Wednesday, January 03, 2018

AG600 Pesawat Amfibia Terbesar Di Dunia Milik China


Pesawat amfibia terbesar di dunia buatan China, AG600 melakukan penerba­ngan sulungnya dari sebuah lapangan terbang berdepan Laut China Selatan.

AG600 Pesawat Amfibia Terbesar Di Dunia Milik China

Stesen televisyen pemerintah menunjukkan imej pesawat AG600 berlepas dari lapangan terbang Zhuhai di wilayah Guangdong, selatan China yang terletak di perairan Laut China Selatan.

Perbadanan Industri Aviasi China (AVIC) milik Beijing mengambil masa lapan tahun untuk membina pesawat itu.

Saiz AG600 menyamai pesawat Boeing 737 dan direka untuk melakukan operasi menyelamat di laut serta mema­damkan kebakaran hutan.

Namun, media pemerintah mengakui potensi kegunaan kapal terbang itu di Laut China Selatan, di mana China, Vietnam, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Brunei mempunyai tuntutan bertindih.

Ketua pereka AG600, Huang Lingcai dipetik berkata dalam akhbar China Daily awal bulan Disember 2017 bahawa pesawat itu berupaya terbang pergi balik tanpa mengisi minyak dari Pulau Hainan di selatan China ke Beting Serupai dekat per­airan Sarawak yang dituntut oleh Beijing.

Dijana empat enjin kipas, pesawat AG600 boleh membawa 50 orang semasa misi mencari dan menyelamat di samping mengangkut 12 tan metrik air untuk operasi memadamkan api.

Pesawat itu berupaya terbang sejauh 4,500 kilometer di samping boleh mendarat dan ber­le­pas di darat serta laut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon