Bola sepak, sukan paling popular di zaman ini dimainkan di lebih 200 buah negara oleh segenap peringkat umur. Di sesetengah tempat, ianya dikenali dengan nama football. Di sesetengah tempat yang lain pula ia dikenali dengan nama soccer.
Mengapakah wujudnya perbezaaan istilah ini, walaupun kedua-duanya merujuk kepada suatu sukan yang sama?
Pada tahun 1860an, terdapat pelbagai jenis sukan yang melibatkan bola dimainkan di England. Boleh dikatakan kesemuanya dikenali dengan nama football.
Pada 26 Oktober 1863, beberapa pasukan di sana berkumpul dan bersetuju untuk menyelaraskan dan menggunakan suatu peraturan permainan yang seragam untuk permainan football mereka.
Untuk membezakan mereka daripada sukan football lain yang dimainkan pada masa itu, mereka menamakan sukan ini sebagai 'Association Football'.
Di dalam percakapan seharian mereka, remaja di sana suka menggunakan akhiran 'er' untuk menggambarkan ahli sukan dan sukan yang dimainkan mereka.
Pemain Rugby Football digelar dengan nama 'rugger'. Atas sebab yang sama, pemain Association Football dikenali dengan nama 'assocer'. Lama kelamaan ianya dipendekkan menjadi soccer dan kadangkala soccer football.
Pada asalnya, permainan Soccer Football dan Rugby Football ini hanya dimainkan oleh golongan atasan.
Lama kelamaan, ianya tersebar dan dimainkan oleh segenap masyarakat namun begitu, Rugby Football kurang dimainkan oleh golongan bawahan.
Atas sebab popularitinya yang semakin meningkat, akhir nama football sahaja diguna pakai untuk melambangkan soccer football.
Sukan football ini kemudiannya tersebar ke serata dunia.
Apabila tiba di negara-negara yang sudah mempunyai sukan football mereka sendiri, contohnya Amerika Syarikat dan Kanada, ianya mengakibatkan sedikit kekeliruan.
Atas sebab itu, di negara-negara ini, istilah soccer digunakan untuk sukan bola sepak yang disukai ramai ini untuk membezakannya daripada sukan football negara tersebut, contohnya American Football.
Nah, sekarang anda sudah tahu kenapa istilahnya begitu..jangan lupa share dengan kawan-kawan anda yang juga peminat bola sepak atau dengan boyfriend atau suami anda yang hantu bola.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi