Wednesday, December 27, 2017

Tradisi Gantung Anak Patung Di Bumper Kereta Untuk Menghalau Hantu!


Bagi masyarakat Thailand, roh orang yang mati dalam kemalangan jalan raya akan berlegar-legar dilokasi kemalangan dan disebabkan takut diganggu oleh roh-roh jahat ini, pemandu-pemandu di Thailand akan menggantung anak patung di belakang kenderaan masing-masing.

Tradisi Gantung Anak Patung Di Bumper Kereta Untuk Menghalau Hantu!

Mereka percaya bahawa anak patung tersebut akan membuatkan roh-roh jahat terutamanya roh kanak-kanak berasa gembira.

Budaya ini dipercayai dibawa oleh pemandu teksi di Bangkok yang menganggap anak patung tersebut akan memesongkan roh orang mati daripada berterusan mengganggu kereta mereka.

Walaupun anak patung tersebut sudah lunyai dan berkurap, mereka sekali-kali tidak akan menanggalkannya.

Ini kerana, orang Thailand mempunyai sudut pandang yang berbeza tentang alam selepas kematian.

Jika seseorang itu mati disebabkan kemalangan jalan raya, ahli keluarga orang mati kemalangan tersebut akan membina sebuah kuil kecil ditepi jalan, berhampiran kawasan kemalangan.

Kuil tersebut dibina sebagai simbolik rumah untuk si mati kerana mereka percaya roh si mati akan berlegar-legar di kawasan itu sebagai penjaga dijalan tersebut dan kuil itu akan menjadi rumahnya.

Sebagai penjaga atau penunggu dijalanan, roh-roh ini akan mengganggu kenderaan-kenderaan yang lalu lalang.

Sebab itulah ramai pemandu di Thailand yang menggantung anak patung dibelakang bumper kereta kerana tidak mahu diganggu oleh penunggu-penunggu atau roh jahat dijalan raya.

Rosak Aqidah Gantung Patung Di Bumper Kereta

“Perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan umat Islam adalah amalan sesat yang menjurus kepada syirik kerana kononnya mampu mengelak roh mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan,” kata penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan segelintir pemandu beragama Islam yang sesuka hati menggantung anak patung di bawah kenderaan mereka tanpa mengetahui ia sebenarnya amalan pemandu di Thailand untuk menghalau roh jahat.

Tinjauan mendapati segelintir pemandu menggantung pelbagai anak patung lembut berwarna-warni termasuk daripada karakter popular di bampar kereta dan perbuatan itu kini dianggap sebagai gaya menarik untuk mencantikkan kenderaan masing-masing.

Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang maut akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati.

Oleh itu, bagi mengelakkan roh terbabit terutama roh kanak-kanak mengganggu pemandu dan mengakibatkan kemalangan mendorong mereka menggantung anak patung pada bampar kereta.

Ini kononnya dapat memperdaya roh itu yang akan leka bermain dengan anak patung berkenaan.

Trend ini kemudian dibawa oleh pemandu teksi Thai supaya roh mangsa kemalangan tidak mengganggu penumpang mereka.

Kepercayaan terbabit dipercayai berasal dari Korea sebelum dimulakan di Thailand pada pertengahan 2007.

Meniru budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perbuatan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran dan perkara itu bukan sahaja menjejaskan akhlak, malah keimanan mereka juga. -M

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Seram juga la kan.. tapi itu la kadang2 orang saja2 nak ikut trend.. cool katanya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon