Kejadian histeria adalah satu gejala yang penuh misteri dan penuh rahsia kerana dalam setiap kejadian, puncanya adalah hantu, jin dan syaitan.
Dikatakan bahawa, kejadian histeria berlaku akibat gangguan lembaga hitam berambut panjang, wajah wanta tua yang menakutkan dan hantu raya.
Ada mangsa yang mengelar tangan dengan pisau, menghisap darah sendiri, bercakap dalam bahasa asing dan ada yang mahu terjun dari bangunan.
Gangguan histeria memang menarik. Misteri dan penuh rahsia.
KEJADIAN HISTERIA DI SEGAMAT
Pukul 11 malam, Oktober 1989. Suasana sunyi di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Segamat, tiba-tiba dikejutkan oleh jeritan seorang pelajar perempuan.
Pelajar-pelajar lain yang turut serta dalam program qiamulail sebagai persediaan peperiksaan UPSR semua terjaga.
Kenapa? Apa yang berlaku?
Pelajar 12 tahun itu mengadu dia ternampak satu lembaga hitam memanjat dinding bilik tempat dia dan pelajar-pelajar lain tidur.
Lembaga itu kemudian masuk ke dalam lubang siling lalu menghilang. Pelajar yang ketakutan itu segera ditenangkan.
Tapi, belum sempat keadaan itu diredakan, terdengar lagi jeritan. Kali ini beberapa orang pelajar melihat lembaga tersebut keluar dari lubang siling dan berkeliaran disekeliling mereka.
Mereka menjerit ketakutan, meronta dan kekejangan. Dari seorang pelajar menjangkit kepada pelajar lain, hingga menjadi berpuluh-puluh orang.
Kejadian itu dapat dipulihkan oleh beberapa orang yang berkebolehan dan qiamulail diteruskan.
Bagaimanapun, kejadian histeria berlaku lagi beberapa hari kemudian. Ia bermula apabila beberapa orang pelajar melihat jelmaan lelaki tua yang daif, berkain pelikat serta berkaki ayam merayau-rayau disekitar mereka.
Selain itu, mereka juga melihat lembaga-lembaga hitam, lelaki dan perempuan berkeliaran disekeliling sekolah.
Akibatnya, lebih 30 orang pelajar berusia 11 dan 12 tahun telah kerasukan. Mereka meraung, berguling-guling ditanah dan berlari ke sana sini sambil menangis.
Ada juga yang memeluk tiang gol, menonggeng sambil menekup muka kerana telah dipeluk serta dipegang oleh lembaga-lembaga hitam yang menakutkan.
Apa yang misterinya, semua pelajar yang histeria itu berlari ke sebuah kawasan perkuburan berhampiran dan pengsan sesampainya disana.
Seorang tukang kebun cuba membantu, tetapi sebaik pulang ke rumah, dia pula yang histeria - menjerit, tidak sedarkan diri, tidak makan dan tidak tidur selama tiga hari berturut-turut.
Dalam keadaan dirasuk itu, tukang kebun berkenaan menyatakan kemarahannya kerana tempat tinggal serta laluannya telah dikotori dengan najis.
Apa maksud makhluk yang merasuk tubuh tukang kebun tersebut?
Menurut seorang bomoh, makhluk itu sebenarnya tinggal disebuah busut dibawah lantai sekolah.
Makhluk tersebut marah kerana 'dikotori' oleh program qiamulail, program yang suci bagi umat Islam tetapi kotor serta najis oleh makhluk-makhluk tersebut.
Kononnya, histeria juga berlaku kerana ada hantu raya yang sedang merayau-rayau selepas kematian warisnya.
KEJADIAN HISTERIA DI LABIS
Kejadian histeria yang berlaku berulang-ulang kali di sebuah sekolah menengah di Labis sememangnya unik.
Menurut guru-guru yang menceritakan kisah ini, kejadian mula berlaku apabila seorang pelajar mengingkari amaran seorang lelaki tua yang datang dalam mimpinya supaya jangan sesekali masuk ke kawasan sekolah.
Akibatnya, pelajar ini telah diketuk dan ditolak sehingga terjatuh oleh 'sesuatu'.
Pelajar lain pula kerasukan selepas melihat jelmaan seorang gadis berbogel melambai dan mengajaknya pergi ke sebuah bukit dibelakang sekolah.
Namun, sebaik sampai ke tempat itu, pelajar tersebut ditinggalkan begitu saja dan ketika itulah pelajar tersebut histeria.
Tambah menakutkan, selepas beberapa kali kejadian ini berlaku, jelmaan gadis tersebut muncul pula dalam keadaan dipenuhi darah!
Bahagian paling menarik adalah, seorang bomoh yang boleh berkomunikasi dengan makhluk ghaib mengatakan, jelmaan-jelmaan yang merasuk pelajar-pelajar tadi adalah orang bunian keturunan Kwantong, berasal dari Tanah Besar China dan tidak beragama.
Bagaimanapun, makhluk itu mendakwa dia sudah menjadi mualaf, bertutur dalam Bahasa Melayu dan menggunakan nama Melayu.
Antara nama yang disebutkan bomoh tadi ialah Atan, Zamri dan Pak Janggut.
Hantu ini, menurut kata bomoh itu, telah membunuh Mazni iaitu gadis berbogel yang dilihat oleh mangsa histeria.
Usia Mazni sama dengan usia mangsa dan dia ingin bersahabat dengan pelajar tadi, namun tindakan Mazni tidak dipersetujui oleh Atan lalu dia membunuhnya.
Itulah sebabnya Mazni muncul dalam keadaan berlumuran darah. Tetapi, kini Atanlah yang menguasai tubuh pelajar tadi.
Histeria berkumpulan itu berakhir selepas pihak sekolah menunaikan permintaan makhluk Kwantong tadi supaya diberikan air kosong serta bubur putih dan merah kepada semua pelajar.
Selain itu, bomoh itu juga menaburkan kacang hijau disekitar sekolah.
Semua pelajar juga dilarang menyapu sampah selama tiga hari berturut-turut.
MISTERI HISTERIA KOTA A FAMOSA
Suatu hari pada tahun 1986, seorang pelajar perempuan dari sebuah tanah rancangan Felda telah mengikuti rombongan sekolahnya melawat Melaka.
Sampai di kota A Famosa, gadis belasan tahun ini terlihat sebuah patung tidak berlengan yang dipamerkan di kota tersebut.
Tertarik dengan ukiran patung itu, dia mengeluarkan kamera. Ketika inilah sesuatu yang pelik berlaku.
Semasa mengambil gambar patung itu, tiba-tiba gadis berkenaan terasa tubuhnya ditarik seseorang. Dia menoleh sekeliling tetapi tiada sesiapa yang melakukannya.
Pulang ke rumah, fikiran gadis itu menjadi kacau. Kepalanya sakit dan tidak dapat tidur selama empat hari berturut-turut.
Sepanjang masa dia terbayangkan patung itu. Dia menangis, meracau, menyanyi dan berlari tanpa tujuan.
Pada waktu yang lain, dia membaca Al-Qur'an dan sembahyang dalam keadaan separuh sedar. Histeria ini berlaku berulang-ulang kali selama sebulan.
Menariknya, sebelum itu dua orang kakak gadis ini juga pernah mengalami histeria.
Kakak yang sulung pernah berlari meredah paya pada malam hari kerana diminati oleh lelaki bunian.
Seorang lagi kakaknya dikatakan histeria selepas disihir seorang lelaki Indonesia menggunakan cermin. Kesan sihir itu menyebabkan dia memecahkan semua objek berkaca yang dilihatnya.
Kakaknya juga semasa histeria mengatakan ada seseorang yang hendak membunuhnya dan mengarahkannya menukar agama.
Misteri kan?
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Takutkan Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria
-SENTIASAPANAS.COM

kita berserah diri dengan Tuhan mengenai Hal- hal seperti ini hanya Dia yang Maha Mengetahui
ReplyDeletememang sangat misteri..
ReplyDeletelogik akal tidak mampu merungkai misteri ini..
yang pasti memang betul la