Saturday, December 02, 2017

Pedro Gonzales Kisah Benar Beauty and The Beast


Adakah anda percaya jika dikatakan bahawa kisah terkenal Beauty and The Beast benar-benar pernah berlaku di dunia nyata? Cuma bezanya, pengakhiran kisahnya bukanlah menggembirakan seperti yang kita tonton dalam siri kartun mahupun filem.

Pedro Gonzales Kisah Benar Beauty and The Beast

Seorang lelaki bernama Pedro Gonzales dilahirkan di Tenerife, Sepanyol, pada tahun 1537.

Dia membesar sebagai kanak-kanak yang tidak normal. Tibihnya ditumbuhi bulu yang tebal dan disebabkan itulah dia digelar 'Wildman'.

Wildman adalah makhluk dari mitos zaman pertengahan yang digambarkan sebagai lelaki separuh manusia dan separuh haiwan.

Wildman dipercayai akan bertukar menjadi makhluk ganas pada waktu malam dan kadangkala memakan kanak-kanak hidup-hidup.

Kisah Pedro bermula pada waktu malam selepas pertabalan Raja Henry II ketika pertengahan kurun ke 16. Pedro dijadikan sebagai hadiah, iaitu wildman yang dikurung.

Kehadiran Pedro menimbulkan keterujaan dikalangan tetamu yang hadir ketika itu. Kemudian, Pedro diletakkan di dalam penjara bawah tanah istana untuk kajian lanjut.

Di dalam penjara, doktor dan pengkaji akademik memeriksa Pedro. Mereka mendapati Pedro bukanlah seorang yang liar seperti jolokannya, wildman.

Pedro sebenarnya seorang kanak-kanak normal berusia 10 tahun yang mempunyai terlalu banyak bulu, keadaan yang kita kenali hari ini sebagai 'congenital hypertrichosis'.

Keadaan ini turut disebut sebagai sindrom 'werewolf', sesuatu keadaan yang ganjil dan jarang berlaku.

Hanya lebih kurang 50 kes ditemui pada zaman pertengahan dan Pedro adalah kes yang pertama.

Pada masa itu, manusia yang mempunyai fizikal yang pelik akan dilihat sebagai aset kepada orang kaya.

Untuk keadaan fizikal Pedro, raja melihat Pedro sebagai salah satu aset kekayaannya.

Sebagai bahan eksperimen, Pedro dididik menjadi seorang bangsawan dan dibenarkan mempunyai nama Latin iaitu Petrus Gonsalvus.

Mereka mendapati bahawa Pedro seorang yang cepat belajar dan dapat menguasai tiga bahasa dengan pantas.

Malah, Pedro juga berkemampuan memegang jawatan dalam istana.

Pada tahun 1550, Raja Henry II mangkat akibat kecederaan parah. Baginda meninggalkan permaisurinya, Catherine dari Medici.

Catherine berkeinginan melihat sekiranya lebih ramai wildman dapat dihasilkan sekiranya Pedro berkahwin.

Catherine kemudian mengambil keputusan dengan mengahwinkan Pedro dengan seorang wanita cantik yang juga bernama Catherine.

Sehingga tiba hari perkahwinan mereka, Catherine mahupun Pedro tidak pernah bersua muka.

Majlis perkahwinan mereka juga tidak diketahui ramai, namun spekulasi menyatakan para doktor telah mengintip malam pertama Pedro dan Catherine.

Mereka mahu melihat sekiranya Pedro bertukar menjadi 'Beast' ketika melakukan hubungan seksual.

Mereka juga mahu melihat adakah 'The Beauty' (Catherine) selamat daripada hubungan kelamin tersebut.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah, Catherien akhirnya benar-benar jatuh cinta kepada Pedro dan mereka meneruskan perkahwinan yang bahagia.

Permaisuri kecewa apabila dua anak lelaki pertama Pedro tidak mewarisi fizikal ayahnya yang banyak bulu, namun anak-anak pasangan tersebut yang lain seramai lima orang, dua lelaki dan tiga perempaun telah mewarisi sindrom 'werewolf' daripada ayah mereka.

Keluarga Pedro juga meraih populariti dan dibenarkan mengembara ke seluruh Eropah dan hisup bersama para bangsawan.

Mereka memutuskan untuk menetap di Sepanyol, dimana mereka memberikan sokongan kepada Duke Parma yang membenarkan Pedro menguruskan harta dan tanah mereka berhampiran Parma.

Pedro Gonzales Kisah Benar Beauty and The Beast

Anak-anak Pedro pula dijadikan hadiah kepada keluarga-keluarga kaya. Anak perempuannya, Antonette, dijadikan sebagai bahan mainan dikalangan gundik-gundik Duke.

Sebenarnya, tidak mudah bagi Pedro dan Catherine untuk melepaskan anak-anak mereka untuk dilayan seperti haiwan, malangnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Pedro dan Catherine seterusnya menetap di Lake Bolsena, Itali, dimana mereka mengakhiri hidup mereka dengan tenang.

Pedro meninggal dunia pada tahun 1617 manakala Catherine menyusul kemudiannya pada tahun 1623.

Sewaktu dikebumikan, mayat Pedro tidak dikubur bersama dengan manusia lain, iaitu di tanah suci dalam kepercayaan Kristian.

Sehingga diakhir hayatnya, Pedro masih dilayan seperti seekor binatang, bukan sebagai seorang manusia selayaknya.

Kesian.

BACA INI JUGA: Ini Jawapan Buat Peminat Filem Gay Beauty and The Beast!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon