Saturday, January 13, 2018

Cara Waris Menuntut Khairat Kematian ASNB


Setiap waris pendeposit ASB, ASN dan apa sahaja saham terbitan PNB diberikan kelayakan untuk menuntut khairat kematian jika berlaku kematian kepada pendeposit.

Cara Waris Menuntut Khairat Kematian ASNB

Malangnya, ramai yang tidak mengetahui pewaris layak menerima bantuan khairat kematian daripada ASNB sekiranya pencarum meninggal dunia.

Syarat-syaratnya:
  1. Bagi simpanan RM10 hingga RM4,999.00, khairat kematian sebanyak RM200.00.
  2. Simpanan RM5,000 (5k) hingga 10,000, khairat kematian sebanyak RM1,000.00 (seribu).
  3. Simpanan RM10,000 ke atas (maxima 100k setiap individu), khairat kematian sebanyak RM2,000.00 (dua ribu).

Waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun.

Kalau tidak di tuntut, wang tersebut akan dikira hangus dan sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5,000.00 (lima ribu ringgit) waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad.

Sebaliknya, jika simpanan RM5,000 ke atas maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).

Tuntutan harta si mati lebih dari 5,000

Prosesnya, ambil borang di Amanah Raya Berhad (ARB), kemudian dapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah (dengan mengisi borang dan sertakan salinan kad pengenalan waris-waris), kemudian kembalikan bersama borang tadi ke pejabat ARB semula.

Tunggu panggilan daripada ARB.

Satu sijil kuasa pembahagian harta si mati (ASB)nya akan dikeluarkan. Bawa sijil ini ke pejabat (cawangan ASB) negeri.

Isi borang. Sahkan borang ini di hadapan suruhanjaya sumpah dan matikan setem hasil. Kemukakan kepada pejabat ASB semula dan tunggu proses transfer duit kepada akaun atau akaun-akaun waris.

Proses tuntutan khairat kematian ini biasanya memakan masa dari 3 minggu sehingga sebulan setengah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ibnrajab

7 comments

  1. Saya nak tanya mcm mna urusan tuntutan pelaburan ASB..yg mna kerajan pernah salurkan bantuan sebanyak 5000 .. tp...selama c mati hidup dia hanya mendapat divedin tiap awal tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... boleh saya tahu macam mana cara tuntutan itu dibuat oleh pihak kalian ye masa tu.. sebab situasi yang saya nak uruskan ini sama dengan kalian punya lah... tq

      Delete
  2. Cuba tuan/puan tanya di pejabat ASNB ya.

    ReplyDelete
  3. Arwah isteri saya ada simpanan asb tapi tak tahu berapa baki dia. Tp dah setahun meninggal sakit kancer..boleh ker tuntut khairat kematian..sekadar tanya ...

    ReplyDelete
  4. Salam saya banyak diperkotak katikkan Oleh pihak ASB,bank Dan takaful insurance..byk alasan diberi dr membantu. Thank bro ur info

    ReplyDelete
  5. Suami sy ada simpanan ASB..boleh ke ibu nya tuntut khairat kematian ASB padahal masih ada isteri dan ank

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon