Thursday, January 04, 2018

Maksud Mimpi Suami Kahwin Lagi


Assalaamualaikum. Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain dan setiap kali mimpi ia seperti kejadian yang benar-benar berlaku.

Saya menangis hingga ke pagi dan apabila saya bangun dari tidur, air mata serta sedu masih ada. Saya sangat takut jika kejadian itu benar-benar berlaku.

Maksud Mimpi Suami Kahwin Lagi

JAWAPAN

Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

Sebelum ini ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain dan tafsir yang diberikan ialah suaminya bakal mendapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

Dalam mimpi ini, saya sudah cuba mentafsirkan erti mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.

Atau, jika kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Bermimpi Kematian Sendiri

sumber: ikhtiarmuslim

2 comments

  1. Assalamualaikum... sekadar ingin bertanya tentang mimpi sy...
    1) mimpi seorang gadis bersama ayahnya.. sedang berdiri ditepi sawah..
    2) mimpi sy dalam perjalanan ke rumah seorang gadis dengan seorang kawan rapat sy dengan menaiki kereta.. diperjalanan terjumpa seorang lagi kenalan sy...
    3) mimpi sy hampir ditembak dengan senapang tetapindtg seorang gadis menyelamatakan sy disaat2 akhir..
    4) mimpi gadis duduk disatu tempat menunggu kedatangan sy..
    5) sy telah berdoa meminta dr Allah utk beri petunjuk sama ada kesemua mimpi sy tersebut adalah gadis yg sama... dan sy telah bermimpi gadis tersebut juga..
    6) sy bermimpi sedang berbual dengan kenamaan dan tiba2 dpt perkhabaran ibu kenamaan tersebut telah meninggal dunia..
    *mimpi 1-5 adalah gadis yang sama
    *mimpi 2,3,4 berturutan setiap malam..
    *mimpi 5-6 adalah disatu malam yang sama..
    *kebanyakan mimpi berlaku sebelum saya bangun tahajud atau subuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada seorang gadis meminati anda dalam diam. :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon