Wednesday, January 03, 2018

5 Makanan Yang Menjadikan Anda Nampak Lebih Berusia


Penuaan adalah proses yang normal namun disebabkan oleh gaya hidup dan habit yang tidak menyihatkan, rata-rata ramai yang tampak lebih berusia daripada umur sebenarnya. Mengapa ini berlaku? Semuanya kerana pemilihan makanan kita yang salah.

5 Makanan Yang Menjadikan Anda Nampak Lebih Berusia

Selain daripada bersenam, tidak merokok, tidur awal dan minum air dengan cukup, makanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan penting.

Jika tersalah langkah dalam pemakanan, bukan sahaja berat badan meningkat, rupa juga tampak lebih tua.

Kami senaraikan lima jenis makanan yang perlu dikurangkan agar penampilan lebih berseri selain kulit tampak cantik seakan-akan 10 tahun lebih muda.

1. Gula

Pengambilan gula berlebihan boleh mengaktifkan proses yang memberi kesan buruk kepada kolagen kulit.

Perlu ingat bahawa kolagen ini penting bagi memastikan kulit tampak muda dan anjal malah, gula juga boleh menyebabkan kerosakan gigi selain mengubah warnanya menjadi kekuningan.

Gula juga boleh merosakkan hipokampus iaitu bahagian utama dalam otak yang dikaitankan dengan memori dan emosi.

2. Daging merah

Ia mengandungi banyak radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kepada sel-sel badan selain memberi kesan buruk kepada kulit.

Menurut Ariel Ostad, ahli sains di American Academy of Dermatology, radikal-radikal bebas ini mengurangkan kebolehan badan untuk menghasilkan kolagen yang penting agar wajah tampak berseri.

Alternatif untuk daging merah adalah daging tanpa lemak seperti ayam belanda dan ayam dan cuba ambil lebih sayur-sayuran kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas ini.

3. Garam

Makanan yang tinggi dengan garam menyebabkan wajah menjadi sembap terutamanya pada bahagian mata kerana ia mengekalkan air dalam badan.

Menurut satu kajian oleh Georgia Regents University, pengambilan garam yang banyak boleh meningkatkan tisu penuaan dengan pantas yang menyebabkan anda tampak berusia.

Garam juga menyahhidratkan badan dan ini menyebabkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya.

4. Makanan pedas

Mungkin ramai yang tidak bersetuju untuk mengurangkan pengambilan makanan pedas namun makanan ini menyebabkan rosacea (kulit kemerah-merahan) serta kulit sembap.

Wanita berumur terutamanya yang putus haid mempunyai saluran darah aktif jadi mereka perlu elakkan makanan pedas kerana ia mengembangkan lagi saluran darah tersebut.

Ini menyebabkan kulit tampak lebih tua berbanding usia sebenar dan munculnya spider vein pada wajah.

5. Kafein

Memang sukar untuk memulakan pagi tanpa secangkir kopi namun kafein yang ada dalam kopi, minuman berkarbonat serta minuman tenaga boleh menyahhidratkan badan dan ini menyebabkan pelbagai masalah kulit.

Antaranya kehadiran kedutan, garis-garis halus, kulit kusam serta bintik-bintik penuaan.

Malah, kopi juga boleh merosakkan gigi kerana ia menyebabkan gigi terdedah kepada asid dan lama-kelamaan permukaan enamel gigi boleh terhakis selain gigi menjadi kekuningan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 15 Jenis Ulam Awet Muda Yang Anda Patut Makan Selalu

sumber: eh

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon