Kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin berlobus, biasanya dua lobus. Ia berbentuk rama-rama dan terletak pada bahagian leher di bawah larynx yang terdiri daripada folikel-folikel yang setiap satunya dikelilingi oleh satu lapisan sel folikular.
Sel folikular berfungsi menghasilkan hormon tiroid dan disimpan di bahagian tengah folikel sebagai koloid.
Bahagian interstitium terdiri daripada saluran darah yang membekalkan darah kepada kelenjar tiroid.
Terdapat juga sel parafolikular yang merembeskan hormon calcitonin. Hormon calcitonin berfungsi untuk mengawal paras kalsium dalam darah. Ia tidak bertindak bersama-sama hormon tiroid yang lain. Saiz kelenjar tiroid berubah mengikut umur, jantina, status nutrisi dan lain-lain.
Fisiologi Tiroid
Hormon tiroid dihasilkan daripada komponen asid amino tirosin yang bergabung dengan iodin di dalam sel folikel.
Dua jenis hormon yang terhasil dikenali sebagai tiroksin (T4) dan tri-iodothyronine (T3). Kedua-dua hormon ini terikat kepada sejenis protein dikenali sebagai tiroglobulin.
Mekanisme pengawalan rembesan hormon tiroid
Penghasilan dan rembesan hormon T3 dan T4 ke dalam edaran darah dikawal melalui mekanisme maklumbalas negatif dikenali sebagai ‘negative feedback mechanism of the hypothalamic-pituitary-thyroid axis’.
Rangsangan oleh hormon pelepas tirotrofin(TRH ) daripada hipotalamus akan menyebabkan hormon perangsang tiroid(TSH) dari kelenjar pituitari mengaktifkan kelenjar tiroid, seterusnya merembeskan hormon T3 dan T4 ke dalam edaran darah.
Rembesan TSH dirangsang oleh TRH yang mana sensitiviti kelenjar pituitari kepada TRH berubah bergantung kepada faktor-faktor seperti puasa, suhu, emosi dan sebagainya. Paras hormon T3 dan T4 di dalam edaran darah yang tinggi akan merencat aktiviti TSH dan TRH.
Tindak balas hormon tiroid
Hormon tiroid memainkan peranan penting yang mempengaruhi kebanyakan fungsi tubuh.Tindakbalas hormon tiroid boleh dikategorikan kepada beberapa jenis tindak balas iaitu :
Tindakan kalorigenik
Tindakan Metabolik
Tindakan ke atas sistem kardiovaskular
Kegagalan fungsi kelenjar tiroid menyebabkan sama ada metabolisme tubuh menjadi lebih cepat atau perlahan daripada kadar sebenar keperluan tubuh. Keadaan abnormal tersebut dikategorikan sebagai hipotiroidisme atau hipertiroidisme.
Hipotiroidisme
Adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam darah dan menyebabkan metabolisme tubuh menjadi perlahan.Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti:
Dalam keadaan ini,paras hormon TSH menjadi lebih tinggi manakala T4 lebih rendah daripada julat normal.
Hipertiroidisme
Adalah keadaan di mana rembesan hormon tiroid berlebihan dalam darah dan menyebabkan mekanisme tubuh menjadi lebih cepat.Faktor penyebab keadaan tersebut adalah seperti:
Dalam keadaan ini, paras hormon TSH menjadi lebih rendah manakala T4 lebih tinggi atau normal berbanding julat normal.
Ujian Fungsi Tiroid
Bilakah ujian fungsi tiroid perlu dijalankan?
Antara tanda-tanda seseorang individu mengalami hipotiroidisme atau hipertiroidisme adalah seperti berikut:
Persediaan sebelum pengambilan darah
Pesakit tidak perlu berpuasa. Selain itu, pesakit perlu memaklumkan kepada doktor jika ada mengambil sebarang jenis ubat sebelum pengambilan sampel darah.
Ujian-ujian yang dijalankan di makmal
Ujian darah dijalankan bagi mengetahui fungsi tiroid dalam tubuh seseorang individu. Ujian-ujian makmal keatas darah pesakit yang boleh dianalisa adalah seperti berikut:
TSH
T4
Dalam edaran darah, hormon T4 terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Free-T4
Total-T4
T3
Antibodi tiroid
Tiroglobulin
Julat normal bagi setiap ujian adalah berbeza mengikut metodologi dan mesin analisa yang digunakan di makmal. Interpretasi keputusan ujian perlu disokong dengan diagnosa klinikal oleh doktor.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: myhealth

- Ia meningkatkan penggunaan oksigen oleh hampir semua organ dalam tubuh kecuali otak, nodus limfa, pituitari anterior, gonad, timus dan limfa.
- Secara langsung, tindakbalas ini meningkatkan kadar penghasilan haba dan suhu tubuh badan.
Tindakan Metabolik
- Hormon tiroid terlibat dalam semua aspek metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.Ia bertindak membantu mengawal paras glukosa dan kolesterol dalam darah. Ia juga terlibat dalam sintesis protein untuk pertumbuhan somatik normal.
- Ia diperlukan untuk merangsang pertumbuhan dan pematangan tulang rangka.Bagi bayi, hormon tiroid membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan otak sehingga awal usia kanak-kanak.
Tindakan ke atas sistem kardiovaskular
- Ia meninggikan kadar denyutan jantung dan daya pengecutannya. Hormon tiroid menambah gerak balas jantung terhadap katekolamin iaitu adrenalin dan noradrenalin yang dirembeskan oleh hipotalamus.
Kegagalan fungsi kelenjar tiroid menyebabkan sama ada metabolisme tubuh menjadi lebih cepat atau perlahan daripada kadar sebenar keperluan tubuh. Keadaan abnormal tersebut dikategorikan sebagai hipotiroidisme atau hipertiroidisme.
Hipotiroidisme
Adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam darah dan menyebabkan metabolisme tubuh menjadi perlahan.Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti:
- Pembinasaan dan pengecutan kelenjar.
- Penindasan pembentukan hormon oleh bahan kimia dan bahan semulajadi.
- Kekurangan iodin dalam diet.
- Kekurangan enzim yang terlibat dalam pembentukan hormon.
- Penyakit autoimun seperti ‘Hashimoto’s Thyroiditis’.
Dalam keadaan ini,paras hormon TSH menjadi lebih tinggi manakala T4 lebih rendah daripada julat normal.
Hipertiroidisme
Adalah keadaan di mana rembesan hormon tiroid berlebihan dalam darah dan menyebabkan mekanisme tubuh menjadi lebih cepat.Faktor penyebab keadaan tersebut adalah seperti:
- Kehamilan.
- Penyakit hati kronik.
- Kegagalan pituitari yang menjejaskan mekanisme maklumbalas negatif untuk mengawal rembesan. hormon tiroid.
- Penyakit autoimun seperti ‘Grave’s disease’.
Dalam keadaan ini, paras hormon TSH menjadi lebih rendah manakala T4 lebih tinggi atau normal berbanding julat normal.
Ujian Fungsi Tiroid
Bilakah ujian fungsi tiroid perlu dijalankan?
Antara tanda-tanda seseorang individu mengalami hipotiroidisme atau hipertiroidisme adalah seperti berikut:
- Mudah letih serta penat.
- Mudah mengantuk.
- Insomnia (sukar tidur).
- Perubahan berat badan yang ketara sama ada menurun atau meningkat.
- Sembelit atau diarrhoea dalam jangkamasa panjang.
- Menorrhagia.
- Bengkak pada bahagian leher.
- Lemah otot dan sendi yang menjejaskan keupayaan untuk bergerak.
- Kemurungan.
- Hilang selera makan.
- Perubahan kulit menjadi kasar dan kering.
Persediaan sebelum pengambilan darah
Pesakit tidak perlu berpuasa. Selain itu, pesakit perlu memaklumkan kepada doktor jika ada mengambil sebarang jenis ubat sebelum pengambilan sampel darah.
Ujian-ujian yang dijalankan di makmal
Ujian darah dijalankan bagi mengetahui fungsi tiroid dalam tubuh seseorang individu. Ujian-ujian makmal keatas darah pesakit yang boleh dianalisa adalah seperti berikut:
TSH
- Ujian paras TSH sangat penting bagi mengetahui status fungsi tiroid. Paras TSH yang tinggi atau rendah (di luar julat normal) menunjukkan ada kemungkinan kelenjar tiroid tidak berfungsi.
T4
Dalam edaran darah, hormon T4 terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Free-T4
- Hormon tiroksin yang tidak terikat kepada tiroglobulin. Free T4 adalah hormon T4 bentuk aktif dan bertindakbalas dengan memasuki sel-sel tisu badan. Bagi analisa fungsi tiroid, ujian Free-T4 perlu diberi keutamaan dan dijalankan bersama-sama ujian TSH.
Total-T4
- T4 yang terikat kepada tiroglobulin dan tidak aktif kerana tidak boleh memasuki sel-sel tisu untuk bertindakbalas.
T3
- Ujian T3 dilakukan untuk pendiagnosan hipertiroidisme serta mengetahui keseriusan tahap hipertiroidisme. Kebiasaannya ujian T3 jarang dilakukan bagi pesakit hipotiroidisme.
Antibodi tiroid
- Antibodi yang biasa diukur ialah antibodi tiroid peroksidase dan antibodi tiroglobulin. Kebiasaannya dilakukan setelah ujian TSH, T4 dan T3 menunjukkan fungsi tiroid yang tidak normal. Ia bertujuan mengesan punca penyakit autoimun sama ada berkaitan tiroid atau organ lain yang menjejaskan fungsi tiroid.
Tiroglobulin
- Dijalankan bagi mengetahui keberkesanan rawatan kanser tiroid. Kegunaannya dalam diagnosa hipotiroidisme atau hipertiroidisme adalah kurang signifikan.
Julat normal bagi setiap ujian adalah berbeza mengikut metodologi dan mesin analisa yang digunakan di makmal. Interpretasi keputusan ujian perlu disokong dengan diagnosa klinikal oleh doktor.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid
- Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri
sumber: myhealth