Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri.
Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan.
Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya.
Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan.
Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri, namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.
Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia.
Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit.
Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas.
Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu.
Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya.
YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh danpelindung.
Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.
Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Jawapan Terhadap Penafian Mufti bahawa Kayu Kokka Berkhasiat
Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka.
Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.
Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta dan sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui.
Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi.
Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu).
Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).
Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya.
Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya.
Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.
Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul.
Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat.
Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.
Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.
Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka.
Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.
Wallahu a'lam.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A.S
sumber: darulnuman

- Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
- Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
- Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
- Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
- Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
- Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
- Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
- Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
- Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
- Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
- Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
- Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
- Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Jawapan Terhadap Penafian Mufti bahawa Kayu Kokka Berkhasiat
Bahtera Nabi Nuh a.s.
Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka.
Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.
Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta dan sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui.
Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi.
Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu).
Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).
Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya.
Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya.
Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.
Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul.
Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat.
Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.
Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.
Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka.
Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.
Wallahu a'lam.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A.S
sumber: darulnuman
Saya percaya ia cuma sebab musabab ..kuasa dan izin hanya dari Allah Swt
ReplyDeleteMmg bnyk khasiat kayu kokka ni dan dikenali sejak zaman berzaman lagi.. subhanallah.
ReplyDelete