Di Vietnam, populariti ayam Dong Tao sebagai hidangan eksotik mndapat permintaan tinggi di kebanyakan restoran ekslusif sebagai hidangan golongan kelas atasan.
Dikatakan bahawa, isi daging ayam Dong Tao jauh lebih enak berbanding daging ayam biasa.
Harga daging mentah ayam Dong Tao mampu mencecah antara USD17 sehingga USD19 namun, baka ayam Dong Tao terbaik berharga antara USD238 hingga USD286 seekor.
Ayam Dong Tao biasanya mendapat permintaan tinggi ketika sambutan tahun baru di Vietnam dan berdasarkan rekod, harga paling tinggi dicatatkan pada tahun 2013 di Ho Chi Minh City yang dijual pada harga USD2,500 seekor!
Keunikan Ayam Dong Tao
Selain bernilai tinggi, ayam Dong Tao memiliki keistimewaannya yang tersendiri dengan saiz badan gergasinya sehingga ia terkenal di seluruh dunia.
Kerana memiliki sepasang kaki yang besar dan tegap, ayam Dong Tao juga digelar sebagai ayam sado.
Seekor ayam Dong Tao dewasa mampu membesar antara tiga hingga enam kilogram dengan sepasang kaki sebesar pergelangan tangan manusia.
Ayam betina Dong Tao biasanya berbulu putih manakala ayam jantan pula memiliki pelbagai variasi bulu yang berwarna-warni.
Pusat Pembiakan
Hanya terdapat dua buah lokasi sahaja di Vietnam yang menjalankan pembiakan ayam Dong Tao yang terletak di wilayah Dong Nai dan Hung Yen.
Ayam Dong Tao merupakan spesis haiwan yang cerewet berbanding ayam biasa kerana ia tidak suka hidup secara berkumpulan dan hanya gemar tinggal bersama pasangan masing-masing.
Selain itu, ayam Dong Tao juga menghadapi kesukaran untuk mengeram telur secara semulajadi kerana saiz kakinya yang besar dan terpaksa dieramkan secara manual oleh pemiliknya menggunakan sinaran lampu bagi mengekalkan jumlah pengeluaran baka baru.
Malangnya, tidak semua mampu menternak ayam Dong Tao kerana kos penternakan yang tinggi namun, jika berjaya pulangannya sangat lumayan dengan kadar pulangan 60 peratus.
Permintaan Luar Negara
Selain di Vietnam, daging ayam Dong Tao juga mendapat permintaan tinggi dan mendapat publisiti meluas dari negara luar seperti Jepun dan England.
Ayam dewasa dan lebih tua menjadi pilihan pembeli kerana isi dagingnya lebih enak, manis dan garing berbanding ayam muda.
Resepi ayam Dong Tao yang paling popular adalah ayam rebus cendawan dan masakan kaki rebus dicampur bersama herba cina.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui
-SENTIASAPANAS.COM