Saturday, December 09, 2017

Kenapa Yahudi Tidak Layak Memiliki Baitul Maqdis?


Umat Islam telah kehilangan tanah Palestin secara rasmi pada tanggal 15 Mei 1948 yang mana Zionis Yahudi telah membuat perancangan rapi untuk merampas bumi Palestin sejak 51 tahun sebelumnya lagi, ketika Theodor Herzl menjayakan Persidangan Zionis Pertama di Basel, Switzerland yang berlangsung pada 29-31 Ogos 1897.

Kenapa Yahudi Tidak Layak Memiliki Baitul Maqdis?

Resolusi persidangan ini adalah pembentukan Negara Yahudi di Palestin dan sehingga ke hari ini umat Islam masih terus bertarung untuk membebaskannya semula.

Yahudi merampas tanah Palestin kerana mengatakan bahawa tanah itu adalah milik mereka berdasarkan sejarah Bani Israel. Mereka juga mengatakan bahawa Allah SWT telah menjanjikan tanah tersebut untuk mereka.

Mengikut para sejarawan, Bani Israel menduduki tanah Palestin kurang dari 400 tahun dan mereka hanya memerintah sebahagian daripada tanah tersebut. Adakah Yahudi hari ini benar-benar mempunyai hak terhadap bumi Palestin?

Siapakah Israel dan Bani Israel?

Israel merupakan seorang nabi yang mulia daripada nabi-nabi Allah, dia adalah Ya’akub bin Ishak bin Ibrahim a.s.

Firman Allah SWT:

“Mereka itulah sebahagian dari nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan Israel dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.” [Maryam : 58]

Bani Israel bermakna ‘anak-anak Israel’ yakni keturunan yang dinasabkan kepada Nabi Ya’akub a.s. (Israel).

Allah SWT telah mengurniakan Nabi Ya’akub a.s. 12 orang anak, iaitu Nabi Yusuf a.s. dan adik-beradiknya. Daripada 12 beradik inilah akhirnya berkembang kabilah-kabilah yang disebut sebagai Bani Israel.

Nabi-nabi Allah daripada Nabi Yusuf a.s. sehinggalah Nabi Isa a.s. semuanya merupakan keturunan Nabi Ya’akub a.s..

Dua kelompok Bani Israel

Al-Quran menceritakan kita tentang dua kelompok Bani Israel: kelompok beriman dan soleh serta dimuliakan oleh Allah SWT dan kelompok kufur serta zalim yang dilaknat oleh Allah SWT.

Al-Quran juga memberitahu kita bahawa majoriti Bani Israel adalah daripada kelompok kedua.

Firman Allah SWT:

“Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka, nescaya mereka akan makan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada puak yang adil, dan kebanyakan dari mereka buruk keji amal perbuatannya.” [ Al-Maaidah : 66 ]

Yahudi bukan Bani Israel

Al-Quran menyebut nama Yahudi menggantikan Bani Israel selepas kerasulan Muhammad SWT dan pengingkaran mereka terhadapnya.[2] Kalimah (الْÙŠَÙ‡ُود) hanya disebut dalam surah Madaniyyah, iaitu sebanyak lapan kali dalam surah: Al-Baqarah, Ali ‘Imraan, Al-Maaidah dan At-Taubah. Ketika mana Al-Quran menyebut (الْÙŠَÙ‡ُود) ia datang dalam bentuk ayat celaan dan bukannya pujian.

Allah SWT juga menafikan Nabi Ibrahim a.s. mempunyai sebarang kaitan dengan agama Yahudi:

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim, dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.” [Ali ‘Imraan: 67]

Mengikut cendekiawan dan pengkaji Yahudi sendiri, Arthur Koestler (penulis buku The Thirteenth Tribe: The Khazar Empire and Its Heritage), lebih 80% daripada Yahudi hari ini tiada kaitan dengan Bani Israel dari segi pertalian darah mahupun sejarah.

Kebanyakan Yahudi pada hari ini adalah Yahudi Khazar yang mana asal usulnya kembali kepada puak Tatar-Turki yang berada di utara Caucasia (selatan Rusia) yang telah memeluk agama Yahudi pada abad ke-8 di bawah pimpinan raja mereka King Bulan pada tahun 740M.

Yahudi tidak berhak terhadap Baitul Maqdis

Apabila Al-Quran menanggalkan nama Bani Israel daripada bangsa Yahudi, ia turut bermakna pemisahan daripada sebarang perwarisan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Israel (Ya’akub) a.s.

Walaupun mereka daripada keturunan Nabi Israel a.s. mereka bukanlah lagi waris baginya, kerana mereka tidak lagi mengikut agamanya iaitu Islam.

Umar Al-Khattab r.a. juga tidak membenarkan Yahudi menduduki tanah Baitul Maqdis setelah beliau menerima kunci daripada Sophronius dan membuka kota Eliya (Al-Quds) pada tahun 15H berdasarkan perjanjiannya dengan penduduk kota tersebut yang disebut sebagai Al-‘Uhdah Al-‘Umariyyah:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Esa Pengasih dan Maha Penyayang.

Inilah jaminan keamanan yang diberikan oleh hamba Allah, Umar, Amir Al-Mukminin kepada penduduk Eliya :

"Aku menjamin mereka keamanan untuk jiwa dan harta mereka, dan untuk gereja-gereja dan salib-salib mereka, dalam keadaan sakit ataupun sihat, dan untuk agama mereka secara keseluruhan.

"Gereja-gereja mereka tidak akan diduduki dan tidak akan dirobohkan, dan tidak akan dikurangi sesuatu apa pun dari gereja-gereja mahupun dari sekelilingnya; serta tidak dari salib mereka, dan tidak sedikit pun dari harta kekayaan mereka.

"Mereka tidak akan dipaksa meninggalkan agama mereka, dan tidak seorang pun dari mereka boleh diganggu, dan di Eliya tidak seorang Yahudi pun dibenarkan tinggal bersama mereka.

"Penduduk Eliya diwajibkan membayar jizyah sebagaimana jizyah itu dibayar oleh penduduk kota-kota yang lain. Mereka berkewajiban mengeluarkan orang-orang Romawi dan kaum Al-Lasus dari Eliya.

"Sesiapa dari mereka yang keluar maka ia dijamin aman dalam jiwa dan hartanya sampai tiba di daerah keamanan mereka.

"Dan sesiapa yang ingin kekal di sini, maka dia pun akan dijamin aman. Dia berkewajipan membayar jizyah seperti penduduk Eliya. Dan jika ada dari kalangan penduduk Eliya yang lebih senang untuk menggabungkan diri dan hartanya dengan Rom, serta meninggalkan gereja-gereja dan salib-salib mereka, maka keamanan mereka dijamin serta jiwa, gereja dan salib-salib mereka, sampai mereka tiba di daerah mereka sendiri.

"Dan sesiapa saja dari kalangan penduduk setempat sebelum terjadinya perang ingin menetap tinggal maka ia dibenarkan, dan dia diwajibkan membayar jizyah seperti penduduk Eliya, dan jika dia menghendaki, dia boleh bergabung dengan orang-orang Romawi, atau jika dia menghendaki dia boleh kembali kepada keluarganya sendiri.

"Sesungguhnya dia tidak boleh diambil dari mereka itu sehinggalah mereka mendapat hasil milik mereka.

"Apa yang terdapat dalam lembaran ini adalah janji Allah, perlindungan Rasul-Nya, perlindungan para khalifah dan perlindungan semua orang beriman, jika mereka membayar jizyah.

"Saksi atas perjanjian ini: Khalid bin Al-Walid, `Amr bin Al-‘As, `Abdur Rahman bin `Awf, dan Mu`awiyah bin Abi Sufyan. Ditulis dan disaksikan pada tahun 15 Hijrah.”

Palestin milik umat Islam

Pemilik dan pewaris tanah ini yang hakiki hanyalah umat Muhammad SAW kerana hanya umat inilah yang beriman sepertimana para nabi Bani Israel beriman:

“Katakanlah kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Ya’akub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka dan kami semua adalah orang berserah diri dan tunduk taat kepada-Nya semata-mata.”
[Al-Baqarah: 136]

Bangsa kafir menceroboh serta perampas bernama Yahudi ini langsung tiada kaitan dengan tanah Palestin, dari segi hak, agama, mahupun pertalian dengan para nabi Bani Israel.

Tindakan Zionis Yahudi hari ini menamakan tanah yang dijajah itu sebagai Negara Israel adalah cubaan untuk mengembalikan semula nasab mereka terhadap Bani Israel yang hakikatnya telah lama dicabut dan tidak akan sesekali kembali.

Bangsa inilah juga yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai musuh Islam yang utama, firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” [Al-Maaidah: 82]

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

sumber: indahnyaislam

1 comment

  1. Sangat2 sedih keadaan di sana sekarang. Semoga ada jalan penyelesaian dari Allah yang maha hebat kuasanya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon