Kebiasaannya, tanaman dikebun selalu diserang serangga perosak seperti koya-koya (mealy bug) dan ulat bulu. Habis pokok mati, apatah lagi jika anda jenis tidak suka menggunakan racun kimia.
Jadi, pastinya anda sedang mencari resepi racun organik buatan sendiri di rumah yang selamat digunakan dan berikut kami kongsikan cara paling mudah bagaimana untuk membuat sendiri racun organik yang paling selamat, mudah dan paling penting murah.
Bahan A (kisar):
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
Alat:
Cara:
Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada kemungkinan apabila sembur ramuan racun organik ini pokok menjadi layu kerana liang roma pada daun tertutup dan tidak dapat bernafas.
Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar
sumber: kebunbandar

- Bawang putih – 1 labu.
- Cili padi – 6 biji.
- Air – 300 mL (satu cawan biasa).
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
- Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan.
- Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh.
Alat:
- Penapis.
- Penyembur – 1.5 Liter.
Cara:
- Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
- Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk tahan lama.
- Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur.
- Isi air penuh botol penyembur (1.5 L).
- Goncang sehingga semua bahan sebati.
- Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Koya-koya.