Sebelum ini kita kerap mendengar kisah-kisah dongeng klasik seperti Ali Baba dan 40 orang penyamun, pelayaran Sinbad, Aladin dan lampu ajaib dan sebagainya yang diceritakan dalam satu cerita menjadi hikayat 1001 malam.
Kisah dari timur tengah ini banyak di adaptasi ke pelbagai bahasa di seluruh dunia untuk dijadikan hiburan dan bahan bacaan.
Nama-nama yang disebut di atas mungkin anda sudah biasa tetapi pernahkah anda mendengar nama Shahrazad?
Shahrazad merupakan permaisuri Parsi dalam legenda yang menceritakan pelbagai hikayat selama seribu satu malam (hampir tiga tahun).
Kisah asalnya ialah apabila isteri kepada Sultan Parsi iaitu Sultan Shahrayar didapati berlaku curang kepada baginda lalu dihukum bunuh.
Atas desakan pihak istana, baginda harus mengisi takhta dengan seorang permaisuri tetapi, akibat trauma dengan kecurangan bekas isterinya, baginda akan mengahwini seorang anak dara setiap malam dan akan membunuhnya keesokan pagi.
Kemudian, muncul seorang gadis yang merupakan anak perempuan kepada seorang menteri baginda.
Gadis tersebut seorang yang bijak dan berpandangan jauh seiring dengan pendidikan yang diberikan sebagai seorang anak kepada menteri.
Walaupun dengan bantahan keras bapanya, gadis itu tetap berkeras untuk meneruskan perkahwinan dengan sultan yang kejam tersebut dan bersedia lehernya dipenggal pedang pemancung. Gadis itu bernama Shahrazad.
Walau bagaimanapun, kebijakan Shahrazad telah menyelamatkannya dari dipancung dengan kisah-kisah hebat yang diceritakan dari satu malam ke satu malam.
Kisah yang bersambungan, bersiri, berkaitan satu sama lain serta mempunyai unsur saspens membuatkan sultan enggan membunuhnya melainkan Shahrazad menceritakan kisah sambungannya sehinggalah seribu satu malam kemudian apabila sultan akhirnya membatalkan hasrat untuk membunuhnya kerana jatuh cinta.
Agak-agak seperti bedtime stories, tetapi bukan untuk menidurkan tetapi untuk menangguhkan waktu.
Kisah ini turut diceritakan dalam bentuk siri televisyen, ditayangkan di kaca televisyen. Kelainan bagi siri televisyen ini ialah apabila kisahnya tidak diselubungi dengan hikayat-hikayat fantasi tetapi kehidupan realiti pahit manis seorang gadis pintar dan jelita bernama Shahrazad yang menghadapi cabaran sebagai anak kepada menteri yang arif yang bernama Raiyan dan ujiannya setelah mengahwini Sultan Shahrayar, Sultan kepada kerajaan Karaman.
Kisahnya diisi dengan kekeluargaan, percintaan, pengkhianatan, pemerintahan dan peperangan, seperti kisah-kisah yang lain, cuma ia berlaku kepada Shahrazad dan dunianya sendiri.
Berbanding dengan kisah yang penuh fantasi, siri "Shahrazad: Al-Hikayat Al-Akheerah" ini akan diliputi oleh kisah-kisah politik yang bermain di sekitar istana Shahrayar dan negara Karaman.
Dengan berbekalkan kebijaksanaan dan hikayat-hikayat yang disampaikan, Shahrazad mampu mengubah negara dan sultannya daripada lemah menjadi sebuah kekuatan yang mampu melindungi rakyat Karaman.
Kita juga akan saksikan watak-watak hikayat 1001 malam turut bersama-sama hdup sezaman dan senegara dengan Shahrazad seperti Aladdin, Zommorod, Ali Baba dan Sindibad yang menyertai rakyat Karaman untuk berjuang demi negara mereka.
Luahan hati kisahnya telah dipaculkan oleh kata-katanya sebagai epilog penamatan setiap episod yang menerangkan kegelisahan, keputusasaan dan pengharapan Shahrazad.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Kisah Ali Baba dan 40 Penyamun Dalam Hikayat 1001 Malam
sumber: hikayatagung

يكتمل القمر البدر ثم يغيب
وتنقضي الف ليلة وليلة
بين السيف و العنق
وابقى انا شهرزاد حية
لاروي في الليلة الثانية بعد الالف
الحكاية الاخيرة
حكايتي وحكاية شهريار
حكاية الشعب والسلطان
حكاية الوطن والعدوان
حكاية كل الحكايات
في الليلة الطويلة الممتدة
في كل مكان وفي كل زمان
حكايتنا على نصل القدر الحاد الرهيب
حكاية الحياة والموت
Bulan menjadi penuh dan ia muncul
Seribu satu malam berlalu
Dengan ancaman pedang di leherku dan aku, Shahrazad, terus hidup
Untuk bercerita pada malam-malam seterusnya sehingga seribu satu malam
Hikayat terakhir Hikayatku, hikayat Shahrayar
Hikayat rakyat dan sultan
Hikayat negara dan serangan
Penghulu segala hikayat
Pada malam yang panjang di semua tempat dan di sepanjang zaman
Hikayat kita tentang takdir yang sukar dan pudar
Hikayat tentang hidup dan mati
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Kisah Ali Baba dan 40 Penyamun Dalam Hikayat 1001 Malam
sumber: hikayatagung
Kejam giler sultan tu.. tiap2 hari membunuh.. tak takut dosa ke?
ReplyDeletePengajarannya, kebijaksanaan boleh menyelamatkan kita dari kematian :D