Sesiapa yang disaluti skandal dan kontroversi sepatutnya TIDAK LAYAK memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan termasuk jawatan Menteri Kabinet.
Apabila Isa Samad di HUKUM kerana politik wang pada tahun 2004, seharusnya beliau digugurkan dari memegang sebarang jawatan di dalam Kerajaan.
Sebaliknya beliau dilantik menerajui Felda dan FGV, sebelum diletakkan pula Isa Samad di SPAD.
Kini Felda dan FGV dilanda bencana!!
SENARAI SKANDAL TAN SRI ISA SAMAD SEPANJANG BERGELAR PENGERUSI FELDA (2011 – Jan 2017)
MAC 2012
Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.
JUN 2013
Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)
JULAI 2013
Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)
OKTOBER 2013
Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.
Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!
NOVEMBER 2015
Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.
Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.
Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!
Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!
JUN 2017
Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
DISEMBER 2017
Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak!
Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015!
KESIMPULANNYA?
Punca utama adalah apabila Felda (‘lombong emas orang Melayu’) ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!
Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.
ISA SAMAD berada di mana dia berada kini adalah atas atas tangan anda yang memangkah di kertas undi suatu ketika dahulu.
~Anak Muda.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Masalah Felda Global Ventures Bhd (FGV)? Dulu Megah Kenapa Kini Rebah?
sumber: kedahku