lalu membunuh mereka, tidak kira lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Etnik Tutsi ditikam, disembelih dan dikerat sewenang-wenangnya.
Golongan wanita etnik Tutsi juga dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.
Dalam masa sehari, Rwanda dipenuhi mayat bergelimpangan di merata tempat. Negara bertukar menjadi neraka yang mengerikan.
Ratusan ribu rakyatnya terutama etnik Tutsi terpaksa melarikan diri, mencari perlindungan ke negara jiran.
Keadaan ngeri ini berterusan selama 100 hari dan dianggarkan antara 800 ribu sehingga sejuta nyawa terkorban, kebanyakannya adalah etnik Tutsi.
Banyak mayat bukan saja terbiar di jalanan, malah ada yang dicampak ke dalam sungai.
Dalam tempoh seratus hari itu, secara purata hampir dua ribu nyawa melayang setiap hari.
Kem-kem pelarian disempadan negara jiran juga dipenuhi mayat bergelimpangan yang mati diserang wabak penyakit dan kebuluran.
Kawasan pergunungan Gisozi menjadi antara tempat perkuburan paling besar dengan lebih 250 ribu mayat rakyat tidak berdosa dikubur disitu.
Ketika rakyat Rwanda dibunuh, dunia ketika itu hanya berdiam diri. Hanya pada 14 Julai 1994, barulah pembantaian ini berakhir apabila Barisan Patriotik Rwanda (RPF) berjaya menawan bandar Kagali daripada puak pemberontak Hutu.
Tamatnya perang, rakyat Rwanda mula bangkit dan belajar daripada kesilapan lalu untuk membina semula negara yang telah musnah akibat sengketa etnik.
Kerajaan pasca baru selepas episod hitam menghapuskan semua sistem lama dan mewujudkan sistem pemerintahan baru yang menyeimbangkan kepentingan semua kaum.
Perlembagaan baru diperkenalkan untuk mengikat perpaduan kaum di Rwanda, manakala tribunal khas ditubuhkan bagi menyiasat dan menangkap individu yang memainkan peranan yang mencetuskan Genosid.
Bahayanya Isu Perkauman
Lihatlah, betapa krisis perkauman telah memusnahkan sebuah negara sekelip mata. Sikap rasis yang ditanam akhirnya menjadi barah yang merebak dan menghancurkan.
Begitu juga ahli-ahli politik dan pemimpin di mana-mana negara tidak seharusnya memainkan isu perkauman demi kepentingan diri, kerana tiada siapa pun mahu sejarah hitam di Rwanda malah di Myanmar saat ini menimpa negara tercinta.
Marilah bersama menghargai keamanan yang ada.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya
-SENTIASAPANAS.COM

Presiden Juvenal Habyarimana.