Friday, January 26, 2018

Nike Perkenal Koleksi Khas Sempena Persaraan Ronaldinho


Sebagai menghargai jasa 20 tahun Ronaldinho yang baru-baru ini mengumumkan persaraan beliau dari sukan bola sepak, Nike telah menghasilkan dua model TiempoX khas bagi memperingati legenda Brazil ini.

Ronaldinho TiempoX Finale 10Rs

Model TiempoX Finale 10Rs akan hadir dengan warna ‘Porto Alegre’ dan ‘Paris’ sebagai rujukan untuk dua kelab yang pernah beliau wakili, Gremio FC dan Paris Saint-Germain.

Ronaldinho TiempoX Finale 10Rs

Terdapat juga tulisan pada lidah kasut ini dengan ayat ‘Saya bermain bola sepak dengan muzik di dalam minda’ dalam bahasa negara untuk setiap model.

Ronaldinho TiempoX Finale 10Rs

Lukisan ‘shaka hand’ turut dicetak pada bahagian dalam kasut sebagai tribute kepada celebration Ronaldinho selepas menghasilkan gol.

Ronaldinho TiempoX Finale 10Rs

Kasut ini sudah boleh dibeli di laman Nike dan mungkin sudah berada di butik Nike terpilih seluruh dunia dengan harga pasaran USD95 (+-RM370).

Ronaldinho TiempoX Finale 10Rs

Selamat berehat, legenda.

Nike Hasilkan Kasut Edisi Khas Untuk Peminat Setia PlayStation

Nike Perkenal Koleksi Khas Sempena Persaraan Ronaldinho

Sementara itu, Nike juga telah menghasilkan satu kasut khas untuk die-hard fan konsol permainan terkemuka dunia, PlayStation.

Menerusi model Nike PG2, dapat dilihat logo ‘PS’ terpampang di bahagian lidah kasut ini.

Model Nike PG2 ini adalah model kasut terbaru untuk pemain bola keranjang Paul George.

Paul merupakan peminat setia konsol PlayStation dan Paul mahukan model terbaru beliau mengambil inspirasi daripada konsol PlayStation ini sendiri.

Nike PG2 ‘PS2’ ini hadir dengan tapak Zoom Air untuk keselesaan memakai kasut ini ketika berada di dalam gelanggang.

Bukan itu sahaja, perincian yang diambil dari PlayStation turut dapat dilihat pada kasut ini termasuklah gambar button controller, corak pada bahagian tapak dan dalam kasut ini.

Nike PG2 ini akan berada di pasaran bermula 10 Februari depan. Buat peminat setia konsol PlayStation, ini kasut anda.

Kalau anda tak nak pakai sekali pun, memang cantik untuk dibuat display.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Duncan Edwards, Pemain Bola Sepak Paling 'Sempurna' Di Britain



sumber: thevocket (ronaldinho) | thevocket (Nike PG2)

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon