Seorang lelaki Muslim berusia 50 tahun dari Uganda menjadi tajuk berita utama di seluruh Afrika bulan Disember 2017 lepas apabila berkahwin dengan tiga wanita dalam satu majlis disebabkan tidak mampu untuk berkahwin secara berasingan.
Mohammed Ssemanda yang bekerja sebagai penjual makanan dari bandar Katabi, di daerah Wakiso, Uganda, mencetuskan kejutan ketika dia muncul bersama tiga wanita, kesemuanya memakai gaun pengantin putih dalam satu majlis pernikahan.
Dia memberitahu pemberita bahawa semua isterinya tahu bahawa dia mempunyai masalah kewangan, tetapi mereka semua tetap bersetuju untuk bernikah dengannya kerana cinta.
Lelaki itu menambah bahawa ketiga-tiga wanita itu tidak cemburu antara satu sama lain dan tahu bahawa dia akan bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka.
"Isteri-isteri saya tidak cemburu antara satu sama lain. Sudah cukup baik, masing-masing telah mempunyai sebuah rumah dan saya berjanji untuk bekerja lebih keras dan menyara mereka," katanya sambil menambah dia memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan tunggal kerana tidak mampu menanggung kos tiga majlis perkahwinan berasingan.
Pengantin perempuannya, Salmat Naluwugge, 48, Jameo Nakayiza, 27, dan Mastulah Namwanje, 24 tahun, sangat gembira semasa upacara itu dan nampaknya tidak bermasalah dengan perhatian yang diberikan.
Menariknya, Nalagange telah berkahwin dengan Ssemanda 20 tahun yang lalu, jadi ini hanyalah majlis memperingati perkahwinan mereka.
Pasangan ini mempunyai lima anak.
Dan, dua wanita lain yang dikahwininya sebenarnya bersaudara, dan juga mempunyai anak sendiri.
Ditanya bagaimana perasaannya tentang perkahwinan 3-dalam-1 ini, Naluwugge memberitahu Uganda Vision, "Saya berterima kasih kepada suami saya kerana berkahwin dengan kami bertiga sekaligus, ia menunjukkan dia tidak akan mendiskriminasi atau pilih kasih antara kami bertiga."
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Lelaki Palembang Kahwini Dua Wanita Sekaligus Gemparkan Indonesia
sumber: mstar